ALOR SETAR:Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor dilihat bersetuju dengan pelantikan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali sebagai Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN).
Menteri Besar Kedah itu bagaimanapun berkata, beliau dimaklumkan secara terperinci mengenai perkara berkenaan tetapi tidak membantah dan menganggap Mohamed Azmin sebagai calon sesuai bagi jawatan itu.
Beliau juga berkata, maklumat berhubung lantikan berkenaan merupakan berita baru buat beliau dan mengucapkan tahniah kepada bekas Timbalan Presiden PKR itu.
"Saya tak ada maklumat (berhubung lantikan Datuk Seri Azmin Ali sebagai Pengarah Pilihan Raya) lagi, tapi okaylah kalau (gabungan parti yang membentuk) PN (Perikatan Nasional) lantik dia.
"Saya ucap tahniah (kepadanya), (berhubung) dia (Azmin) dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, ini berita baru buat saya, terima kasih (maklumkan)," katanya.
Sanusi berkata demikian ketika ditemui media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman pada Selasa.
Terdahulu, Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) bersetuju sebulat suara untuk melantik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Ketua Penerangan PN sebagai Pengarah Pilihan Raya PN bagi mengetuai persediaan jentera pilihan raya parti.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, menjelaskan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pada Isnin, dalam usaha mengukuhkan kedudukan PN sebagai parti politik yang menerajui kerajaan hari ini.
Dalam kenyataan itu juga, Ketua Pemuda Pas Pusat, Ir Khairil Nizam Khirudin turut dilantik mengetuai sayap Pemuda PN dalam merancakkan lagi aktiviti di peringkat akar umbi supaya dapat merapatkan silaturahim antara ahli parti.
Abd Hadi Che Awang
Tue Nov 10 2020
Muhammad Sanusi Md Nor dilihat bersetuju dengan pelantikan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali sebagai Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN). - Gambar fail/BERNAMA
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
AGC belum putuskan representasi kedua Sanusi agar pertuduhan menghasut ditarik balik
Ini merupakan representasi kedua Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Kedah itu selepas yang pertama ditolak oleh AGC pada Mei lepas.
MB Kedah akan patuhi titah Sultan Selangor, jaga tutur kata
Menteri Besar Kedah itu juga berazam akan mematuhi titah nasihat Sultan Selangor untuk lebih berhati-hati serta menjaga tutur kata khususnya ketika berada di Selangor.
AGC masih pertimbang representasi MB Kedah, kes ditangguh 25 Oktober
Mahkamah menetapkan 25 Oktober untuk sebutan semula kes dan Sanusi diwajibkan menghadiri prosiding pada hari tersebut.
Sultan Selangor terima permohonan maaf Sanusi, titah jaga adab sebagai pemimpin
Sultan Selangor berkenan menerima permohonan ampun dan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas nama ukhwah sesama Islam serta bangsa Melayu.
Sultan Selangor disembah maklum permohonan maaf Sanusi
Sultan Sharafuddin Idris Shah telah disembah maklum dengan surat permohonan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.
Hujan lebat, air pasang besar faktor banjir di Kedah
Faktor hujan lebat disertai fenomena air pasang besar yang berlarutan selama beberapa hari dipercayai punca berlakunya banjir di negeri ini, khususnya di daerah Kota Setar.
Banjir Kedah: Nilai kerosakan, ganti rugi dijangka lebih RM100 juta
Muhammad Sanusi mengharapkan agar Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan peruntukan tambahan selain RM13 juta yang diumumkan pada Sabtu.
'Bukan 'honeymoon', saya tidak ke Jepun jika tahu Kedah akan dilanda banjir' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menafikan beliau ke Jepun kerana bercuti atau berbulan madu baru-baru ini.
Benar Sanusi di luar negara ketika ini, tetapi bukan sebab bercuti - Pejabat MB Kedah
MB Kedah sentiasa ikuti perkembangan masalah banjir di negeri itu dan pastikan beban bencana dihadapi mangsa ditangani dengan cepat dan berkesan.
Banjir: Bantuan RM2,000 diberi kepada KIR yang pindah ke PPS - MB Kedah
Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas dengan bencana banjir di Kedah dan berpindah ke PPS akan diberikan bantuan sebanyak RM2,000.