Pembangkang menjadikan mahasiswa keldai politik apabila menghasut golongan itu untuk menyertai himpunan Protes 'Tangkap Malaysian Official 1' (#TangkapMO1) di sekitar ibu negara pada Sabtu.
Pengerusi Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, pembangkang juga menjadikan mahasiswa benteng melindungi kesalahan mereka membuat huru-hara di tengah bandaraya.
"Saya menghormati idealisma orang muda tetapi harus berprinsip serta berfakta.
Orang muda harus matang dan bijak dalam perjuangan hala tuju negara ke arah mencapai negara maju tidak lama lagi.
"Tetapi berdasarkan himpunan yang sepatutnya himpunan mahasiswa akhirnya sekali lagi menjadi pentas politik pembangkang untuk meraih sokongan. Sekali lagi pemimpin pembangkang mengunakan gerakan mahasiswa sebagai keldai politik mereka.
"Sepatutnya ucapan-ucapan harus daripada mahasiswa, tetapi akhirnya mahasiswa sekadar tukang sorak, tukang pegang pembesar suara, tukang pemegang mikrofon dan tukang pegang sepanduk buat pembangkang," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Pada Sabtu, perhimpunan yang dianjurkan kumpulan aktivis Gerakan Anak Muda ini diadakan di sekitar ibu negara termasuk di hadapan pusat beli belah Sogo dan Masjid Negara.
Peserta kemudian mula berarak ke Dataran Merdeka sambil membawa plakad tanda protes.
Dalam pada itu tegas Armand, kebanyakan ucapan juga diberi oleh pemimpin pembangkang sekali gus lari dari hasrat mahasiswa sendiri untuk berhimpun.
"Boleh dinilai ucapan yang diketuai oleh Hishamuddin Rais, terut dikuti siri ucapan pemimpin pakar mengkeldaikan mahasiswa seperti Khalid Samad, Nik Nazmi, Rozan, Marina Chin, Tian Chua dan beberapa lagi.
"Mereka inilah penghasut yang selalu memusnahkan masa hadapan anak muda yang terpedaya dengan mereka. Berapa ramai anak muda yang dibuang dari universiti kerana kerakusan politik penghasut anak muda ini," jelasnya.
Perhimpunan itu diadakan sebagai tanda mendesak identiti 'MO1', yang dinyatakan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, didedahkan dan dibawa ke muka pengadilan.
Dalam pada itu Armand, menasihati anak-anak muda untuk sentiasa berfikir secara matang dan profesional bagi menilai mana yang baik atau sebaliknya untuk mereka.
"Anak-anak muda bakal pewaris kepimpinan negara. Kita bantu bina negara ke arah negara maju bukan menghancurkan masa hadapan negara kerana kepentingan penghasut politik yang sering mengkeldaikan anak muda," katanya.
Wan Syamsul Amly
Sun Aug 28 2016
ARMAND: #TangkapMO1: 'Pembangkang jadikan mahasiswa keldai politik' - Gambar hiasan
LPNM bangunkan Pusat Pemprosesan Sisa, komited perkukuh rantaian industri nanas
Pusat Pemprosesan Sisa Nanas dijangka beroperasi pada suku pertama tahun ini, dengan peruntukan RM2 juta disalurkan KPKM untuk pelbagai projek pembangunan berkaitan sisa nanas.
Skuad Insan Madani KESUMA telah laksana lima misi pascabanjir di Pantai Timur
Skuad Ihsan Madani Wira Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah berjaya melaksanakan lima misi pascabanjir di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
PERNAS salur pembiayaan sebanyak RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais sejak 2014 - Ewon
PERNAS agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais di seluruh negara sejak 2014.
SKAS guna kaedah S Pay pastikan penerima belanja untuk keperluan asas - Abang Johari
Penggunaan aplikasi e-dompet S Pay untuk menyalurkan SKAS bertujuan memastikan bantuan diberikan untuk keperluan asas sahaja, sekali gus mengelakkan penyalahgunaan bantuan.
Kampung Bendang Perol: Penduduk tidak pernah letih melawan arus banjir
Semangat penduduk Kampung Bendang Perol di Rantau Panjang yang terkenal dengan julukan "kampung banjir lambat surut' atau banjir termenung itu tidak pernah luntur.
Mesir, AS bincang perkembangan di Gaza dan Syria
Badr Abdel Aati mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon dengan Antony Blinken pada Ahad berhubung perkembangan terkini di Semenanjung Gaza dan Syria.
Jumlah perdagangan Afghanistan melebihi US$12 bilion pada 2024
Jumlah keseluruhan perdagangan Afghanistan pada 2024 melebihi US$12 bilion, mencatatkan peningkatan 38 peratus dalam import berbanding tahun sebelumnya dan penurunan empat peratus dalam eksport.
Tumpuan Isnin – 6 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (05 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konflik Asia Barat: Rakyat Syria kembali ke kampung, kebumikan ahli keluarga
Pernah menjadi kubu kuat pembangkang semasa era presiden Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad, penduduk Jobar berkata ia adalah kawasan larangan bagi mereka sejak 2018.
#TangkapMO1: 'Pembangkang jadikan mahasiswa keldai politik' - Armand
Pembangkang menjadikan mahasiswa keldai politik apabila menghasut golongan itu untuk menyertai himpunan Protes 'Tangkap Malaysian Official 1' (#TangkapMO1) di sekitar ibu negara pada Sabtu.