Biro Siasatan Georgia memaklumkan penahanan ini berkaitan kejadian tembakan yang mengorbankan empat nyawa manakala sembilan orang cedera di Sekolah Tinggi Apalachee di Winder.
Colin yang berusia 54 tahun didakwa atas empat tuduhan pembunuhan tidak sengaja, dua pertuduhan pembunuhan tahap kedua dan lapan pertuduhan penderaan kanak-kanak.
"Ini masa yang sangat sukar, seperti yang kita tahu, untuk pelajar dan ibu bapa dan ramai lagi. Saya tahu pelajar dan ibu bapa di daerah ini dan di sekitar negeri ini berada dalam ketakutan. Anda semua mungkin pernah melihat laporan insiden pelajar lain membuat ugutan hari ini di pelbagai sekolah di sekitar negeri kita. Dalam setiap kejadian ini, polis, penguatkuasa undang-undang mengambil tindakan.
"Mereka membuat tangkapan, bertindak sangat pantas kerana kami mengambil serius kejadian seperti ini di seluruh negeri," kata Pengarah Biro Siasatan Georgia, Chris Hosey.
Tahun lalu, Colty dan Colin disoal siasat pegawai tempatan di daerah jiran, Jackson County berkaitan ancaman dalam talian untuk melakukan tembakan di sekolah.
Namum begitu, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) memaklumkan tiada alasan kukuh untuk menangkap dua individu tersebut.
Dalam siasatan 2023, Colin mengakui memiliki senjata untuk berburu di rumah tetapi anaknya tidak memiliki akses tanpa pengawasan kepada senjata tersebut.
Selepas kes terbaharu dalam krisis keganasan senjata api di Amerika Syarikat (AS) itu, hampir 400 tembakan besar-besaran berlaku pada tahun ini.