SHAH ALAM: Pelantikan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan dilihat kurang wajar malah tidak selaras dengan prinsip tadbir urus baik seperti yang dilaungkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Dr Tricia Yeoh berkata, Anwar sebelum ini dengan tegas mengisytiharkan perkara tersebut tidak seharusnya berlaku dan ia sebagai agenda teras Kerajaan Perpaduan.
Menurutnya, komitmen untuk mengasingkan portfolio tersebut juga telah dibuat dengan jelas menerusi manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
Tegasnya, IDEAS sangat berharap agar pengasingan peranan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan menerusi individu yang sama kerana tiada pengawasan terhadap portfolio paling penting dalam Kabinet kerajaan baharu ini.
"Perkara ini seharusnya menjadi pengajaran apabila skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mana sebahagiannya dipermudahkan dengan membenarkan seorang individu memegang dua jawatan penting Kabinet secara serentak.
"Tiga pentadbiran sebelum ini telah cuba mengubah tradisi ini dengan melaksanakan pengasingan kuasa antara jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
"Walaupun secara politiknya sukar untuk menamakan Menteri Kewangan dalam Kerajaan Perpaduan, namun ia perlu diasingkan terutamanya untuk proses semak dan imbang," katanya dalam satu kenyataan.
DIARI 100 HARI KABINET KERAJAAN PERPADUAN PM ANWAR IBRAHIM
Sehubungan itu katanya, IDEAS mencadangkan Perdana Menteri untuk berusaha dan komited mencari seorang Menteri Kewangan yang bersesuaian iaitu seseorang yang boleh melaksanakan urusan kerajaan secara telus dan bertanggungjawab.
Tambahnya lagi, Menteri Kewangan juga perlu mengawasi pembaharuan fiskal seperti melaksanakan Akta Tanggungjawab Fiskal yang tergendala sejak sekian lama.
Namun satu yang baik katanya, Perdana Menteri telah menunaikan sebahagian daripada janjinya semasa sidang media yang diadakan pada 24 November lalu untuk mewujudkan Kabinet yang lebih kecil.
Sementara itu Tricia berkata, IDEAS juga mahu melihat perwakilan wanita, belia dan wilayah yang lebih baik dalam barisan Kabinet semasa.
Menurutnya, perkara itu seharusnya diterjemahkan menerusi lima jawatan menteri dengan lima ahli politik wanita, empat ahli politik belia dan enam wakil Borneo termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.
"Bagaimanapun kami amat berharap agar Perdana Menteri tidak mengikuti langkah pentadbiran sebelum ini yang melantik Timbalan Menteri dan Duta Khas bertaraf menteri untuk memuaskan hati pelbagai pihak dan menjadikan saiz kabinet terlalu besar.
"IDEAS secara tegas ingin mengingatkan kepada semua menteri yang baru dilantik untuk melaksanakan tugas dengan sebaiknya, selaras dengan jangkaan tinggi rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan untuk melaksanakan pembaharuan dasar," katanya.
Sementara itu katanya, IDEAS tidak dapat mentafsir sepenuhnya kewajaran Anwar melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) ekoran pertuduhan yang dihadapi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu yang masih berjalan di peringkat mahkamah.
Menurutnya, selain disifatkan sebagai satu yang membingungkan, IDEAS turut berasa gusar terhadap pelantikan Ahmad Zahid yang mungkin memberi kesan kepada senario politik negara.
"Meskipun ia dibuat bagi mencapai kestabilan, namun pelantikan Ahmad Zahid sebagai TPM yang memegang portfolio strategik memberi isyarat salah daripada kerajaan yang berikrar untuk mematuhi prinsip tadbir urus yang baik.
"Walaupun tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan sudah melalui semua proses rayuan bagi mengekalkan kerusi Parlimen, ahli-ahli Kabinet yang dilantik perlu mempunyai standard yang lebih tinggi.
"Hal ini penting untuk memastikan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap kerajaan hari ini," katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 04 2022

Menurut Tricia, komitmen untuk mengasingkan portfolio tersebut juga telah dibuat dengan jelas menerusi manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH) sebelum ini. - Fail/Astro AWANI
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Kabinet Perpaduan: Ahmad Maslan, Steven Sim mulakan hari pertama di Kementerian Kewangan
Ahmad dan Chee Keong ialah antara 27 Timbalan Menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 9 Disember lepas.

#SuaraMalaysia: 71 peratus rakyat fokus tadbir urus kerajaan
Didapati 71 peratus memfokuskan terhadap tadbir urus, 25 peratus pula memilih cara kerja, manakala baki empat peratus memilih komunikasi.

Kabinet Perpaduan: Senarai Timbalan Menteri diumum malam ini - PM Anwar
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau terlebih dahulu akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Mustafa Billah Shah di Istana Negara dahulu untuk mendapat perkenan.

Kabinet Anwar hadiri mesyuarat tanpa pakai tali leher
Mesyuarat Kabinet Kerajaan Perpaduan yang berlangsung pagi ini tampil berbeza apabila jemaah menteri tidak mengenakan tali leher.

Pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan jadi fokus utama Tok Mat
Pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan akan diteruskan di bawah kepimpinan Kementerian Pertahanan yang baharu, kata Menterinya Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pengalaman Anwar sebagai Menteri Kewangan diperlukan untuk stabilkan ekonomi - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad, mempertahankan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menggalas portfolio sebagai Menteri Kewangan.

Kabinet Perpaduan: Reezal Merican ucap tahniah kepada Nga Kor Ming
Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan tahniah kepada Nga Kor Ming yang dilantik Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan yang baharu.

Anwar disaran lantik Menteri Kewangan baharu - IDEAS
Pelantikan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan dilihat kurang wajar malah tidak selaras dengan prinsip tadbir urus baik seperti yang dilaungkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Barisan Kabinet mampu jamin kestabilan politik - Amirudin
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya percaya barisan Kabinet Perpaduan yang dipilih adalah antara yang terbaik serta mampu menjamin kestabilan pentadbiran.

Azalina ikrar tangani dan pinda undang-undang lapuk supaya relevan
Selaku Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said berikrar untuk menangani isu undang-undang lapuk.