Polis Ethiopia telah menahan seorang bekas pemimpin wilayah timur Somali atas dakwaan mencabul hak asasi manusia dan menyebabkan berlakunya pertempuran etnik sehingga membawa maut, kata pejabat peguam negara.
Perdana Menteri Abiy Ahmed, yang mengetuai pembaharuan demokratik di negara Afrika dengan 100 juta penduduk itu, pada Sabtu berkata pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan di wilayah tersebut "sukar dipercayai" dan termasuk penyeksaan, rogol serta pembunuhan.
Pentadbir wilayah itu, Abdi Mohammed Omer, telah dipaksa meletak jawatan pada 6 Ogos selepas keganasan meletus di ibu negeri wilayah berkenaan iaitu Jijiga.
Sekurang-kurangnya 20 orang maut manakala beribu-ribu lagi melarikan diri dari Jijiga ketika perusuh merompak harta milik etnik minoriti serta membakar beberapa gereja Ortodoks Ethiopia.
Pihak berkuasa pusat berkata kekacauan yang berlaku di wilayah itu telah dicetuskan oleh para pegawai tempatan yang bimbang diberkas atas dakwaan mencabul hak asasi manusia.
Pada Isnin, Polis Persekutuan "menahan Abdi Mohammed Omer di kediamannya di Addis Ababa," kata Perbadanan Penyiaran Ethiopia yang memetik kenyataan Pejabat Peguam Negara.
"Jenayah yang beliau lakukan termasuk mencabul hak asasi manusia dan memarakkan lagi pertikaian dalam kalangan etnik dan agama," katanya sambil menambah bahawa pegawai lain turut diburu oleh polis.
Kumpulan hak asasi manusia telah menuduh pentadbiran Abdi melakukan pencabulan itu seperti penyeksaan manakala beberapa saksi mendakwa beliau telah mengarahkan pasukan separa tentera melakukan serbuan ke atas orang awam di wilayah Oromiya yang terletak berhampiran selepas pertempuran etnik di kawasan itu pada September tahun lepas.
Kerajaan telah memecat para pegawai kanan penjara wilayah pada bulan lepas susulan dakwaan berlaku penyeksaan.
Abiy pada Ahad menceritakan beberapa kes yang menyaksikan tahanan diletak dalam sel bersama-sama singa, dubuk dan harimau bintang untuk memaksa mereka membuat pengakuan.
Wilayah itu telah dibelenggu keganasan sejak tiga dekad lalu, yang menyaksikan kerajaan berperang dengan puak pemisah Ogaden National Liberation Front sebelum kumpulan itu mengisytiharkan gencatan senjata secara unilateral bulan ini susulan pembaharuan.
Anggaran kerajaan menunjukkan wilayah itu memiliki empat trilion kaki padu rizab minyak dan gas.
Syarikat GCL-Poly Petroleum Investments dari China telah membangunkan dua telaga gas di kawasan itu sejak 2013.
-- BERNAMA-NNN-AGENCIES
Bernama
Tue Aug 28 2018

Abiy Ahmed bercakap pada satu sidang media di pejabatnya di Addis Ababa, Ethiopia, 25 Ogos, 2018. REUTERS

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Ethiopia berkas pemimpin wilayah timur Somali yang didakwa cabul hak asasi manusia
Pentadbir wilayah itu, Abdi Mohammed Omer, telah dipaksa meletak jawatan pada 6 Ogos selepas keganasan meletus di ibu negeri wilayah berkenaan iaitu Jijiga.