Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Ti Lian Ker perlu memikirkan cara terbaik untuk parti itu menarik pengundi Cina di bandar daripada terus menuduh UMNO hanya menjadi 'jaguh di kampung'.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, Lian Ker seolah-olah terlupa jasa UMNO yang banyak menyumbang kerusi kemenangan kepada MCA pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lepas.
"Sekali lagi saya lihat Lian Ker tidak menghargai sokongan masyarakat luar bandar di mana rata-rata merupakan penyokong kuat Barisan Nasional (BN) bukan hanya pada UMNO malah menyumbangkan kerusi kemenangan pada MCA sendiri termasuk Presiden MCA.
"Lian Ker, tolong jangan emosi dan nampak kebodohan dalam memberikan pandangan politik. Nyata kamu tidak memahami apa maksud setiakawan dalam BN.
"Gerak kerja UMNO bukan sahaja buat masyarakat luar bandar, malah banyak program UMNO juga ditumpu di kawasan bandar. Bila MCA mahu tarik pengundi di bandar?
"Seperti mana yang kita tahu, peratusan pengundi Melayu di bandar adalah kecil jika dibandingkan peratusan pengundi Cina. Walaupun peratusan pengundi melayu kecil di bandar, UMNO tidak pernah meninggalkan kepentingan masyarakat Melayu bandar atau masyarakat Cina," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: Jangan tuduh KJ guna taktik politik kuno - Armand
Armand mengulas kenyataan Lian Ker di sebuah portal berita yang menyifatkan kecenderungan UMNO untuk menjadi jaguh kampung menyebabkan kekalahan BN di kawasan bandar.
Kata Lian Ker, tidak guna jika BN terus menjadi wira kampung, bersorak di luar bandar tetapi terpaksa menggadai kerusi bandar sebagai balasan.
Jelas Armand, sentiasa kukuh dalam perjanjian setiakawan BN selain menghormati rakan komponennya.
"Boleh dikatakan pada masa BN memerlukan kekuatan perpaduan, UMNO sentiasa menghulurkan tangan untuk bersama-sama menghadapi apa jua keadaan.
"Jika Lian Ker boleh keluar daripada pemikiran denial syndrome, mungkin dia akan nampak UMNO tidak pernah meninggalkan pengundi-pengundi bandar.
"UMNO konsisten dalam program-program baharu, khususnya bagi masyarakat bandar, tanpa mengira kaum atau agama," jelasnya.
Dalam pada itu, Armand turut menasihati Lian Ker agar memikirkan cara terbaik untuk MCA meraih sokongan masyarakat Cina khususnya di bandar.
"Cara Lian Ker menunding jari mencari kesalahan khususnya UMNO dilihat cetek akal dan tidak matang.
"UMNO sebuah parti yang berpegang pada konsep asas iaitu Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat yang konsisten dalam gerakan politik khidmat bakti.
"UMNO sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan, cadangan, kritikan dan idea untuk terus maju demi rakyat," katanya.
Armand turut meminta Lian Ker memahami maksud dan perlembagaan BN sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur emosi.
Wan Syamsul Amly
Sat Sep 10 2016
Armand (gambar) meminta Ti Lian Ker memikirkan cara terbaik untuk parti itu menarik pengundi Cina di bandar daripada terus menuduh UMNO hanya menjadi 'jaguh di kampung'. -Gambar fail
LPNM bangunkan Pusat Pemprosesan Sisa, komited perkukuh rantaian industri nanas
Pusat Pemprosesan Sisa Nanas dijangka beroperasi pada suku pertama tahun ini, dengan peruntukan RM2 juta disalurkan KPKM untuk pelbagai projek pembangunan berkaitan sisa nanas.
Skuad Insan Madani KESUMA telah laksana lima misi pascabanjir di Pantai Timur
Skuad Ihsan Madani Wira Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah berjaya melaksanakan lima misi pascabanjir di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
PERNAS salur pembiayaan sebanyak RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais sejak 2014 - Ewon
PERNAS agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais di seluruh negara sejak 2014.
