PENYANYI terkenal, Aishah, meluahkan pandangannya mengenai sikap sesetengah netizen yang cepat membuat andaian berdasarkan satu peristiwa tanpa mengetahui hujung pangkal cerita.
Ini berikutan viral beberapa kisah mengenai duit raya, harta dan haiwan peliharaan yang teraniaya oleh anak-anak tetamu dan kes tertinggal anak dan ibu di hentian rehat.
"Raya tahun ini macam-macam cerita yang viral. Dari cerita helang terbang lebih tinggi dari pipit (bukan enggang dengan pipit yang perumpamaan tu) ke duit raya, harta dan haiwan peliharaan teraniaya akibat anak-anak tetamu yang menziarah di Hari Raya hinggalah kes anak atau ibu tertinggal di RNR.
"Apa yang membuatkan saya sedikit ralat dalam hati bila membaca komen-komen dari netizen yang cepat sungguh membuat kesimpulan dan hukuman.
"Orang putih ada kata kita harus selalu memberi 'the benefit of the doubt' atau orang Melayu kata bersangka baik.
"Saya beritahu awak, perkara-perkara sebegini memang boleh terjadi dan bukannya kerana kurang kasih sayang antara keluarga itu," tulisnya di Instagram.
Juara Gegar Vaganza musim keempat ini dan pemilik nama Wan Aishah Wan Ariffin akui, dia sendiri secara tidak sengaja pernah tertinggal anaknya di sebuah kedai tidak lama dahulu kerana salah faham.
"Saya sendiri dulu masa anak-anak kecil pernah tertinggal Armand di 7-Eleven Ampang (nasib baik tak jauh) kerana tersalah faham, saya yang memandu mati-mati ingat dia dah masuk di belakang, rupanya dia letak barang dan keluar semula.
"Hanya bila saya dah selekoh nak masuk simpang rumah baru si adik tanya 'maa, abang???' baru saya sedar Armand dah tertinggal. Benda-benda ini memang boleh jadi," jelasnya.
BACA: 'Ingat naik kereta satu lagi' - Keluarga tertinggal anak di kedai makan
BACA: 'Kami tahu kasih abang pada mak' - Anak warga emas nafi ibunya sengaja ditinggal di R&R
Tambahnya, penyanyi Dayangku Intan juga pernah tertinggal di hentian rehat oleh suami sendiri.
"So, you nak kata suami dia saja-saja nak tinggalkan dia ke??? Atau saya sendiri tak sayang anak dan tinggalkan dia.
"Bila kita kepenatan, kita boleh membuat kesilapan. Jadi jangan cepat menilai. Jangan keruhkan keindahan bulan Syawal yang mulia ini," akhirinya.
Sinar Harian
Tue Jun 11 2019

Aishah mengaku dia sendiri secara tidak sengaja pernah tertinggal anaknya di sebuah kedai tidak lama dahulu kerana salah faham. - Foto Instgram/@aishahjmm

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

"Bukan tak sayang, saya pun pernah tertinggal anak di kedai" - Aishah
Dia sendiri secara tidak sengaja pernah tertinggal anaknya di sebuah kedai tidak lama dahulu kerana salah faham.