SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
1. Terkini COVID-19
Sebanyak 41 kes baharu COVID-19 dicatatkan pada Sabtu menjadikannya kes tertinggi dalam tempoh 24 jam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes baharu itu adalah dari kluster jemaah tabligh Masjid Sri Petaling.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, beliau berkata kesemua kes baharu berkenaan adalah dalam kalangan patient under investigation (PUI) sebanyak 37 kes, dan kontak rapat COVID-19 sebanyak empat kes.
Dalam perkembangan sama, empat markas tabligh di Sabah masing-masing di Kota Kinabalu, Beaufort, Tawau dan Sandakan ditutup buat sementara bagi tujuan melakukan kerja-kerja pembasmian kuman.
Sementara itu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin merayu kepada jemaah tabligh yang berada di negeri itu dan negeri lain yang terbabit dengan perhimpunan di Sri Petaling baru-baru ini agar segera melakukan pemeriksaan di pusat-pusat kesihatan yang disediakan.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebooknya, Dr Asri berkata beliau dimaklumkan terdapat kalangan jemaah tabligh yang menyertai himpunan di Sri Petaling masih belum melakukan pemeriksaan.
2. Menteri Indonesia dijangkiti
Seorang menteri di Indonesia disahkan positif COVID-19.
Menteri Perhubungan (Pengangkutan) Budi Karya Sumadi dinyatakan sebagai kes positif ke-76 dan kini dirawat di Rumah Sakit Pusat Angkatan Tentera Darat (RSPAD) Gatot Soebroto di Jakarta.
Pengesahan kes itu dibuat Menteri Sekretaris Negara Indonesia Prof Dr Pratiknodalam satu sidang akhbar yang disiarkan secara langsung stesen televisyen tempatan, malam tadi.
3. Perancis, Sepanyol, Filipina laksana perintah berkurung separa
Kerajaan Perancis mengarahkan penutupan kebanyakan kedai, restoran dan pusat hiburan bermula tengah malam Sabtu.
Perdana Menteri Edouard Philippe ketika mengumumkan perkara itu menggesa orang ramai agar tidak keluar rumah bagi mengekang penularan jangkitan koronavirus yang telah menjangkiti hampir 4,500 dan mengorbankan 91 mangsa di sana.
Selain Perancis, Sepanyol pula mengumumkan sekatan separa ke atas 46 juta rakyatnya, bermula Sabtu.
Perintah berkurung selama dua minggu ini adalah bagi membendung peningkatan mendadak jangkitan virus berkenaan.
Orang ramai hanya dibenarkan meninggalkan rumah mereka untuk membeli makanan dan ubat, berulang kerja, pergi ke hospital dan bank, atau urusan berkaitan penjagaan kanak-kanak dan orang tua.
Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan Eropah sebagai pusat penularan baharu pandemik COVID-19 susulan peningkatan kes positif serta kematian akibat jangkitan virus itu direkodkan di seluruh dunia, selain China.
Sementara itu, Filipina turut mengenakan perintah berkurung di ibu negaranya Manila bermula Ahad sebagai langkah mengekang penularan wabak COVID-19.
Filipina yang baru-baru ini mencatatkan kematian kelapan, mengambil inisiatif tersebut bermula jam 8 malam sehingga 5 pagi, bermula (Ahad) 15 Mac hingga 14 April.
4. KPN nafi anak pemimpin politik ditahan di Singapura
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menafikan laporan anak lelaki kepada seorang pemimpin politik kanan Malaysia ditahan di lapangan terbang Singapura.
Beliau ditanya mengenai laporan media yang mendakwa seorang anak pemimpin kanan sebuah parti politik di Malaysia yang ditahan di Singapura kerana membawa masuk RM8.5 juta ke negara itu tanpa mengisytiharkannya.
5. Persiapan atlet sukan Olimpik terkesan
Persiapan 35 atlet negara untuk menyertai Sukan Olimpik Tokyo pada Julai depan turut terkesan ekoran wabak COVID-19 yang diisytiharkan sebagai pandemik.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memaklumkan daripada 35 atlet tersebut, 12 disahkan layak manakala 23 lagi dalam proses untuk disenaraikan ke kejohanan berkenaan.
Ikuti rangkuman berita COVID-19 di sini
Astro Awani
Sat Mar 14 2020

Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.