KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa terus bertegas dan tidak mengikut telunjuk mana-mana pihak berhubung isu keselamatan dan kedaulatan negara.
Gesaan itu dibuat Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man susulan tindakan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) didakwa menyenaraikan tiga pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam negara ini sebagai pengganas.
"Perkara ini mesti diuruskan dengan kewibawaan kita sendiri tanpa didorong oleh campur tangan asing, termasuk agensi perisikan asing, sama ada daripada FBI atau Mosad.
"Pas memberi jaminan sentiasa menyokong usaha-usaha menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman dan keganasan selari dengan pendekatan damai atau 'muwajahah silmiyyah' agar terus berdaulat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada Rabu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan tiga pemimpin NGO Islam yang disenaraikan Terrorist Screening Center atau Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC) oleh FBI, tidak terlibat dalam sebarang aktiviti keganasan.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semakan KDN mendapati tiga pemimpin tersebut merupakan antara 359 ahli daripada 59 NGO tempatan yang mengerakkan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, walaupun KDN telah mengesahkan ketiga-tiga individu tersebut tidak terlibat dengan aktiviti keganasan, ia tetap meresahkan kerana wujud seolah-olah cubaan campur tangan pihak luar.
Beliau juga percaya, tindakan FBI melabelkan ketiga-tiga pemimpin NGO sebagai pengganas merupakan usaha berterusan Amerika Syarikat memerangi mereka yang membantu rakyat Palestin dan perjuangan membela kezaliman khususnya di Palestin.
"Kita yakin usaha mereka membela nasib umat Islam di Palestin antara punca mereka disenaraikan sebagai pengganas oleh FBI.
"Apakah kerana sumbangan kemanusiaan mereka kepada mangsa kezaliman di Palestin, mereka dianggap pengganas?
"Bagaimana pula mereka yang menyalurkan senjata dan ketenteraan kepada Zionis bagi meneruskan pembunuhan kanak-kanak dan wanita, tidak dianggap pengganas? soal Tuan Ibrahim.
Justeru, Tuan Ibrahim menegaskan, dunia harus berlaku adil kepada nasib umat Islam khususnya di Palestin.
Afiezy Azaman
Fri Feb 23 2024
![Pas gesa kerajaan tidak ikut telunjuk luar isu keselamatan, kedaulatan negara Pas gesa kerajaan tidak ikut telunjuk luar isu keselamatan, kedaulatan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697887951_DatukSeriTuanIbra.jpg)
TUAN IBRAHIM: Pas memberi jaminan sentiasa menyokong usaha-usaha menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman dan keganasan selari dengan pendekatan damai. - Gambar fail
![Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720155909_TBnaim.jpg)
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 12 Julai atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penyokong anggap kemenangan buruh berita sangat hebat
Sementara itu, kumpulan penyokong Parti Buruh Britain gembira dengan laporan yang menyebut parti konservartif kalah teruk dalam pilihan raya yang diadakan
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
![Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024 Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720154151_tbKeirStarmerlead.jpg)
Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024
Menepati ramalan, parti pembangkang, Parti Buruh Berjaya meraih majoriti mudah dalam Pilihan Raya Britain pada Jumaat.
Ringgit dijangka kukuh pada separuh tahun kedua 2024 - Pakar
Menurut Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof, pengukuhan ini dijangka akan menarik masuk dana asing ke dalam negara yang seterusnya akan memberi impak positif kepada pasaran saham tempatan.
Proses kira undi di Parlimen Rishi Sunak sedang berlangsung
Proses pengiraan undi sedang berlangsung di Kawasan parlimen Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak di Richmond, North Yorkshire, pada awal Jumaat.
![PRK Sungai Bakap: Polis lengkapkan siasatan lelaki berkelakuan tidak senonoh terhadap wartawan PRK Sungai Bakap: Polis lengkapkan siasatan lelaki berkelakuan tidak senonoh terhadap wartawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719417195_tbHamzahAhmad.jpg)
PRK Sungai Bakap: Polis lengkapkan siasatan lelaki berkelakuan tidak senonoh terhadap wartawan
Lelaki berusia 30 an itu masih direman dan kawad cam akan dilakukan hari ini, kata Ketua Polis Pulau Pinang.
![Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720153038_TBSULTANIBRAHIM.jpg)
Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan untuk berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H.
KESUMA arah KSU, Ketua Eksekutif HRD CORP buat laporan SPRM
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengarahkan Ketua Setiausahanya, Datuk Sri Khairul Dzaimee dan Ketua Eksekutif HRD CORP Datuk Wira Shahul Dawood membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat masalah didedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
BUDI Madani : Bantuan bermakna untuk ringankan beban rakyat
Inisiatif kerajaan menyalurkan subsidi diesel bersasar menerusi BUDI Madani dilihat membantu meringankan beban ditanggung rakyat.
