Kedua-dua mereka dilihat memasuki bangunan itu jam 9.58 pagi dan menggunakan kad akses buat pertama kalinya di laluan ke lif menandakan bermulanya tugas mereka secara rasmi.
Ketika ditemui pemberita di lobi Kementerian, Ahmad, yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, kedua-dua mereka bersama Timbalan-Timbalan Menteri yang lain terlebih menghadiri pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan di bangunan Jabatan Perdana Menteri.
“Pukul 8.30 pagi tadi, Perdana Menteri jumpa semua Timbalan-timbalan Menteri di bangunan JPM.
"Lepas tu, datang semula ke sini 9.30 pagi,” katanya kepada pemberita awal pagi tadi.
Ahmad dan Chee Keong ialah antara 27 Timbalan Menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 9 Disember lepas, melengkapkan senarai 28 Menteri Kabinet Perpaduan yang diumumkan lebih awal.
Pemerhati politik melihat ia sebagai sejarah negara apabila UMNO dan DAP yang sebelum ini merupakan seteru politik, kini berada dalam barisan Kabinet bersama-sama di bawah pimpinan Anwar.