Reezal Merican yang juga bekas Ahli Parlimen Kepala Batas turut merakamkan ucapan terima kasih kepada warga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atas segala komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang beliau diberi mandat menerajui KPKT sejak Sept 2021.
"Alhamdulillah banyak yang dapat kita laksanakan sebagai satu pasukan di bawah Agenda Malaysia Berdaya Huni atau Liveable Malaysia," katanya menerusi laman Facebooknya hari ini.
DIARI 100 HARI KABINET KERAJAAN PERPADUAN PM ANWAR IBRAHIM
Beliau turut mendoakan pasukan KPKT agar terus cemerlang sebagai sebuah kementerian yang dekat dengan rakyat untuk memacu Malaysia ke hadapan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini melantik Nga yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, menganggotai Jemaah Menteri memegang portfolio Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.
-- BERNAMA