![Peranti IoT baharu Apple untuk rumah tertiris dengan cip A18 Peranti IoT baharu Apple untuk rumah tertiris dengan cip A18](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720154048_tbAppleA.jpg)
Peranti IoT baharu Apple untuk rumah tertiris dengan cip A18
Peranti ini dikatakan akan berada dalam kategori yang sama dengan HomePod dan Apple TV iaitu aksesori untuk rumah.
![Faizal Ismail guna platform media sosial beri motivasi tunai haji Faizal Ismail guna platform media sosial beri motivasi tunai haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717899792_TBFaizalIsmail.jpg)
Faizal Ismail guna platform media sosial beri motivasi tunai haji
Walaupun menyedari dirinya banyak kekurangan, FBI terus berdakwah ke arah kebaikan, berbekalkan sedikit ilmu.
![FBI tawar ganjaran AS$10 juta tangkap pembangun perisian tebusan Lockbit FBI tawar ganjaran AS$10 juta tangkap pembangun perisian tebusan Lockbit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715228627_FBIjpg.jpg)
FBI tawar ganjaran AS$10 juta tangkap pembangun perisian tebusan Lockbit
PERISIAN tebusan Lockbit menyerang dunia siber sejak 2019 tetapi mula mendapat perhatian orang ramai selepas syarikat terkemuka seperti Thales, Royal Mail, TSMC dan Continental menjadi mangsa.
![Hakim tangguh perbicaraan dokumen sulit Trump Hakim tangguh perbicaraan dokumen sulit Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714980397_DonaldTrump.jpg)
Hakim tangguh perbicaraan dokumen sulit Trump
Perbicaraan berkemungkinan tidak akan bermula sebelum pilihan raya presiden AS pada November.
![Pas gesa kerajaan tidak ikut telunjuk luar isu keselamatan, kedaulatan negara Pas gesa kerajaan tidak ikut telunjuk luar isu keselamatan, kedaulatan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697887951_DatukSeriTuanIbra.jpg)
Pas gesa kerajaan tidak ikut telunjuk luar isu keselamatan, kedaulatan negara
Tuan Ibrahim berkata, perkara ini mesti diuruskan dengan kewibawaan kerajaan Malaysia sendiri tanpa didorong oleh campur tangan asing.
![KDN dapatkan gambaran tepat 3 pemimpin NGO Islam dalam senarai FBI KDN dapatkan gambaran tepat 3 pemimpin NGO Islam dalam senarai FBI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708319166_SaifuddinNasution.jpg)
KDN dapatkan gambaran tepat 3 pemimpin NGO Islam dalam senarai FBI
KDN sedang mendapatkan gambaran tepat dan akan menyemak fakta berkaitan tiga pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam negara ini yang berada dalam senarai FBI.
![Bekas anggota CIA dipenjara, bocor rahsia ke WikiLeaks Bekas anggota CIA dipenjara, bocor rahsia ke WikiLeaks](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41706836007_CIA.jpg)
Bekas anggota CIA dipenjara, bocor rahsia ke WikiLeaks
Joshua Schulte didapati bersalah atas tuduhan pengintipan dan lain-lain kesalahan pada 2022, dalam tragedi yang digelar 'Pearl Harbor digital.'
![FBI dakwa serangan siber ke atas Malaysia meningkat, bermotifkan wang dan politik - Laporan FBI dakwa serangan siber ke atas Malaysia meningkat, bermotifkan wang dan politik - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683697104_CyberAttack.jpg)
FBI dakwa serangan siber ke atas Malaysia meningkat, bermotifkan wang dan politik - Laporan
FBI mendakwa, serangan siber itu bukan hanya keuntungan, tetapi juga oleh penyangak yang cuba mendapatkan kelebihan ekonomi dan strategik.
![Dua maut dalam letupan kenderaan di Jambatan Rainbow AS-Kanada Dua maut dalam letupan kenderaan di Jambatan Rainbow AS-Kanada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700691257_vehicleexploded.jpg)
Dua maut dalam letupan kenderaan di Jambatan Rainbow AS-Kanada
Tragedi menjelang perayaan Thanksgiving disifatkan sangat serius dan menuntut siasatan terperinci.
![Lelaki ugut Biden maut ditembak dalam serbuan FBI Lelaki ugut Biden maut ditembak dalam serbuan FBI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691641308_BidenShot.jpg)
Lelaki ugut Biden maut ditembak dalam serbuan FBI
Menurut sumber, siasatan kes lelaki itu bermula pada bulan April dan Perkhidmatan Rahsia telah dimaklumkan pada Jun.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648036783_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.