Penasihat undang-undang antarabangsa Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kimberley Motley, sengaja mencari simpati rakyat negara ini apabila meminta penjelasan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas tidak dibenarkan bertemu bekas ketua pembangkang itu di penjara.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, ia sekali gus dilihat sebagai satu gimik politik menjelang Perhimpunan Bersih 5 yang akan diadakan 19 November ini.
"Apabila kita kaji dan nilai isu itu secara matang, ia hanya satu lagi gimik politik untuk raih simpati dan sokongan rakyat bagi menghadapi Bersih 5.
"Jika dinilai dan dihayati modus operandi mereka apabila menganjurkan Perhimpunan Bersih, tidak lain hanya untuk kembali memainkan isu Anwar sebagai tahanan politik.
"Majoriti rakyat Malaysia tahu Anwar dijatuhkan hukuman kerana kesalahan moral dan didapati bersalah dalam sistem dan proses undang-undang negara," katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Mengulas kenyataan Motley susulan dimaklumkan bahawa pegawai KDN tiada di pejabat bagi memberi penerangan kepadanya, Armand menegaskan, penasihat tersebut sengaja mencari simpati murahan dalam kes pemenjaraan Anwar.
Armand turut memberi amaran agar Motley tidak masuk campur urus tadbir negara dan sistem undang-undang negara.
"Kerajaan mampu menjaga dan mentadbir negara Malaysia, khususnya dalam sistem undang-undang. Saya nasihatkan Motley selesaikan isu-isu di Amerika Syarikat sendiri sebelum masuk campur urusan di Malaysia," tegasnya.
Dalam perkembangan berasingan, Armand mahu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mengingatkan kembali kata-katanya semasa di dalam UMNO tentang pembebasan Anwar.
"Adakah Muhyiddin terlupa kata-katanya sendiri ketika dalam UMNO dalam isu Anwar? Adakah kini bila tiada kuasa mula menukar pendirian hanya kerana mahu mengekalkan kuasa, ibarat meludah ke langit hinggap ke muka kembali.
"Inilah saya nyatakan sebahagian daripada gimik politik sebelum Perhimpunan Bersih. Yakinlah, akan ada lagi permainan politik kotor mereka hanya untuk mencipta gelombang perhimpunan pada November depan," katanya.
Wan Syamsul Amly
Fri Sep 16 2016

Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, penasihat undang-undang antarabangsa bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sengaja mencari simpati rakyat negara ini.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa
Beliau menekankan pentingnya tanggungjawab bersama oleh pemimpin, guru, pendidik, dan ibu bapa demi kejayaan anak bangsa, serta mengimbau peranan besar seorang guru dan pendidik.

Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.