Meskipun Majlis Syura Ulamak PAS telah membuat keputusan untuk tetap menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, seorang pemimpin PAS di Selangor berkata majlis itu masih boleh mengubah pendiriannya itu jika terbukti wujudnya salah laku dalam pentadbirannya.
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad berkata ia berikutan adanya pelbagai tuduhan yang dilemparkan ke atas Abdul Khalid termasuk isu berhubung perjanjian penyelesaian pinjamannya dengan Bank Islam.
"Sebelum ini, Majlis Syura berkeyakinan Tan Sri Abdul Khalid tidak ada kes dan sebab itu kita menyokong beliau, tetapi apabila adanya tuduhan sebegini, saya mahu beliau beri penjelasan.
Abdul Khalid kena bela diri, saya bagi masa sehingga 17 Ogos ini untuk beliau dedahkan bagaimana beliau lenyapkan hutang itu daripada pengetahuan kami (pakatan pembangkang)," katanya dalam satu sidang akhbar di sini,pada Jumaat.
Maklumat mengenai perjanjian penyelesaian pinjaman itu telah didedahkan oleh PKR dalam laporan setebal 24 muka surat, yang difahamkan telah diedarkan kepada pemimpin dan anggota pakatan pembangkang sejak 5 Ogos lepas.
Mengulas lanjut, Khalid yang juga Anggota Parlimen Shah Alam berkata beliau mengetahui mengenai perjanjian penyelesaian pinjaman yang membabitkan Menteri Besar itu selepas menerima laporan itu pada malam 6 Ogos, selepas tamat persidangan Majlis Syura.
Bernama
Fri Aug 08 2014
KHALID: Majlis Syura Ulamak masih boleh ubah keputusan - Gambar Fail
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga
Menurut Nga, DAP komited dan berdedikasi untuk mengejar pencapaian politik dan mendapat kepercayaan rakyat sambil membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang.
DAP mengalu-alukan kesediaan BN kerjasama dengan PH
DAP mengalu-alukan kesediaan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
HerLead, platform DAP pilih calon wanita untuk PRU-16
Program HerLead iaitu program pendidikan kepimpinan anjuran Wanita DAP akan menjadi platform bagi memilih calon wanita parti itu bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.
[KOLUMNIS] Dari KKB ke Sungai Bakap
Atas kertas, sehingga kini, mood kemenangan diramalkan memberi kelebihan kepada PH.
Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.
Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan - Nie Ching
Teo Nie Ching mempersoalkan tindakan Ramasamy yang tidak melakukan gesaan sama apabila bekas Setiausaha Agung yang kini Pengerusi DAP, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.