SHAH ALAM: Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad, mempertahankan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menggalas portfolio sebagai Menteri Kewangan.
Nik Nazmi berkata pengalaman Anwar sebagai Menteri Kewangan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang pernah berdepan krisis ekonomi pada tahun 1990-an diperlukan bagi menangani kemelut ekonomi yang berlaku ketika ini.
"Memikirkan soal ekonomi yang sangat tidak stabil, Anwar layak kerana beliau pernah mengemudi negara pada era 1990-an (zaman krisis ekonomi), jadi kita harap dengan pengalaman itu sangat penting seseorang seperti Anwar, untuk mengemudi ekonomi negara," kata Ahli Parlimen Setiawangsa itu.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran bukunya, 'Anak Malaysia: Sebuah Perjalanan Politik Progresif' sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) ,di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, hari ini.
Buku yang berkisarkan mengenai kisah hidup Nik Nazmi dan refleksinya tentang politik Malaysia itu, dilancarkan oleh bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
Sebelum ini, Anwar pernah menjadi Menteri Kewangan dari 1991 hingga 1998 dan Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga 1998.
Ahli Parlimen Tambun itu juga pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia pada tahun 1990-an.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 04 2022

Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) yang juga Penulis Buku Anak Malaysia: Sebuah Perjalanan Politik Progresif bersama Maszlee Malik semasa pelancaran Naskhah Buku Anak Malaysia sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF). - Foto BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kabinet Perpaduan: Ahmad Maslan, Steven Sim mulakan hari pertama di Kementerian Kewangan
Ahmad dan Chee Keong ialah antara 27 Timbalan Menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 9 Disember lepas.

#SuaraMalaysia: 71 peratus rakyat fokus tadbir urus kerajaan
Didapati 71 peratus memfokuskan terhadap tadbir urus, 25 peratus pula memilih cara kerja, manakala baki empat peratus memilih komunikasi.

Kabinet Perpaduan: Senarai Timbalan Menteri diumum malam ini - PM Anwar
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau terlebih dahulu akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Mustafa Billah Shah di Istana Negara dahulu untuk mendapat perkenan.

Kabinet Anwar hadiri mesyuarat tanpa pakai tali leher
Mesyuarat Kabinet Kerajaan Perpaduan yang berlangsung pagi ini tampil berbeza apabila jemaah menteri tidak mengenakan tali leher.

Pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan jadi fokus utama Tok Mat
Pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan akan diteruskan di bawah kepimpinan Kementerian Pertahanan yang baharu, kata Menterinya Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pengalaman Anwar sebagai Menteri Kewangan diperlukan untuk stabilkan ekonomi - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad, mempertahankan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menggalas portfolio sebagai Menteri Kewangan.

Kabinet Perpaduan: Reezal Merican ucap tahniah kepada Nga Kor Ming
Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan tahniah kepada Nga Kor Ming yang dilantik Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan yang baharu.

Anwar disaran lantik Menteri Kewangan baharu - IDEAS
Pelantikan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan dilihat kurang wajar malah tidak selaras dengan prinsip tadbir urus baik seperti yang dilaungkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Barisan Kabinet mampu jamin kestabilan politik - Amirudin
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya percaya barisan Kabinet Perpaduan yang dipilih adalah antara yang terbaik serta mampu menjamin kestabilan pentadbiran.

Azalina ikrar tangani dan pinda undang-undang lapuk supaya relevan
Selaku Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said berikrar untuk menangani isu undang-undang lapuk.