KUALA LUMPUR: Tun Musa Hitam menegaskan, beliau tidak pernah melihat badan kehakiman yang bebas seperti hari ini terutama yang melibatkan hal ehwal politik.
Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri itu, institusi kehakiman negara hari ini sangat tegas sehingga mencetuskan kemarahan banyak pihak khususnya terhadap golongan yang mempunyai kepentingan politik.
Dalam masa sama, Musa tidak menolak ada juga golongan yang gembira kerana sistem perundangan negara memperlihatkan tiada campur tangan daripada kerajaaan.
"Saya tidak pernah menyaksikan badan kehakiman yang bebas seperti sekarang, sangat tegas dan sudah tentu yang berkaitan dengan kepentingan politik, ia melibatkan banyak pihak akan marah dan gembira tetapi perkara yang kita perlu berpegang pada prinsip tidak campur tangan yang pernah anda lihat padanya," jelasnya.
Musa berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Malaysia Persatuan Dyslexia Malaysia, di ibu negara, pada Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan mahkamah berkaitan dengan kes penyelewengan dana serta rasuah yang menyaksikan beberapa ahli politik dijatuhkan hukuman.
Tambah Musa, kebebasan badan kehakiman perlu dipertahankan bagi memastikan prinsip keadilan terus ditegakkan di negara ini.
"Jika anda terlibat secara emosi, anda mungkin tidak gembira. Sangat jelas dalam badan kehakiman kita adalah bebas, malah peguam adalah sebahagian daripada isu kebebasan institusi ini.
"Tetapi bagi saya setakat ini dalam hidup saya ini tidak pernah sebebas yang saya saksikan dalam hidup saya," katanya lagi.
Fareez Azman
Thu Sep 15 2022
Tun Musa Hitam menegaskan, beliau tidak pernah melihat badan kehakiman yang bebas seperti hari ini terutama yang melibatkan hal ehwal politik. - Gambar Astro AWANI
Dua beranak maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE
Dua beranak maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan dekat Manjung, awal pagi Khamis.
Tsunami 2004: Tragedi hitam yang diingati warga Pulau Pinang
Tarikh 26 Disember 2004 akan sentiasa menjadi ingatan dalam kalangan penduduk Pulau Pinang apabila tsunami yang melanda negeri itu sehingga mengakibatkan jumlah korban yang ramai.
Penghantar barang mengaku tidak bersalah jadi keldai akaun
Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting pada Khamis.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique - Wisma Putra
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria sentiasa berhubung dengan 20 rakyat Malaysia di Mozambique dan memantau keadaan dengan teliti.
[TERKINI] Banjir diramal landa sembilan jajahan Kelantan Ahad depan
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
JPS menerusi kenyataan memaklumkan jajahan yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
JPS menerusi kenyataan memaklumkan jajahan yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
Touch n Go eWallet uji rekaan antara muka baharu
Kemas kini ini sedang diuji pada sejumlah kecil pengguna dan belum pasti jika akan diterapkan untuk semua pengguna.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Menurut media dan wartawan tempatan, kenderaan jenis van tertera label media pada bahagian badannya.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.70 mata kepada 1,603.69 daripada 1,602.99 pada Selasa lepas.
Pantai Port Dickson meriah, jadi tumpuan pengunjung sempena cuti sekolah
Pesisiran pantai itu meriah dengan pengunjung beriadah sambil melakukan aktiviti air meskipun cuaca agak mendung.
"Pengikut fanatik, pemimpin ego punca parti politik semakin banyak" - Musa Hitam
Kata Musa, segelintir pemimpin juga dilihat hanya memikirkan kehendak ingin berkuasa berbanding kepentingan rakyat.
"Saya tidak pernah lihat badan kehakiman negara bebas seperti hari ini" - Tun Musa
Institusi kehakiman negara hari ini sangat tegas sehingga mencetuskan kemarahan banyak pihak, tegas Musa.
Selesaikan COVID-19, bukan cari salah! - Musa Hitam
Semua Ahli Parlimen sepatutnya tidak melepaskan peluang besar berkenaan bagi menangani pandemik yang menjadi musuh yang tidak dapat dilihat.
Tun Musa Hitam harap kerajaan bina tugu peringatan di tapak Highland Towers
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menyeru agar tapak tragedi Highland Tower diwartakan sebagai tugu peringatan.
RCI Memali: Musa Hitam cadang selepas PRU14, elak politik pancing undi
Musa yang juga menteri dalam negeri pada waktu itu menegaskan cadangan itu bagi memastikan ia tidak disalahguna untuk kepentingan politik dan memancing undi.
Pucuk pimpinan perlu peka dengan kritikan Daim - Musa Hitam
Pucuk pimpinan negara perlu peka kepada pandangan dilontar Tun Daim Zainuddin untuk mengenal pasti sama ada betul atau tidak wujud krisis kepercayaan.
OHI: Saya ambil masa 15 tahun tulis buku 'Frankly Speaking' - Musa Hitam
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mengambil masa 15 tahun untuk menulis buku terbaharunya 'Frankly Speaking' yang dilancarkan pada 10 Ogos lalu.
Jasa Tun Musa Hitam kepada negara bangsa amat kami hargai - Sultan Nazrin Shah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut memuji kemampuan Tun Musa Hitam dalam memahami kehendak rakyat dengan mencari penyelesaian dalam sesuatu permasalahan.
Letak jawatan, bercuti atau kekal pegang jawatan, seru Musa Hitam kepada Najib
Tun Musa Hitam hari ini memberi tiga pilihan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menangkis dakwaan terhadapnya, termasuk bercuti, kekalkan jawatannya atau meletakkan jawatannya.
Sistem pemilihan UMNO perlu berkonsepkan bebas dan adil - Musa Hitam
Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam berharap sistem pemilihan UMNO diberi penambahbaikan pada masa depan.