Dana sebanyak RM21 juta diagih kepada 15 buah syarikat yang berjaya bagi merangsang industri kreatif tempatan.
Ia merupakan suntikan melalui kewangan strategik dan inovatif dalam bentuk ekuiti, pinjaman serta gabungan kedua-duanya.
Ia diumum MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCreative) dan disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative, Johan Ishak berkata, ia merupakan salah satu cabang pelaburan kerajaan yang bermatlamat meningkatkan inovasi dalam bentuk ekuiti atau pinjaman.
"Ia dilancar pada September 2012 berikutan peruntukan sebanyak RM200 juta dari Belanjawan 2012 dan tujuh cabang industri seni kreatif telah dikenalpasti bagi tujuan skim kewangan," katanya.
Johan berkata demikian semasa berucap pada majlis Penamaan Penerima Skim Kewangan di sini.
Turut hadir, Pengerusi MyCreative, Datuk Sri Ahmad Farid Ridzuan.
Tambah Johan, cabang bantuan skim itu termasuk seni visual, seni persembahan, muzik, sastera, kandungan kreatif, fesyen dan rekaan serta seni tradisional dan kebudayaan.
"Kami menerima lebih daripada 100 permohonan daripada kelompok kreatif sejak dilancarkan.
"Pemohon yang berminat dikehendaki membentangkan idea perniagaan mereka kepada jawatankuasa yang ditetapkan," ujarnya
Jelasnya, MyCreative kini masih menyemak dan menilai lebih daripada 100 permohonan dan antaranya 20 syarikat yang penilaiannya hampir 80 peratus selesai kerana penelitian lanjut diperlukan.
"15 syarikat telah diluluskan bagi skim kewangan dan ia meliputi sektor seni visual, fesyen, muzik, seni persembahan dan kandungan kreatif, " katanya.
Katanya lagi, suntikan itu bakal menjadi pemangkin untuk mendorong gerakan keusahawanan di kalangan penggiat industri ini sekali gus mencetus semangat keusahawanan yang sama dikalangan penggiat industri yang lain.
Pemohon atau syarikat kreatif yang berminat boleh menghantar borang dan usul perniagaan melalui portal sesawang MyCreative iaitu Pitchbox di www.mycreative.com.my.
Usul perlu terdiri daripada kertas konsep yang meliputi idea perniagaan, tawaran perkhidmatan, sasaran pasaran dan kedudukan nilai serta unjuran kewangan selama lima tahun.
Wan Syamsul Amly
Mon Feb 17 2014
![Suntikan RM21 juta kepada 15 syarikat industri kreatif Suntikan RM21 juta kepada 15 syarikat industri kreatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/51392612297_295x200.jpg)
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Belia perlu kreatif manfaatkan sumber untuk menggerakkan persatuan - Adam Adli Belia perlu kreatif manfaatkan sumber untuk menggerakkan persatuan - Adam Adli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717247049_AdamAdliAbdHalim.jpg)
Belia perlu kreatif manfaatkan sumber untuk menggerakkan persatuan - Adam Adli
Isu dana persatuan yang tidak mencukupi sering dibangkitkan setiap kali sesi pertemuan dengan pertubuhan belia.
![TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716219688_TBJUNAIDY.jpg)
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
![Malaysia tidak sokong kegiatan, pembiayaan kumpulan pengganas Malaysia tidak sokong kegiatan, pembiayaan kumpulan pengganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715246139_SaifuddinNasution.jpg)
Malaysia tidak sokong kegiatan, pembiayaan kumpulan pengganas
KDN memahami kebimbangan disuarakan AS berhubung dakwaan wujudnya aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan pengganas di negara ini.
![Telegram meraih dana AS$330 juta melalui jualan bon Telegram meraih dana AS$330 juta melalui jualan bon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710816174_Telegram.jpg)
Telegram meraih dana AS$330 juta melalui jualan bon
CEO Telegram menyatakan permintaan bon Telegram adalah tinggi, dan ia telah dilanggan lebih tinggi berbanding sasaran.
![Rumah Muzik Pulau Pinang tutup sepenuhnya hari ini akibat masalah kewangan Rumah Muzik Pulau Pinang tutup sepenuhnya hari ini akibat masalah kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710600067_TBPENANGHOUSEOFMUSIC.jpg)
Rumah Muzik Pulau Pinang tutup sepenuhnya hari ini akibat masalah kewangan
Kekangan dana dalam menguruskan operasi di galeri itu membuatkan keputusan terpaksa diambil untuk menutupnya.
![Malaysia sambut baik keputusan Australia mendanai kembali UNRWA - Anwar Malaysia sambut baik keputusan Australia mendanai kembali UNRWA - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710033480_UNRWA.jpg)
Malaysia sambut baik keputusan Australia mendanai kembali UNRWA - Anwar
Anwar gembira kerana rakan sejawatannya dari Australia Anthony Albanese mengambil keputusan itu, berikutan keadaan yang semakin meruncing di Gaza.
![Sweden sambung salur dana kepada UNRWA Sweden sambung salur dana kepada UNRWA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710033480_UNRWA.jpg)
Sweden sambung salur dana kepada UNRWA
PBB sebelum ini memberi amaran satu per tiga daripada populasi di Semenajung Gaza kini di ambang kebuluran.
![Senarai TSC FBI: MyCare sedia diaudit, pastikan ketelusan sumbangan Senarai TSC FBI: MyCare sedia diaudit, pastikan ketelusan sumbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708250585_MyCarePalestin.jpg)
Senarai TSC FBI: MyCare sedia diaudit, pastikan ketelusan sumbangan
MyCare sentiasa bersedia untuk menjalankan pengauditan bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan dana kutipan derma.
![Dokumen Israel punca beberapa negara henti dana kepada UNRWA Dokumen Israel punca beberapa negara henti dana kepada UNRWA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706569949_TBtentcamp.jpg)
Dokumen Israel punca beberapa negara henti dana kepada UNRWA
Dokumen Israel itu menuduh beberapa kakitangan UNRWA mengambil bahagian dalam penculikan dan pembunuhan semasa serangan Hamas.
![PM Palestin desak penggantungan dana kepada UNRWA ditarik semula PM Palestin desak penggantungan dana kepada UNRWA ditarik semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706479752_MohammadShtayyeh.jpg)
PM Palestin desak penggantungan dana kepada UNRWA ditarik semula
Keputusan tersebut disifatkan berlaku pada waktu sukar dan seolah-olah menyokong misi Israel untuk mengusir penduduk Palestin secara paksa.