Ringkasan AI
- DAP bukan 'pak turut' atau 'yes man' kepada mana-mana pihak, meskipun mereka adalah rakan setia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- DAP hanya tunduk kepada pengundi dan rakyat Malaysia, bukan kepada individu atau pihak tertentu.
- Lim Guan Eng menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi DAP kepada Anwar Ibrahim dan menyeru ahli DAP untuk memberikan tepukan kepada Anwar.
Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu sebaliknya hanya tunduk kepada pengundi dan rakyat Malaysia.
"DAP adalah rakan yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah pun dibuktikan sejak Lim Kit Siang menjadi Setiausaha Agung hingga sekarang Anthony Loke. Kita tidak berbelah bahagi untuk menyokong.
"DAP rasa bangga bahawa kita boleh bantu Datuk Seri Anwar menjadi perdana menteri dan kita akan terus memberikan sokongan sedemikian.
"Namun biar saya tegaskan bahawa DAP bukan parti ‘yes man’. DAP hanyalah ‘yes man’ kepada pengundi kita dan rakyat Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Kongres Kebangsaan DAP ke-18, di sini, pada Ahad.
Lim kemudian menyeru kesemua pimpinan dan ahli DAP berdiri untuk memberikan tepukan kepada Anwar yang hadir buat pertama kali atas kapasitinya sebagai perdana menteri.
