SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu:
1. Pendedahan sembilan rakaman audio oleh SPRM
Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang pada Rabu menyiarkan beberapa set rakaman audio perbualan yang didakwa melibatkan bekas perdana menteri dan beberapa pihak lain dalam satu konspirasi jenayah peringkat tertinggi menjadi perdebatan rakyat seluruh negara.
Ramai yang menimbulkan persoalan sama ada bukti penting dan sulit sebegitu patut didedahkan kepada awam atau sepatutnya diserahkan terus kepada polis dan mahkamah.
Pakar kriminologi Datuk Shahul Hamid Abd Rahim berkata, pendedahan intipan itu memberi mesej bahawa sistem komunikasi digital negara boleh dipecah masuk, pastinya ia tidak menggembirakan pelabur serta golongan yang berpegang kepada prinsip menjaga kerahsiaan pelanggan.
Shahul Hamid berkata, kerajaan Malaysia juga berkemungkinan berdepan ancaman saman daripada negara lain seperti UAE susulan pendedahan nama-nama pemimpin utama negara itu oleh SPRM.
Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim pula menyifatkan pendedahan teknologi intipan melalui sistem komunikasi memberi tanggapan maklumat kerahsiaan sesiapa sahaja kini tidak lagi selamat.
Peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pula dilaporkan mempertimbang untuk memulakan tindakan penghinaan mahkamah terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dan SPRM itu sendiri.
Malah, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, yang juga Pengerusi Biro Guaman DAP, Ramkarpal Singh menganggap tindakan Latheefa itu tidak berpelembagaan dan tidak boleh disokong kerana ia jelas mencerobohi hak asasi manusia.
Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Abdul Fareed Abdul Gafoor, berkata ia tidak sepatutnya didedahkan kepada orang awam kerana pendedahan kes membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad dan SRC International Sdn Bhd itu dilihat sebagai subjudis, menghina mahkamah dan melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972.
Selain itu, Anggota Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk A Kadir Jasin dan Tan Sri Dr Rais Yatim juga menimbulkan kebimbangan mengenai pendekatan badan pencegah rasuah itu.
2. Kisah video intim melibatkan personaliti politik
Tiada mana-mana pihak akan didakwa berhubung video intim kontroversi berikutan tiga dapatan berasingan membuat kesimpulan bahawa individu dalam video itu tidak dapat dikenal pasti, kata Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas pada Khamis.
Susulan itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dalam video itu menzahirkan rasa syukur dengan keputusan itu dan berdoa semoga tidak ada lagi mana-mana individu akan menjadi mangsa kedurjanaan politik seperti yang dilaluinya sebelum ini.
Bagaimanapun, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Tommy sepatutnya ikut saluran undang-undang, bukannya menggunakan kaedah-kaedah lain, terutamanya apabila sesuatu kes berkaitan personaliti politik.
3. Perkembangan politik tanah air
Selain kempen pilihan raya kecil (PRK) P176 Kimanis yang sedang berlangsung ketika ini, turut menjadi perhatian dalam perkembangan politik negara ialah krisis dalaman PKR.
Malam tadi, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin membuat kejutan apabila hadir mesyuarat Biro Politik PKR.
Kehadiran Timbalan Presiden dan Naib Presiden PKR itu menarik perhatian kerana sebelum ini mereka gagal hadir dalam mesyuarat itu dan isu tersebut pernah dibangkitkan parti berkenaan.
Pada masa sama, menurut Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, aduan terhadap Zuraida yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina pemimpin tertinggi parti telah dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti untuk tindakan lanjut.
Pada Disember lalu, Zuraida didakwa mengeluarkan kenyataan menghina pemimpin tertinggi parti ketika berucap pada majlis makan malam 'Wawasan Kemakmuran Bersama' di Kuala Lumpur.
Sementara itu, di Kimanis, Sabah, Barisan Nasional (BN) dilihat berterusan membangkitkan isu pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS).
Tindakan itu dianggap memperlihatkan betapa parti pembangkang itu terdesak mendapatkan sokongan rakyat menjelang PRK itu 18 Jan ini.
Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menasihatkan penduduk di Parlimen Kimanis agar tidak terpengaruh untuk menyertai himpunan bantahan berkaitan PSS.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula membidas penganjuran himpunan membantah pelaksanaan PSS yang dijangka diadakan pada 15 Jan ini.
Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan menegaskan PSS bukan untuk memberikan kewarganegaraan kepada pemegang pas sebaliknya bertujuan menyeragamkan kepelbagaian dokumen yang dimiliki warga asing di Sabah.
4. Cerita dari selatan Thailand
Astro AWANI membawakan cerita dari selatan Thailand, khususnya di tiga wilayah bergolak, Narathiwat, Yala dan Pattani.
Wakil kami menemui imam masjid dan surau serta golongan agamawan di sana yang mengakui bimbang dengan keadaan konflik berlanjutan sejak 16 tahun lalu tetapi mereka bertegas tidak akan lari dari menjalankan tanggungjawab mereka atau berhenti berdakwah.
Keamanan di tiga wilayah tersebut, yang 80 peratus penduduknya beragama Islam, hanya boleh dikecapi melalui kemajuan ekonomi sebagaimana dirancang oleh Pusat Pentadbiran Sempadan Wilayah Selatan.
Kerajaan yang berpusat di Bangkok, menggalakkan pendekatan ekonomi bagi menyelesaikan masalah dan membangunkan wilayah sempadan selatan itu bagi meningkatkan kualiti hidup dan mewujudkan keamanan berkekalan.
5. Pesawat Ukraine yang terhempas
Malaysia kini memantau rapat perkembangan di Asia Barat secara 24 jam sebelum membuat keputusan memindahkan rakyat Malaysia di Iran dan Iraq, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah pada Khamis.
Ketegangan di Asia Barat kian meruncing susulan kematian Qassem Soleimani, komander tertinggi tentera elit Iran, yang terbunuh dalam serangan dron oleh Amerika Syarikat berhampiran lapangan terbang Baghdad pada awal pagi Jumaat lalu.
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, pada Khamis mengatakan bahawa negaranya mempunyai perisikan dari pelbagai sumber yang menunjukkan bahawa pesawat Ukraine yang terhempas di luar Teheran itu secara tersilap ditembak oleh Iran.
Bagaimanapun, Iran menafikan pesawat itu telah terkena peluru berpandu dan meminta Boeing menghantar wakilnya untuk menyertai proses penyiasatan kotak hitam.
Astro Awani
Thu Jan 09 2020
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.