PETALING JAYA: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan bertemu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi meneliti permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar kerajaan mengarahkan Netflix menurunkan serta melarang tayangan dokumentari Man on the Run.
Beliau berkata pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa aspek perundangan sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat.
"Saya dan juga pihak MCMC baru menerima surat tersebut. Ada beberapa pandangan awal yang telah disampaikan tapi saya rasa perlu diberikan beberapa pertimbangan, kita kena pastikan ia berlandaskan undang-undang.
"Kita kena teliti kerana perkara ini ditimbulkan dalam mahkamah. Jadi ada beberapa perkara yang perlu penelitian terutamanya aspek perundangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran seni seramik Raaqoo Life Magnified-The Main Show oleh Adil Ghani di sini hari ini.
Baru-baru ini, peguam Najib memohon supaya kerajaan mengarahkan perkhidmatan aplikasi penstriman itu supaya menurunkan serta melarang tayangan dokumentari yang mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata beliau akan berbincang dengan Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) untuk mengenal pasti seniman tempatan yang boleh diketengah untuk mengeluarkan hasil seni istimewa dan boleh dijadikan cenderahati rasmi untuk kegunaan kerajaan.
"Sebelum ini, kita ada beberapa cenderahati yang mungkin kita biasa gunakan tapi untuk tahun ini, mungkin saya minta pasukan di kementerian pertimbang mengapa kita tidak cari seniman tempatan untuk kita hasilkan beberapa cenderahati khas untuk acara yang istimewa.
"Saya akan bincang dengan MyCreative yang banyak membantu seniman tempatan bagaimana kita boleh usahakan cenderahati seperti ini. Ini antara lain sebagai tanda sokongan (kepada seniman tempatan)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 13 2024

Fahmi berkata pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa aspek perundangan sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat. - Gambar fail/Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Man on the Run: Fahmi, MCMC akan teliti permohonan Najib
Fahmi akan bertemu MCMC bagi meneliti permohonan Najib agar kerajaan mengarahkan Netflix menurunkan serta melarang tayangan dokumentari Man on the Run.

Zainariah dilantik Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative baharu
Bekas Ketua Unit Seni, Warisan dan Ruang Awam Yayasan Hasanah, Zainariah Johari dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Muhammad Bakhtiar dilantik Pengerusi MyCreative
Muhammad Bakhtiar menggantikan Noor Azmi Mat Said yang menamatkan penggalnya selepas berkhidmat di MyCreative sejak dua tahun lepas.

'RIUH BENOR!' sasar 20,000 pengunjung
Program Kembara RIUH Keluarga Malaysia (KRKM), 'RIUH BENOR!', akan berlangsung Jumaat hingga Ahad ini.

Agensi kerajaan, swasta harus main peranan angkat industri kreatif - Annuar
Tan Sri Annuar Musa berkata ia penting kerana sumbangan industri kreatif kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) masih rendah.

Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.

Penggiat industri seni harap kerajaan terus beri sokongan
Antara keutamaan lain adalah peluang pekerjaan baru dengan maklumbalas 70.9 peratus dan insentif cukai dengan 68.8 peratus.

Suntikan RM21 juta kepada 15 syarikat industri kreatif
Dana ini merupakan suntikan melalui kewangan strategik dan inovatif dalam bentuk ekuiti, pinjaman serta gabungan kedua-duanya.