JASIN: Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan membawa resolusi yang dikemukakan oleh beberapa sayap negeri dan bahagiannya untuk dibawa dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, esok.
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berkata resolusi itu dikumpul dan akan digarapkan bersama komponen parti lain untuk mencari resolusi terbaik buat sayap pemuda Kerajaan Perpaduan ketika ini.
"Setakat ini kita telah peroleh lebih lima resolusi untuk dibentangkan dalam Konvensyen Pemuda Kerajaan Perpaduan pada sebelah pagi sebelum dibawa ke Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan.
"Namun tidak semestinya kita ambil semua resolusi yang diserahkan, bagaimanapun kita akan duduk menilai dan memuktamadkannya pada konvesyen itu nanti," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di sini malam tadi.
Hadir memeriahkan sambutan rumah terbuka itu ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Mengulas lanjut, Muhamad Akmal berkata resolusi itu juga sudah pasti bermatlamat memperkukuh lagi kerjasama semua sayap pemuda dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini.
Konvensyen itu turut melibatkan sayap pemuda parti gabungan Kerajaan Perpaduan daripada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Parti Ikatan Demokratik (MUDA).
Dalam pada itu, mengulas laporan media semalam mengenai kenyataan Ketua Armada Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengenai Perikatan Nasional (PN) sedia '"talkinkan" UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Muhammad Akmal berkata orang politik terutamanya golongan muda perlu bersikap progresif dan matang.
"Dalam politik pada hari ini kita jangan bersikap sombong dengan rakyat, bukan mengenai parti lain 'talkinkan' parti lain tetapi hari ini rakyat sudah muak dengan permainan politik, kita perlu bercakap tentang idea cara untuk membantu rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023

Muhamad Akmal berkata resolusi itu dikumpul dan akan digarapkan bersama komponen parti lain untuk mencari resolusi terbaik buat sayap pemuda Kerajaan Perpaduan ketika ini. -Gambar fail/Sinar Harian

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Ketua Pemuda UMNO 'hadir awal' ke Istana Kehakiman Putrajaya
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dilihat hadir lebih awal berbanding pemimpin parti lain apabila sempat memuat naik gambar sedang berjoging di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya.

Saya akan hadir beri sokongan moral kepada Najib - Akmal Saleh
Pemuda UMNO menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan sebagai ahli parti, beliau akur dan menghormayi yang yang dinyatakan oleh parti.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Disember 2024.

Pengampunan Diraja: Adam Adli gesa Dr Akmal tarik semula kenyataan
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh digesa untuk menarik balik kenyataannya yang mempertikaikan pengampunan diraja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lagu AI 'Hussein Hussein untuk Mahkota' tarik perhatian pengundi
Lagu 'Hussien Hussien untuk Mahkota' yang menggunakan suara kecerdasan buatan (AI) antara pendekatan Barisan Nasional (BN) bagi menarik perhatian pengundi pada PRK DUN Mahkota.
![[KOLUMNIS] PRK DUN Mahkota: UMNO diuji di negeri kubunya [KOLUMNIS] PRK DUN Mahkota: UMNO diuji di negeri kubunya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691812118_PilihanrayaHariMe.jpg)
[KOLUMNIS] PRK DUN Mahkota: UMNO diuji di negeri kubunya
Kalau kita lihat keputusan lepas, BN seharusnya boleh menang dengan majoriti lima angka kali ini kerana BN dan PH sudah bergabung di peringkat pusat.

Kelantan beri peruntukan sama rata kepada semua ADUN
Kerajaan Kelantan memberi peruntukan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk kepada ADUN pembangkang di negeri ini.

PAU 2024: Akmal cadang tukar Menteri Komunikasi dengan wakil UMNO
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kepada Presiden UMNO agar Menteri Komunikasi digantikan dengan wakil daripada UMNO.

Zahid Hamidi setuju dengan Dr Akmal, UMNO mahu dua pertiga kerusi pada PRU16
Presiden UMNO tidak puas hati jumlah kerusi yang ada sekarang namun menegaskan, sekiranya mahu dua pertiga, UMNO perlu bekerja lebih keras.

Wanita UMNO mahu calon wanita kekal di PRK DUN Mahkota
Wanita UMNO menuntut supaya calon yang bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor dipilih daripada sayap berkenaan.