KUALA LUMPUR:Pelantikan Setiausaha Pas Sabah, Dr Aliakbar Gulasan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik dalam kerajaan Sabah yang baharu dilihat berkemungkinan memberi kesan kepada lanskap politik di negeri itu.
Penganalisis politik Sabah, Raheezal Shah Abdul Karim berkata, pelantikan itu sudah pasti akan diguna pakai sebagai 'umpan pembangkang' dalam kalangan masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM).
"Persoalan di sini bukan mengenai kesan itu semata-mata, sebaliknya persoalannya adalah jika kerajaan negeri yang ditadbir Datuk Seri Hajiji Mohd Noor tidak melantik wakil dari Pas, adakah sokongan Bumiputera Islam di Sabah akan terjejas.
"Sudah pasti tidak kerana selama ini, kehadiran Pas di Sabah tidak memberi kesan sokongan kepada parti bumiputera Islam seperti UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Saya lihat (pelantikan) ini akan memberi kesan kepada politik di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu sendiri terutama dalam kalangan masyarakat KDM," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA: ADUN lantikan Sabah: Bukti kesungguhan Pas di Sabah - Abdul Hadi
BACA: Pentadbiran Hajiji lengkap hari ini
Dr Aliakbar merupakan antara enam ADUN dilantik yang mengangkat sumpah bersama 23 menteri dan pembantu menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pagi Khamis.
Astro AWANI difahamkan, dua daripada enam ADUN yang dilantik iaitu Datuk Seri Yong Teck Lee dan Datuk Amisah Yassin tidak hadir pada majlis yang berlangsung di Istana Negeri Sabah di Kota Kinabalu, hari ini.
Tambah Raheezal, isu pelantikan Dr Aliakbar itu juga akan digunakan pembangkang sama seperti isu pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) sebelum ini.
Bukan itu sahaja, Parti Bersatu Sabah (PBS) yang merupakan parti tunggal dan dilihat memperjuangkan suara masyarakat KDM dipercayai turut terkesan dengan pelantikan tersebut.
Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik Sabah, Dr Romzi Ationg melahirkan kebimbangan bahawa pelantikan Dr Aliakbar akan menjadi sentimen asas penolakan kerajaan GRS dan Pilihan Raya Umum Ke-15.
BACA: Bung Moktar, Jeffrey Kitingan, Joachim Gunsalam dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah
Katanya, keharmonian dan hidup dalam pelbagai kaum di Sabah dilihat memberi kesan dengan pelantikan itu selain senario politik Semenanjung akan terbawa-bawa ke negeri ini.
"Melihat kepada sentimen dan cakap-cakap masyarakat, (pelantikan) itu seolah-olah menjadi back fire kepada kerajaan Sabah itu sendiri.
"Bagaimanapun, senarai kabinet negeri Sabah yang baharu itu saya lihat seimbang. Mungkin pelantikan Dr Aliakbar ini adalah disebabkan pengalaman dan kepakaran beliau yang boleh membantu pembangunan negeri Sabah," katanya.
Ditanya mengenai pemansuhan dua portfolio iaitu Menteri Pelajaran dan Menteri Kesihatan Sabah, Dr Romzi menjelaskan ia satu keputusan yang tepat memandangkan kedua-dua portfolio itu tidak memainkan peranan yang sewajarnya.
"Bidang kuasa (kementerian) pendidikan dan kesihatan lebih kepada kerajaan Persekutuan," katanya.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri Dr Jeffrey Kitingan dipetik sebagai membidas pihak tertentu yang menyebarkan berita palsu bahawa Kerajaan Negeri akan melantik seorang ADUN Pas sebagai Menteri (Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah) .
Beliau turut dipetik sebagai berkata, pihak yang tidak bertanggungjawab itu mempunyai niat untuk mencetus kebimbangan dan kebencian dan suasana tidak harmoni.
Assim Hassan
Thu Oct 08 2020

Dr Romzi Ationg melahirkan kebimbangan bahawa pelantikan Dr Aliakbar akan menjadi sentimen asa penolakan kerajaan GRS dan Pilihan Raya Umum Ke-15. - Foto Astro AWANI
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Pelantikan wakil Pas dalam kabinet Sabah beri impak kepada GRS?
Pelantikan Setiausaha Pas Sabah, Dr Aliakbar Gulasan sebagai ADUN dilantik dalam kerajaan Sabah yang baharu dilihat berkemungkinan memberi kesan kepada situasi politik di Sabah.