Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak mengingatkan semua anggota parti komponen BN termasuk UMNO agar jangan merajuk dan mengkhianati parti dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Perdana Menteri turut mengingatkan mereka agar terus bekerja keras bagi mendapatkan mandat daripada rakyat.
"Jangan ada orang yang merajuk. Jangan mengkhianati parti kita. Kita mesti pandang ke hadapan. Kita tahu bahawa survival kita, walau marah macam mana pun, kalau tak suka perdana menteri pun tak apa, tetapi jangan runtuhkan parti kesayangan kita. Selagi ada parti, kita boleh meneruskan perjuangan.
"Parti ini (UMNO) adalah parti keramat yang banyak berjasa termasuk (kepada) perdana menteri 22 tahun itu. Dia (Tun Dr Mahathir Mohamad) tak kuat, saya pun tak kuat. Dia jadi kuat sebab UMNO. Dia tidak boleh khianat pada UMNO sepatutnya. Jasa (UMNO) terlalu banyak kepada dia dan anak-anaknya.
"Ini kerana perjuangan UMNO dan BN yang mempertahankan dia (Dr Mahathir) selama ini... Ini dia sanggup nak jatuh, bunuh dan runtuh parti yang banyak berjasa selama ini. Itu saya tidak dapat terima," katanya pada Program Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat bersama Perdana Menteri di Dewan Jubli Perak di sini pada Rabu.
Najib berkata PRU14 akan menentukan hala tuju masa depan negara.
"Ini bukan soal peribadi. Ini bukan soal siapa menjadi calon. Fikir masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita. Jangan biar pisang berbuah dua kali. Jangan biar Perak jatuh ke tangan pembangkang," katanya.
Pakatan pembangkang PAS-PKR-DAP telah mentadbir Perak selama 11 bulan pada 2008.
Sementara itu, Najib berkata pihak pembangkang, khususnya DAP yang menjunjung prinsip demokrasi sebenarnya gagal mengikuti prinsip itu.
Sambil memberi contoh, beliau berkata anggota Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw digugurkan sebagai calon PRU14 kerana beliau bercakap benar dan melawan kehendak pemimpin.
"Dia cakap benar dan kena buang (digugurkan sebagai calon). Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dia (Tan) kata perdana menteri tidak buat apa-apa salah. Dia cakap benar dan dia tidak dicalonkan (pada PRU14).
"Siapa lawan kehendak pemimpin utama memang tidak boleh... mana ada demokrasi dalam parti itu," katanya.
Sementara itu, Najib berikrar akan bekerja sedaya upaya dengan pasukannya untuk memastikan Malaysia dimartabatkan sebagai negara terhebat.
"Kita sudah ada perancangan termasuk projek MRT (Transit Aliran Massa), LRT (Transit Aliran Ringan), High Speed Rail (HSR) (projek kereta api berkelajuan tinggi), lapangan terbang baharu dan pelaburan besar sudah ada. Kita perlu menang besar dan mendapatkan mandat.
"Orang kata seandainya BN menang semua akan naik. Bila undi naik, bursa saham pun naik, nilai mata wang pun naik," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Wed Apr 18 2018

Najib berucap pada Program Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat di Dewan Jubli Perak pada Rabu, 18 April, 2018. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.

BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.

50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.

Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.