SKAS guna kaedah S Pay pastikan penerima belanja untuk keperluan asas - Abang Johari
Penggunaan aplikasi e-dompet S Pay untuk menyalurkan SKAS bertujuan memastikan bantuan diberikan untuk keperluan asas sahaja, sekali gus mengelakkan penyalahgunaan bantuan.
Kampung Bendang Perol: Penduduk tidak pernah letih melawan arus banjir
Semangat penduduk Kampung Bendang Perol di Rantau Panjang yang terkenal dengan julukan "kampung banjir lambat surut' atau banjir termenung itu tidak pernah luntur.
Mesir, AS bincang perkembangan di Gaza dan Syria
Badr Abdel Aati mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon dengan Antony Blinken pada Ahad berhubung perkembangan terkini di Semenanjung Gaza dan Syria.
Jumlah perdagangan Afghanistan melebihi US$12 bilion pada 2024
Jumlah keseluruhan perdagangan Afghanistan pada 2024 melebihi US$12 bilion, mencatatkan peningkatan 38 peratus dalam import berbanding tahun sebelumnya dan penurunan empat peratus dalam eksport.
Tumpuan Isnin – 6 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (05 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konflik Asia Barat: Rakyat Syria kembali ke kampung, kebumikan ahli keluarga
Pernah menjadi kubu kuat pembangkang semasa era presiden Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad, penduduk Jobar berkata ia adalah kawasan larangan bagi mereka sejak 2018.
Kumpulan Gigi janji aksi lebih 'nakal' di pentas
Selepas 14 tahun, kumpulan Gigi bakal kembali menemui peminat mereka di Kuala Lumpur.
"Bukan tak sayang, saya pun pernah tertinggal anak di kedai" - Aishah
Dia sendiri secara tidak sengaja pernah tertinggal anaknya di sebuah kedai tidak lama dahulu kerana salah faham.
'Tidak molek UMNO serang Ahmad Husni' - Armand
Semua pihak dalam UMNO diminta tidak menyerang Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dengan tohmahan yang akhirnya memberi kesan negatif kepada parti.
'Berhimpun boleh, tapi ikutlah akta' - Armand
Rakyat perlu patuh kepada Akta Perhimpunan Aman 2012 yang menjamin hak bersuara mengikut saluran sesuai di samping sentiasa memastikan ketenteraman awam tidak terjejas.
Penasihat undang-undang antarabangsa Anwar cari simpati murahan - Armand
Motley sengaja mencari simpati rakyat negara ini ketika mendapatkan penjelasan daripada KDN apabila tidak dibenarkan bertemu bekas ketua pembangkang itu di Penjara Sungai Buloh.
Bila MCA mahu tarik pengundi di bandar? - Armand
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Ti Lian Ker perlu memikirkan cara parti itu menarik pengundi Cina di bandar daripada terus menuduh UMNO hanya menjadi 'jaguh di kampung'.
Jangan tuduh KJ guna taktik politik kuno - Armand
Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker dinasihatkan tidak menuduh taktik politik Khairy Jamaluddin sebagai cara lama dan tidak diterima kaum lain.
#TangkapMO1: 'Pembangkang jadikan mahasiswa keldai politik' - Armand
Pembangkang menjadikan mahasiswa keldai politik apabila menghasut golongan itu untuk menyertai himpunan Protes 'Tangkap Malaysian Official 1' (#TangkapMO1) di sekitar ibu negara pada Sabtu.
'Peremajaan kunci UMNO rampas semula Selangor' - Armand
UMNO Selangor perlu yakin kepada usaha peremajaan parti untuk memastikan kemenangan berpihak semula kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Hina Aidilfitri: 'Kenapa Mat Sabu diam sahaja?' - Pemuda UMNO
Pemuda UMNO hairan dengan sikap membisu Presiden PAN, Mohamad Sabu terhadap tindakan Nga Kor Ming yang memuat naik lukisan karikatur di akaun Facebooknya yang menghina Aidilfitri.