Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak menyelar bekas pemimpin parti itu yang disifatkannya menjadi pengkhianat dan sanggup bersubahat dengan musuh untuk menjatuhkan kepimpinan parti yang pernah dipimpin satu ketika dahulu.
Dengan tidak menyebut nama mana-mana individu yang dimaksudkan, Najib berkata perkara tersebut sungguh tidak disangka setelah kepimpinan terdahulu bersusah-payah membentuk UMNO menjadi parti tunjang membangunkan dan memajukan rakyat Malaysia.
“Ia termasuklah seorang negarawan yang pernah kita sanjung. Yang menyedihkan, beliau sanggup menjilat lidah, berdamping dan bercium mulut dengan musuh, memerangi parti UMNO yang pernah dipimpin beliau selama berpuluh tahun kerana agenda peribadi.
“Kita tidak lupa selama puluhan tahun, siapa yang ajar kita dan menanam kebencian terhadap parti DAP sebagai parti cauvinis dan rasis yang membenci Melayu dan Islam,” katanya ketika berucap pada kemuncak majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-71 UMNO di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Kata Najib yang juga Perdana Menteri, disebabkan itu Pas sudah menganggap DAP menjadi musuh kepada Islam dan UMNO pula menganggap parti itu musuh orang Melayu.
Beliau juga memuji Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan memetik ucapan Presiden Pas itu yang mengatakan bahawa kerjasama antara Pas dengan UMNO adalah satu amalan politik yang sungguh matang.
“Ini kerana, politik antara Pas dan UMNO, kita tidak berkelahi, sebaliknya berpolitik untuk kepentingan bersama.
“Abdul Hadi turut menyatakan, dalam politik kita boleh berbeza pendapat, tetapi dalam isu-isu melibatkan kepentingan rakyat dan negara, kita mesti bersatu serta bersama,” katanya.
Israr Khalid
Fri May 12 2017
Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan pada Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun
Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan.
Industri perbankan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah ekonomi mampan, inklusif
Institusi kewangan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Belanjawan 2025: Komitmen berterusan kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal, pertumbuhan seimbang - Khazanah
Khazanah dan syarikat-syarikat portfolionya kekal selaras dengan visi Belanjawan 2025 dan sedia menyokong agenda yang berpandangan jauh.
Belanjawan 2025: Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk pacu inovasi AI
Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI).
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Bekas Presiden PSB dilantik Naib Presiden Kanan PDP - Tiong
Parti Sarawak Bersatu (PSB) sah dibubar dan ahlinya menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) dengan Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh dilantik sebagai Naib Presiden Kanan PDP.
Anwar cabar pemimpin 'kaya' kongsi kekayaan dengan orang Melayu
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar bekas pemimpin dan pembesar yang mendapat keuntungan ketika era pemerintahan mereka untuk berkongsi kekayaan dengan orang Melayu yang lain.
Ahli Bersatu jangan bimbang, kami tak nak jawatan! - Mas Ermieyati
Arahan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau dan bekas pemimpin UMNO lain tidak diberi jawatan sehingga PRU15 perlu dihormati.
Ethiopia berkas pemimpin wilayah timur Somali yang didakwa cabul hak asasi manusia
Pentadbir wilayah itu, Abdi Mohammed Omer, telah dipaksa meletak jawatan pada 6 Ogos selepas keganasan meletus di ibu negeri wilayah berkenaan iaitu Jijiga.
Keputusan isu penyelewengan kontrak tenaga solar sekolah esok
Keputusan yang akan diumumkan esok itu diambil pada Jumaat lepas (8 Jun), setelah pihaknya menjalankan siasatan terperinci mengenai kes tersebut minggu lepas.
PAS tidak tergugat walau ada pemimpin pilih haluan berbeza - Hadi
Katanya PAS sesekali tidak akan tunduk dengan tekanan atau tanggungjawab yang ditinggalkan pemimpin tersebut kerana yakin sokongan yang diberikan rakyat cukup untuk membantu PAS dalam perjuangannya.
Najib selar bekas pemimpin UMNO berpaling tadah, sanggup 'cium mulut' musuh
Perkara tersebut sungguh tidak disangka setelah kepimpinan terdahulu bersusah-payah membentuk UMNO menjadi parti tunjang membangunkan dan memajukan rakyat Malaysia.