BARU-baru ini, saya melihat satu bentuk provokasi terhadap Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tentang pembubaran Parlimen pada malam Sabtu sewaktu sedang menunggu keputusan Pilihanraya Negeri (PRN) Johor, saya fikir ia adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku kerana mungkin dapat memberi persepsi negatif terhadap Barisan Nasional yang menunjukkan keangkuhan apabila menang selesa pada PRN Johor, kali ini. 

Walaubagaimanapun, kita harus sedar pada realiti bahawa sokongan yang diterjemahkan dalam kertas undi terhadap BN bukanlah indikator yang begitu jelas.

Kalau diperhatikan, daripada 40 kerusi DUN yang dimenangi BN, 18 kerusi DUN tersebut, jikalau dicampurkan atau digabungkan undi-undi parti-parti pembangkang, maka kerusi berkenaan akan dimenangi Pembangkang, manakala BN akan hanya tinggal dengan 22 kerusi sahaja.

DAPATKAN KEPUTUSAN PRN JOHOR DI SINI

Betul! Walaupun sekarang Pembangkang dipercayai sudah berpecah, tidak semestinya dengan kemenangan BN pada PRN Johor kali ini boleh kita jadikan tanda aras untuk Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) perlu diadakan dengan segera.


PRN Johor

SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI 


BACA: Laungan bubar Parlimen: 'Jangan lebih sudu daripada kuah' - Pemuda UMNO Pandan

Buat masa ini, Kerajaan Persekutuan masih stabil dan boleh berfungsi atas dasar kesepakatan parti-parti yang membentuk kerajaan yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri.

Perdana Menteri baharu sahaja mengumumkan negara sudah bersedia untuk beralih ke Fasa Endemik pada 1 April ini.

Ekonomi negara sedang giat dibangunkan semula, rakyat pula sudah mula bangkit dan sedang berusaha untuk mengembalikan apa yang telah tergadai setelah apa yang mereka lalui dalam jangka masa dua tahun ini.

Kerajaan sedang melalui proses pemulihan dengan menyambung semula apa yang tergendala dan memberikan nafas baharu kepada Keluarga Malaysia.

Signal untuk mengadakan pilihan raya sekarang adalah satu tanda yang tidak baik pada negara dan rakyat kerana ia boleh menjejaskan recovery period negara.

Kestabilan itu penting bagi memastikan Kerajaan pada masa kini dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Janganlah kita bersifat angkuh akan kemenangan pada PRN Johor, kita perlu menterjemahkannya, tunjukkan kepada rakyat bahawasanya BN dapat menjamin Kestabilan, Pembangunan dan Kesejahteraan kepada rakyat Malaysia.

#KestabilanMasaDepan


* Datuk Azley Yahya merupakan Setiausaha Pemuda UMNO Negeri Selangor dan Ketua Pemuda UMNO Kuala Selangor

** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.