PASIR GUDANG: Perikatan Nasional (PN) perlu bersikap konstruktif sebagai pembangkang dan bukan destruktif yang merosakkan amalan demokrasi di negara ini kerana berterusan mahu menubuhkan 'kerajaan pintu belakang'.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, walaupun perkara tersebut dibenarkan undang-undang tetapi akan merencatkan kestabilan politik menerusi Langkah Dubai yang sedang cuba direalisasikan.
Menurutnya, percaturan politik yang salah apatah lagi membelangkangkan kepentingan rakyat hanya akan merugikan negara.
"Sabar, kasihanilah dengan rakyat. Kalau nak jatuhkan kerajaan bukan dengan cara tarik sokongan terhadap kerajaan, ikut pintu belakang atau tebuk atap, tunggulah PRU (pilihan raya umum) akan datang.
"Kerajaan yang ada ini baru berusia setahun. Ada tiga atau empat tahun lagi, bolehlah nilaikan (prestasinya), kalau elok (rakyat) pilihlah semula kalau tak elok gantikan dengan yang lain, ada caranya," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.
Menurut Hassan, PN perlu memberi peluang kepada Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghabiskan penggalnya dan selepas itu jika masih tidak puas hati boleh memilih gabungan politik lain sebagai kerajaan baharu.
"Cukup-cukuplah, apa salah atau apa kelemahan kerajaan sekarang. Kerajaan sekarang cuba atasi dan buat yang terbaik. Kalau ada polisi yang lebih baik tunggulah PRU, dah menang nanti bolehlah laksanakan," ujarnya.
Katanya, menjatuhkan kerajaan sedia ada ketika ini tidak wajar kerana terdapat pelbagai isu dalam negara yang memerlukan perhatian serta penyelesaian antaranya memulihkan ekonomi, menangani Covid-19, banjir dan kes denggi.
"Hormati dan kesian juga kepada Yang di-Pertuan Agong, kita pun nak ada peralihan kuasa daripada Yang di-Pertuan Agong sekarang kepada Yang di-Pertuan Agong yang baru. Jadi biarlah dan bagi kepercayaan kepada Datuk Seri Anwar menerajui kerajaan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 06 2024
Perikatan Nasional (PN) perlu bersikap konstruktif sebagai pembangkang dan bukan destruktif yang merosakkan amalan demokrasi di negara ini kerana berterusan mahu menubuhkan 'kerajaan pintu belakang,' kata Hassan Abdul Karim.
Artis dinasihat semak sebelum terima tawaran, elak dieksploitasi
Freddie Fernandez berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan mereka dieksploitasi oleh perniagaan yang menyalahi undang-undang.
'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.
Hujan berterusan di Sabah dan Sarawak hingga esok
MetMalaysia memaklumkan, daerah yang dijangka terlibat ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.
Pusingan Kerja Petugas Kaunter semua kementerian bermula hari ini
Langkah ini selaras dengan matlamat reformasi perkhidmatan awam untuk mewujudkan sistem kerja yang lebih dinamik serta responsif kepada keperluan rakyat.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan Amerika Syarikat menangguhkan kenaikan tarif import ke atas Kanada dan Mexico.
Arman Rumaizi dilantik Naib Canselor UPNM
Sebelum pelantikan ini, Arman Rumaizi memegang jawatan sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 2022.
Remaja perempuan maut diserang jerung ketika berenang di Australia
Mangsa yang berusia 17 tahun mengalami kecederaan yang mengancam nyawa dan tidak dapat diselamatkan.
Impian Kripto ASEAN: Masa Depan Ekonomi Digital
Impian Kripto ASEAN merujuk kepada visi untuk mengintegrasikan dan memajukan teknologi kriptowang dan blockchain dalam rantau ASEAN. Inisiatif ini bertujuan untuk memanfaatkan potensi aset digital bagi memacu pertumbuhan ekonomi, inovasi, dan keterangkuman kewangan di seluruh negara anggota.
AWANI Ringkas: Tumpuan Dewan Rakyat | Sambutan Thaipusam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City sambar arkitek baharu dari Porto
Nico Gonzalez menandatangani kontrak selama empat tahun setengah dengan yuran perpindahan sebanyak 60 juta euro (RM277.4 juta).
[KOLUMNIS] Reformasi perkhidmatan awam tunjang agenda MADANI
Ternyata bahawa reformasi perkhidmatan awam bukan lagi sekadar proses teknikal tetap ia adalah satu seruan nasional.
Pelbagai usaha dilaksana Kerajaan Madani jaga kebajikan rakyat
Pelbagai anjakan dan reformasi yang mengutamakan kebajikan rakyat diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tahun ini.
Agensi pemerkasaan agenda bumiputera perlu cekap, bertanggungjawab - PM
Anwar bagaimanapun berkata semua dasar bumiputera tidak akan mengenepikan hak kaum-kaum lain.
Harga diesel turun 5 sen mulai esok
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada RM3.30 seliter seiring dengan penurunan harga pasaran dunia minyak ketika ini.
Ringgit cecah 4.4000 berbanding dolar AS
Ringgit Malaysia mencecah 4.4000/4150 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pukul 11.32 pagi hari ini.
'Belum terbuka hati jumpa wakil pembangkang' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengakui terdapat wakil parti politik pembangkang yang mahu berjumpa beliau dan Anwar untuk berunding membentuk kerjasama dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi
Fahmi menyifatkan terlalu awal untuk mengklasifikasikan isu pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) sebagai skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kerajaan pertimbang model Ombudsman unik, gabung EAIC, Biro Pengaduan Awam
Kerajaan sedang mempertimbangkan satu model Ombudsman Malaysia yang unik dengan menggabungkan Biro Pengaduan Awam serta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).
Kebajikan anggota keselamatan terus diberi keutamaan - PM Anwar
Perdana Menteri beri jaminan bahawa Kerajaan Madani akan terus memastikan kebajikan dan kemudahan anggota keselamatan diberi keutamaan.
Rasionalisasi subsidi diesel diumum jam 5 petang hari ini
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan mengadakan sidang media mengenai rasionalisasi subsidi diesel di pejabat Kementerian Kewangan di Putrajaya jam 5 petang pada Ahad.