Pemimpin Melayu dalam DAP harus terasa hati dengan kenyataan Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke yang dilaporkan memekik perkataan 'celaka Melayu' semasa ditahan polis pada Selasa.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah berkata, pekikan Anthony itu jelas membuktikan pemimpin DAP berkenaan mengeluarkan kenyataan perkauman dan rasis.
"Apa pendirian penyokong dan pemimpin Melayu DAP seperti Tengku Zulpuri Shah Raja Puji ADUN Mentakab, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, Dyana Sofea, Rara, Edry Faizal, Young Shefura Othman, bendahari Tarmizi Anuwar dan ramai lagi dengan pekikan Anthony itu?
"Apakah mereka mengaku diri sendiri sebagai celaka juga dan membiarkan diri terus diperlakukan sedemikian?" katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Armand mengulas tindakan Anthony yang dikatakan memekik perkataan 'celaka Melayu' semasa ditahan polis ketika pemilik tanah mengusir penduduk Kampung Ulu Temiang, Seremban pada Selasa.
Bagaimanapun sebuah portal hari ini melaporkan Anthony menafikan membuat pekikan itu dan mendakwa menjadi mangsa fitnah semata-mata.
Dalam pada itu kata Armand, pemimpin tertinggi DAP juga harus memberikan penjelasan untuk menghuraikan kejadian yang berlaku.
"Berdiam diri tanda setuju atau memohon maaf seterusnya mendesak Anthony meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana mengeluarkan kenyataan yang kurang ajar.
"Anthony diingat jangan kurang ajar dan berani menanggung akibat selepas ini akibat perbuatan sendiri," tegasnya.
Wan Syamsul Amly
Wed Oct 07 2015

ARMAND: "Apakah mereka mengaku diri sendiri sebagai celaka juga dan membiarkan diri terus diperlakukan sedemikian?" - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Kumpulan Gigi janji aksi lebih 'nakal' di pentas
Selepas 14 tahun, kumpulan Gigi bakal kembali menemui peminat mereka di Kuala Lumpur.

"Bukan tak sayang, saya pun pernah tertinggal anak di kedai" - Aishah
Dia sendiri secara tidak sengaja pernah tertinggal anaknya di sebuah kedai tidak lama dahulu kerana salah faham.

'Tidak molek UMNO serang Ahmad Husni' - Armand
Semua pihak dalam UMNO diminta tidak menyerang Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dengan tohmahan yang akhirnya memberi kesan negatif kepada parti.

'Berhimpun boleh, tapi ikutlah akta' - Armand
Rakyat perlu patuh kepada Akta Perhimpunan Aman 2012 yang menjamin hak bersuara mengikut saluran sesuai di samping sentiasa memastikan ketenteraman awam tidak terjejas.

Penasihat undang-undang antarabangsa Anwar cari simpati murahan - Armand
Motley sengaja mencari simpati rakyat negara ini ketika mendapatkan penjelasan daripada KDN apabila tidak dibenarkan bertemu bekas ketua pembangkang itu di Penjara Sungai Buloh.

Bila MCA mahu tarik pengundi di bandar? - Armand
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Ti Lian Ker perlu memikirkan cara parti itu menarik pengundi Cina di bandar daripada terus menuduh UMNO hanya menjadi 'jaguh di kampung'.

Jangan tuduh KJ guna taktik politik kuno - Armand
Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker dinasihatkan tidak menuduh taktik politik Khairy Jamaluddin sebagai cara lama dan tidak diterima kaum lain.

#TangkapMO1: 'Pembangkang jadikan mahasiswa keldai politik' - Armand
Pembangkang menjadikan mahasiswa keldai politik apabila menghasut golongan itu untuk menyertai himpunan Protes 'Tangkap Malaysian Official 1' (#TangkapMO1) di sekitar ibu negara pada Sabtu.

'Peremajaan kunci UMNO rampas semula Selangor' - Armand
UMNO Selangor perlu yakin kepada usaha peremajaan parti untuk memastikan kemenangan berpihak semula kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Hina Aidilfitri: 'Kenapa Mat Sabu diam sahaja?' - Pemuda UMNO
Pemuda UMNO hairan dengan sikap membisu Presiden PAN, Mohamad Sabu terhadap tindakan Nga Kor Ming yang memuat naik lukisan karikatur di akaun Facebooknya yang menghina Aidilfitri.