KUALA LUMPUR: Menerusi hantaran di akaun Facebook, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengenang semula perjalanan parti PKR 25 tahun lepas yang bermula dengan satu gerakan massa.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR berkata kini selepas 25 tahun berlalu, parti itu berjaya membawa islah (usaha untuk mengembalikan sesuatu keadaan kepada keadaan yang betul, tepat dan sesuai) demi masa depan negara yang lebih baik.
"Selamat ulang tahun ke-25 buat seluruh anggota dan pimpinan PKR," katanya menerusi hantaran di akaun Facebook hari ini sempena ulang tahun ke-25 parti itu.
Sementara itu Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek menerusi ucapan ulang tahun yang dimuat naik di Facebook, mengingati pejuang awal parti yang tidak mungkin dapat dibalas jasa dan pengorbanan mereka.
Menteri Pendidikan itu berkata perjuangan parti juga didokong oleh semua anggota di setiap peringkat, sehingga membolehkan PKR terus bertahan walaupun berdepan ujian dan kesengsaraan.
"Figura, tokoh dan pejuang Keadilan sangat sinonim dengan para penggerak perjuangan rakyat... dia yang berkorban segala-galanya demi perjuangan, dengan darah, keringat dan air mata," katanya.
Fadhlina juga melahirkan harapan untuk PKR kekal menzahirkan kebaikan dan memimpin perubahan untuk Malaysia.
Ketua Angkatan Muda Keadilan Adam Adli Abd Halim yang berterima kasih kepada penyokong parti atas pengorbanan mereka, turut mengingatkan bahawa perjuangan parti masih terlalu jauh.
"Jauh perjalanan telah kita tempuhi, masih terlalu jauh lagi kita perlu terus melangkah ke hadapan untuk melaksanakan agenda rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024

Fahmi berkata PKR berjaya membawa islah (usaha untuk mengembalikan sesuatu keadaan kepada keadaan yang betul, tepat dan sesuai) demi masa depan negara yang lebih baik. - FB Fahmi Fadzil

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Fahmi bertemu wakil organisasi, pengamal media bincang isu gaji dan hilang kerja
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil organisasi dan pengamal media bagi membincangkan isu kebajikan kakitangan media.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap stesen televisyen langgar garis panduan - Fahmi
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan ditetapkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa agensi berita untuk memanfaatkan AI bagi menangani maklumat palsu.

Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah akan ditambah baik, beri manfaat kepada pekerja
Fahmi berkata pihaknya akan mendapatkan analisis daripada syarikat berkaitan bagi meneliti serta mengkaji keperluan untuk penambahbaikan itu.

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 fokus isu jenayah dalam talian
Pindaan ini bertujuan menyediakan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan mampan.

Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai
Fahmi berkata sambutan itu cukup meriah dengan kehadiran komuniti setempat meskipun dalam keadaan cuaca kurang baik.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.

Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.