KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Unit Seni, Warisan dan Ruang Awam Yayasan Hasanah, Zainariah Johari dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Dalam satu kenyataan, MyCreative memaklumkan Zainariah menggantikan Junady Nawawi yang menamatkan tempoh perkhidmatannya dan pelantikan itu dibuat susulan pengalaman beliau selama lebih tiga dekad serta merupakan seorang yang disegani dalam industri kreatif di negara ini.
Pengerusi Kumpulan MyCreative Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata pihaknya mengalu-alukan kedatangan Zainariah ke agensi berkenaan.
"Penglibatan dan portfolio yang komprehensif serta menyeluruh merangkumi sektor swasta dan kerajaan, beliau (Zainariah) mempunyai pandangan holistik dalam menyokong dan membangunkan pemain Ekonomi Jingga negara.
"Dalam pada itu, kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Junady atas kepimpinannya yang cemerlang. Beliau telah berjaya memimpin MyCreative mengharungi zaman pandemik dan membuahkan hasil yang positif," katanya dalam kenyataan berkenaan.
Zainariah pernah menjadi Ketua Unit Seni, Warisan dan Ruang Awam selama lebih tujuh tahun di Yayasan Hasanah, sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional Berhad dan terlibat secara aktif dalam menjayakan inisiatif seperti Geran Khas Hasanah, "Arts for all Seasons" (ArtsFAS).
Usaha tersebut telah memberi impak kepada lebih 5,000 seniman dan organisasi seni di seluruh negara serta membuka ribuan peluang pekerjaan.
Selain itu, Zainariah telah memulakan inisiatif "Cultural Frontliners" yang membawa pemuzik jalanan dan ahli muzik membuat persembahan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang membantu meringankan beban kelangsungan hidup mengharungi zaman pandemik.
"Inisiatif ini kemudiannya dicontohi oleh PPV lain. Beliau juga merupakan usahawan kandungan kreatif dan Ketua Pegawai Eksekutif di Asia Pacific Videolab serta menerima pengiktirafan pencalonan Anugerah Emmy melalui karyanya, "The Challenger," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2023

MyCreative memaklumkan Zainariah (gambar) menggantikan Junady Nawawi yang menamatkan tempoh perkhidmatannya. - Foto MyCreative Ventures

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Man on the Run: Fahmi, MCMC akan teliti permohonan Najib
Fahmi akan bertemu MCMC bagi meneliti permohonan Najib agar kerajaan mengarahkan Netflix menurunkan serta melarang tayangan dokumentari Man on the Run.

Zainariah dilantik Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative baharu
Bekas Ketua Unit Seni, Warisan dan Ruang Awam Yayasan Hasanah, Zainariah Johari dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Muhammad Bakhtiar dilantik Pengerusi MyCreative
Muhammad Bakhtiar menggantikan Noor Azmi Mat Said yang menamatkan penggalnya selepas berkhidmat di MyCreative sejak dua tahun lepas.

'RIUH BENOR!' sasar 20,000 pengunjung
Program Kembara RIUH Keluarga Malaysia (KRKM), 'RIUH BENOR!', akan berlangsung Jumaat hingga Ahad ini.

Agensi kerajaan, swasta harus main peranan angkat industri kreatif - Annuar
Tan Sri Annuar Musa berkata ia penting kerana sumbangan industri kreatif kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) masih rendah.

Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.

Penggiat industri seni harap kerajaan terus beri sokongan
Antara keutamaan lain adalah peluang pekerjaan baru dengan maklumbalas 70.9 peratus dan insentif cukai dengan 68.8 peratus.

Suntikan RM21 juta kepada 15 syarikat industri kreatif
Dana ini merupakan suntikan melalui kewangan strategik dan inovatif dalam bentuk ekuiti, pinjaman serta gabungan kedua-duanya.