Anwar yang tiba kira-kira 7 malam disambut Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Perdana Menteri turut mendengar tazkirah ringkas sebelum berbuka puasa dan mendirikan solat Maghrib.
Terdahulu Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Sembilan di Majlis Daerah Tampin yang dihadiri Aminuddin, Shamsul Azri serta barisan kepimpinan kerajaan negeri dan Persekutuan.
-- BERNAMA
