Sekarang semakin jelas bahawa DAP ialah "parti dominan" dalam Pakatan Harapan dengan Lim Kit Siang sebagai pemimpin "de facto" yang bijak mengatur percaturan dan mencorakkan penampilan Pakatan Harapan, kata Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.
Tengku Sariffuddin berkata ia menggunakan strategi Ali Baba dengan meletkkan pemimpin Melayu di barisan hadapan tetapi "power broker" sebenarnya berada di belakang tabir.
"Bagaimanapun, orang melayu hari ini sudah mula menghidu taktik kotor ini kerana ia menghina kecerdasan mereka.
"Mengapa DAP dan Kit Siang bermain silap mata ini? Ini kerana pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Pakatan mula merosot, mereka memerlukan seorang tokoh Melayu yang baharu di barisan hadapan sebagai topeng," kata Tengku Sariffuddin dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata DAP dan Kit Siang tahu benar bahawa orang Melayu tidak akan menyokong mereka bulat-bulat.
Mereka tidak menaruh kepercayaan kepada pemimpin rakan-rakan dalam Pakatan seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) atau Mohamad Sabu (Parti Amanah Negara (Amanah), tetapi sebaliknya memilih untuk membentuk pakatan baharu dengan Pengerusi Parti Pribumi Melayu Bersatu (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan mengetahui sepenuhnya bekas perdana menteri itu tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 dan bahawa partinya hanya mempunyai satu kerusi di parlimen, kata beliau.
Beliau berkata keputusan DAP untuk merestui Mahathir untuk memimpin Pakatan Harapan adalah satu penghinaan kepada PKR dan Amanah.
"DAP dan Kit Siang mengambil keputusan ini berdasarkan pengalaman dan pengaruh Mahathir. Tetapi ini jelas hipokrit kerana parti-parti pembangkang melancarkan gerakan reformasi yang terang-terang menentang Mahathir," katanya.
Tengku Sariffuddin berkata Kit Siang menggunakan musuh lamanya dan orang yang pernah menyebabkan beliau meringkuk dalam tahanan untuk menerajui cabaran DAP di kawasan-kawasan yang menjadi kubu orang Melayu.
"Itulah sebabnya mengapa mereka membiarkan Mahathir bercakap mengenai dasar. Tujuan utama DAP ialah untuk menambat hati pengundi Melayu.
"Bagi Kit Siang secara peribadi, ikatannya dengan Mahathir bermaksud untuk memadamkan imejnya sebagai anti Melayu dan anti Islam. Tetapi apa yang Kit Siang gagal untuk memahami ialah orang Melayu boleh menghidu bahawa mereka diperalatkan oleh DAP," kata beliau.
Tengku Sariffuddin berkata sudah tidak menjadi rahsia lagi bahawa mengundi Pakatansebenarnya ialah mengundi DAP, bukan PKR, Amanah atau PPBM.
"DAP adalah kuasa sebenar di belakang pembangkang. Bagaimanapun, DAP kini dalan keadaan panik kerana telah sedar bahawa orang Melayu menyedari apa yang sedang berlaku dan dalang sebenarnya ialah Kit Siang," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2017

Tengku Sariffuddin berkata ia menggunakan strategi Ali Baba dengan meletkkan pemimpin Melayu di barisan hadapan tetapi "power broker" sebenarnya berada di belakang tabir. -Gambar fail

Nurul Izzah Izzati DNF acara keirin, kemalangan sewaktu repechage
Perjalanan atlet berusia 22 tahun itu terhenti ketika saringan repechage pusingan pertama dan status bertukar DNF.

Wartawan tertonyoh mikrofon ke muka Trump terima jelingan 'tajam'
Video kejadian yang berlaku di pusat kemudahan tentera Joint Base Andrews itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Lima faktor utama mempengaruhi kejatuhan dan pemulihan FBM KLCI - Penganalisis
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengalami penurunan terbesar tahun ini, menembusi paras sokongan utama 1,490-1,500.
#AWANIRingkas 17 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 17 Mac 2025
1️⃣ Lapor jika ada agamawan lakukan jenayah
2️⃣ Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri edisi Utara
3️⃣ Jualan mercun, 303 permohonan diluluskan
#awaniringkas
1️⃣ Lapor jika ada agamawan lakukan jenayah
2️⃣ Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri edisi Utara
3️⃣ Jualan mercun, 303 permohonan diluluskan
#awaniringkas

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi hari ini selepas AS mengelak daripada menutup operasi kerajaan, menunjukkan sentimen mengambil risiko yang lebih baik.

ABK24/25: Tersenarai calon terbaik, sepakan jauh penjaga gol berjaya jaringkan gol
Tanpa diduga, ia juga dianggap sebagai koleksi peribadi kerana gol yang sangat menakjubkan serta jarang berlaku.
AWANI Ringkas: Jualan mercun, 303 permohonan diluluskan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk hari ketiga
Beliau hadir bagi hari ketiga merakam keterangan berhubung proses siasatan melibatkan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Gunung sampah Ghazipur hampir setinggi Taj Mahal
Ghazipur menjadi salah satu tapak pelupusan sampah terbesar di dunia, dan terus menerima ratusan tan sampah dari Delhi setiap hari.
FBM KLCI: Jualan besar-besaran, apa langkah seterusnya?
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatatkan penurunan terbesar tahun ini, melepasi paras sokongan utama 1,490-1,500. Apa yang bakal menjadi tindakan pelabur dalam keadaan semasa terutamanya dalam ketidaktentuan? Perbincangan penuh bersama Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.

Lebih 1,000 meriahkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri
Lebih 1,000 hadirin memeriahkan Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianjurkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Setuju had jawatan PM kepada 10 tahun, kalau 22 tahun boleh rosak negara - Anwar
Anwar bagaimanapun menegaskan, proses itu akan dilaksana dengan rapi kerana ia memerlukan konsensus semua parti serta sokongan dua pertiga Ahli Parlimen.

Bukan elak reformasi tapi perlu ikut proses, gopoh bawa kegagalan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa reformasi tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa untuk mengelakkan kegagalan.

Tiada negara boleh maju jika batu api isu kaum, agama - PM Anwar
Kerajaan mengambil pendekatan bersama DAP untuk mengangkat martabat negara dengan tadbir urus yang cekap dan memerlukan dukungan masyarakat pelbagai kaum.

Main isu kaum tindakan ‘desperado’, kononnya kerajaan tunduk dengan DAP - Anwar
Beliau menganggap pihak tidak bertanggungjawab itu hanya bijak memainkan isu perkauman berbanding membahas dasar kerajaan.

Kerajaan tidak campur tangan keputusan badan kehakiman - PM Anwar
Bagaimanapun, perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan mereka yang dilantik dalam badan itu mempunyai kewibawaan.

DAP rakan setia Anwar Ibrahim, hanya ‘yes man’ kepada rakyat - Guan Eng
DAP hanya tunduk kepada pengundi dan rakyat Malaysia, bukan kepada individu atau pihak tertentu.

PM Anwar hadiri kongres kebangsaan DAP ke-18
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Kebangsaan DAP ke-18 yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC).

Jangan perkecil usaha kerajaan bantu orang Melayu, Bumiputera - PM
Anwar beri amaran agar nama Melayu dan Bumiputera tidak dipergunakan untuk mengkhianati usaha yang dilakukan kerajaan.

Perang dagangan, tarif, sekatan jadi senjata dominasi global - PM Anwar
Anwar berkata, berikutan Order Baru Dunia yang sedang terbentuk, negara-negara di seluruh Global South hadapi cabaran yang semakin meningkat.