KOTA BHARU: Satu pertemuan antara pemimpin politik Melayu dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Islam harus diadakan sebelum kedatangan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) nanti.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang melihat pertemuan itu penting bagi menentukan hala tuju masing masing.
Ini kerana pada pandangannya, tiada kumpulan yang berpecah berjaya mencapai kemenangan secara bersendiri melainkan melalui gabungan serta pakatan.
“Saya ingin mencadangkan parti-parti politik Melayu, pemimpin-pemimpin NGO Melayu harus mengadakan pertemuan sebelum PRU15 supaya kita menentukan hala tuju kita ke mana, sebab ini bukan nasib satu dua pemimpin, ini nasib umat rakyat dan sekali kita silap akan hancur seluruhnya dan ini benda yang serius,” katanya di sini hari ini.
Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia merupakan individu yang sebelum ini turut berperanan dalam pembentukan Muafakat Nasional (MN) antara Pas dan UMNO.
Mengulas lanjut, beliau berkata pembentukan MN merupakan usaha yang dilakukan sekian lama bermula dari bawah hinggalah ke peringkat tertinggi yang dimeterai piagamnya melalui keputusan di Perhimpunan Agung bagi pihak UMNO dan Muktamar serta Majlis Syura bagi pihak Pas.
Ianya melalui satu proses dan perundingan yang sangat panjang sehingga kedua-dua pihak bersetuju menamatkan kemarau seteru sehingga sebahagian besar penyokong kedua-dua parti gembira dengan penyatuan itu.
“Oleh kerana MN diputuskan oleh Muktamar Pas dan Perhimpunan Agung UMNO maka biarlah Muktamar dan Perhimpunan Agung menentukan.
“Selagi Muktamar dan Perhimpunan Agung tak buat apa-apa, pada saya MN masih wujud masih kekal," katanya lagi.
Mutakhir ini pelbagai kenyataan dilontarkan yang menjurus ke arah ketegangan antara Pas dan UMNO.
Annuar berkata, dalam hal ini, beliau meminta mereka yang tidak terlibat dalam pembentukan MN berhenti bercakap.
Sebaliknya biarlah pucuk pimpinan masing-masing yang membuat kenyataan.
Kata Annuar ini kerana MN dibentuk melalui dua perhimpunan maka biarlah perjalanan dan hayat MN ditentukan juga melalui Muktamar Pas dan juga Perhimpunan Agung UMNO.
Tegasnya bergaduh itu mudah namun untuk berdamai ianya sukar.
Annuar juga berharap MN kekal pada rohnya, bentuknya dan matlamatnya.
Badan Perhubungan UMNO Kelantan bulan lalu membuat keputusan untuk tidak lagi bersama dengan Pas Kelantan dalam MN serta meletakkan hala tuju bergerak sendirian pada PRU ke 15 nanti.
Muhafandi Muhamad
Thu Feb 03 2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menyampaikan ucapan pada sesi lawatan kerja di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kelantan, di Wakaf Che Yeh hari ini. - Foto BERNAMA
Tze Yong perlu atasi trauma kecederaan - Rexy
Perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong perlu berani mengatasi trauma kecederaan bagi memulakan semula karier badminton dengan semangat baharu.
Jepun usaha jadikan budaya onsen sebagai warisan tidak ketara UNESCO
Sekumpulan gabenor Jepun berhasrat menjadikan budaya mandian air panas negara itu tersenarai sebagai warisan tidak ketara UNESCO pada 2028.
Maritim Malaysia giat kesan PATI Myanmar cuba masuk ke negara
Berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat dua lagi bot yang dipercayai membawa PATI Myanmar berada di laut.
APMM pastikan tatakelola di tahap terbaik, lengkapkan pegawai dengan AI
APMM akan memastikan 2025 menjadi tahun pelaksanaan tatakelola yang terbaik agensi itu sama ada dalam pengurusan mahupun penguatkuasaan.
Majlis Peguam rayu keputusan Mahkamah Tinggi tolak cabar pengampunan Najib
Majlis Peguam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman terhadap Najib.
Balsam gamat, herba cenderamata istimewa pada Mesyuarat ASEAN
Produk berasaskan gamat dan herba adalah antara cenderamata istimewa disediakan buat delegasi Mesyuarat ASEAN 2025 yang akan bertandang ke Langkawi, Kedah pada pertengahan bulan ini.
Tumpuan Sabtu – 04 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (03 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Petani Kenya guna AI kenal pasti tanaman tidak sihat
Aplikasi yang dibangunkan oleh organisasi bukan untung Plant Village, menawarkan penyelesaian masa nyata untuk isu kesihatan tanaman, satu rahmat untuk petani yang telah lama bergelut untuk mengenal pasti tanaman berpenyakit.
PM Thailand isytihar aset RM1.8 bilion, termasuk 200 beg tangan berjenama
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra mengisytiharkan aset bernilai lebih 400 juta dolar Amerika (RM18. bilion).
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.