KOTA KINABALU: Pas Sementara Sabah (PSS) bagi warga asing sepatutnya telah lama dilaksanakan kerana ia telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini.
Timbalan Presiden Parti Warisan Datuk Darell Leiking berkata bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu telah bersetuju untuk pelaksanaan pas tersebut dibuat.
Namun pelaksanaannya terbantut selepas dikecam pelbagai pihak kerana didakwa akan menghalalkan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Menurut Darell, usaha kerajaan negeri ketika ini yang melaksanakan pendataan digital warga asing adalah idea asal kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Pada waktu itu, Tan Sri Muhyiddin telah mencadang tetapi diarahkan oleh jemaah menteri untuk berbincang dengan kerajaan negeri Sabah dan beliau telah berbuat demikian.
"Selepas beliau memberikan penerangan, kita dihentam dan tiada masa untuk memberikan penjelasan berkenaan PSS.
"Rakan-rakan kita ini yang mengkritik kita dengan baju hitam 'Black Sunday' hentam kita bertubi-tubi di media sosial, di Gaya Street, dan di Kimanis.
"Akhirnya mereka cadangkan yang sama, datangnya juga dari Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
"Perbezaannya, mereka telah sampai ke masa di mana mereka dapat menjelaskan apa itu kad warga asing ini atau PSS ini," katanya.
Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan memaklumkan kerajaan Sabah meneruskan rancangan mengeluarkan pengenalan digital kepada warga asing yang berada di negeri berkenaan.
Beliau berkata, perkara itu diputuskan selepas mendapat persetujuan pelbagai pihak dalam sesi 'town hall', baru-baru ini.
Dalam sesi itu, Jawatankuasa Khas mengenai Pekerja serta Warga Asing Tanpa Dokumen Sah mendapat sokongan 89 peratus daripada peserta yang hadir bagi rancangan mengeluarkan pengenalan digital kepada warga asing di Sabah.
Alexion Mairin
Mon Jun 06 2022

Menurut Darell (gambar), usaha kerajaan negeri ketika ini yang melaksanakan pendataan digital warga asing adalah idea asal kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. -Foto ihsan Parti Warisan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pas Sementara Sabah: 'Dulu kritik, sekarang setuju pula' - Darell Leiking
Usaha melaksanakan pendataan digital warga asing adalah idea asal kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pelantikan wakil Pas dalam kabinet Sabah beri impak kepada GRS?
Pelantikan Setiausaha Pas Sabah, Dr Aliakbar Gulasan sebagai ADUN dilantik dalam kerajaan Sabah yang baharu dilihat berkemungkinan memberi kesan kepada situasi politik di Sabah.

KDN ambil pendirian sama dengan kerajaan Sabah berhubung pembatalan PSS
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil pendirian yang sama dengan kerajaan negeri Sabah berhubung pembatalan Pas Sementara Sabah (PSS), menurut kementerian itu.

Kerajaan Negeri Sabah batalkan pelaksanaan Pas Sementara Sabah
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan pembatalan itu akan dimaklumkan kepada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Gagal beri penjelasan meyakinkan tentang PSS, lalu Warisan tumbang di Kimanis - Penganalisis
Pengundi Kimanis tidak berminat dengan penjelasan mengenai program Pas Sementara Sabah (PSS)

Gunakan pilihan raya untuk kempen, bukan protes - Shafie
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan bantahan terhadap pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) tidak wajar berlaku.

BN tidak berhasrat perkenal Pas Sementara Sabah - Najib
Meskipun perkara itu pernah dibangkitkan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) suatu ketika dahulu, Kerajaan BN telah menolaknya.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

Ahmad Zahid nafi Pas Sementara Sabah idea BN
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) adalah idea pentadbiran BN.

PRK Kimanis: Masyarakat KDM tidak akan terpengaruh - Peter Anthony
Pihaknya yakin penduduk daerah berkenaan tidak terhasut dengan 'cakap-cakap' mengatakan kerajaan yang ditabir oleh Warisan memelihara Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).