KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kepada Presiden UMNO agar Menteri Komunikasi digantikan dengan wakil daripada UMNO.


Ringkasan AI
  • Cadangan Penggantian Menteri Komunikasi: Muhamad Akmal mencadangkan agar Menteri Komunikasi digantikan dengan wakil daripada UMNO.
  • Tugas Menyebarluaskan Penerangan: Beliau menekankan bahawa semua 3 juta ahli UMNO perlu bertanggungjawab dalam menyebarluaskan penerangan mengenai khidmat ahli Parlimen dan ADUN.
  • Peranan Ibu Pejabat Parti: Ibu pejabat parti hanya perlu menyediakan bahan untuk dikongsikan melalui semua platform media sosial, bukan sekadar untuk manfaat sendiri.


Ucapan tersebut merupakan respon spontan Muhamad Akmal apabila perwakilan UMNO menghadapi kesukaran untuk mengakses aplikasi media sosial melalui telefon pintar masing-masing semasa berada dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Line tidak ada? Siapa Menteri Komunikasi? Datuk Seri Presiden, saya rasa Menteri Komunikasi kita tukar orang UMNO senang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan Naib-naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 pada Sabtu.

Dalam pada itu beliau berkata tugas menyebarluaskan penerangan mengenai khidmat ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu dipikul oleh semua tiga juta ahli UMNO.

Menurutnya tugas ibu pejabat parti hanyalah untuk menyediakan bahan untuk dikongsikan melalui semua platform media sosial.

Muhamad Akmal berkata istilah politik telefon bimbit yang diutarakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan sekadar ahli UMNO membaca maklumat terkini untuk manfaat sendiri.


[LANGSUNG] Ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2024