BALIK PULAU: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan ke atas seorang Youtuber dan tiga rakannya berhubung kejadian teman wanita Youtuber itu yang meninggal dunia dalam kejadian di Teluk Kumbar di sini 2 April lepas.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata sejurus lengkap, kertas siasatan itu dijangka diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada minggu ini untuk tindakan selanjutnya.
Beliau berkata ketika ini empat lelaki berusia 23 hingga 28 tahun termasuk Youtuber itu disambung reman lima hari hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Setakat ini tiada tangkapan baharu. Reman mereka sejak 3 dan 4 April lepas tamat semalam namun pihak polis telah memohon perintah sambung reman kerana siasatan lanjut masih dijalankan," katanya yang dihubungi hari ini.
Minggu lepas, media melaporkan seorang wanita berusia 20 tahun mengalami kecederaan parah dipercayai dipukul teman lelakinya sebelum mangsa meninggal dunia dan kejadian tersebut berlaku selepas pasangan kekasih tersebut bertengkar disyaki bermotifkan cemburu.
Mangsa yang difahamkan berasal dari Melaka dan teman lelakinya itu menumpang di rumah sewa rakan mereka sejak tiba di negeri ini 27 Mac lepas untuk video laman YouTube mereka.
Sementara itu, di Seberang Perai, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Mohd Radzi Ahmad berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan seorang anggotanya menerima rasuah daripada seorang lelaki di Jalan Bagan Ajam, di sini seperti sebuah video yang tular sejak semalam.
Mohd Radzi berkata video berdurasi satu minit satu saat itu tular menerusi laman sosial TikTok sejak semalam dan berdasarkan siasatan awal, kejadian tersebut berlaku berhampiran sebuah bank di kawasan tersebut.
"Saya mengesahkan kami (polis) menerima laporan polis daripada seorang lelaki mengenai kejadian itu di Balai Polis Simpang Ampat, dekat sini pada Isnin lepas.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan dan saya juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota sekiranya terlibat dengan salah laku rasuah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang lelaki memegang wang kertas dipercayai RM200 dalam sebuah kereta sebelum dia turun menyerahkan wang tersebut kepada anggota polis yang sedang menunggu dalam sebuah kereta peronda polis.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022
![YouTuber, tiga rakan disambung reman hingga Jumaat bantu siasatan bunuh kekasih YouTuber, tiga rakan disambung reman hingga Jumaat bantu siasatan bunuh kekasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649746417_KamarulRizalJenal.jpg)
Supt Kamarul Rizal Jenal berkata sejurus lengkap, kertas siasatan itu dijangka diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada minggu ini untuk tindakan selanjutnya. - Bernama
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
!['Raja Mukbang' buat kejutan turun berat badan lebih 100kg 'Raja Mukbang' buat kejutan turun berat badan lebih 100kg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725941571_tbNikocadoAvocado.jpg)
'Raja Mukbang' buat kejutan turun berat badan lebih 100kg
YouTuber terkenal Nikocado Avocado atau digelar 'Raja Mukbang' membuat penampilan mengejutkan apabila berjaya menurunkan berat badan daripada 186 kilogram (kg) kepada 71kg.
![Gadis 'mukbang' menemui ajal akibat terlebih makan Gadis 'mukbang' menemui ajal akibat terlebih makan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721533486_tbmukbang.jpg)
Gadis 'mukbang' menemui ajal akibat terlebih makan
Seorang bekas pelayan restoran maut akibat makan berlebihan selepas melakukan penstriman langsung mukbang atau dalam bahasa Korea iaitu mengamalkan pemakanan dalam kuantiti yang banyak.
![Wartawan Pakistan yang dilaporkan hilang selamat kembali ke pangkuan keluarga Wartawan Pakistan yang dilaporkan hilang selamat kembali ke pangkuan keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684876910_ImranRiazKhan.jpg)
Wartawan Pakistan yang dilaporkan hilang selamat kembali ke pangkuan keluarga
Seorang wartawan Pakistan yang terkenal sebagai penyokong sejati bekas perdana menteri yang kini sedang dipenjara Imran Khan, pulang ke rumah selepas empat bulan menghilangkan diri.
![Budak 5 tahun maut dilanggar Lamborghini dipandu YouTuber Budak 5 tahun maut dilanggar Lamborghini dipandu YouTuber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686969929_LamborghiniYoutuber.jpg)
Budak 5 tahun maut dilanggar Lamborghini dipandu YouTuber
SUV mewah itu dipandu seorang lelaki dan empat rakannya yang sedang merakam kandungan untuk dimuat naik ke media sosial.
![Pernah dihina, Awang kini popular Pernah dihina, Awang kini popular](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661749078_Awang.jpg)
Pernah dihina, Awang kini popular
Media sosial ubah nasib jejaka OKU lembam, Awang daripada sering diejek masyarakat kepada semakin popular dan dihormati.
![Kes bunuh kekasih: Seorang YouTuber didakwa, tiga rakan dibebaskan Kes bunuh kekasih: Seorang YouTuber didakwa, tiga rakan dibebaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649994638_LELAKIBUNUHKEKASIH.jpg)
Kes bunuh kekasih: Seorang YouTuber didakwa, tiga rakan dibebaskan
Abdul Jamal Ahmad, 23 tahun, mengganguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.
![Floyd Mayweather vs Logan Paul: Tiada KO, tiada pemenang, tetapi bawa pulang RM200 juta Floyd Mayweather vs Logan Paul: Tiada KO, tiada pemenang, tetapi bawa pulang RM200 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623046835_Mayweather.jpg)
Floyd Mayweather vs Logan Paul: Tiada KO, tiada pemenang, tetapi bawa pulang RM200 juta
Pertarungan pertunjukan di antara bintang tinju Floyd Mayweather Jr dan YouTuber sensasi Logan Paul berakhir dengan tiada pemenang.
!['Dikebumi' dalam keranda selama 50 jam 'Dikebumi' dalam keranda selama 50 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81617502012_SpentHours.jpg)
'Dikebumi' dalam keranda selama 50 jam
Rakaman video itu bermula dengan dia masuk ke dalam keranda lutsinar yang dilengkapi dengan makanan, air, selimut dan bantal.
![Khidmat percuma 'YouTuber' FS Channel bantu promosi penjaja, peniaga kecil Khidmat percuma 'YouTuber' FS Channel bantu promosi penjaja, peniaga kecil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616115014_youtube.jpg)
Khidmat percuma 'YouTuber' FS Channel bantu promosi penjaja, peniaga kecil
Menggunakan nama saluran FS Channel, kini ia mempunyai lebih 800,000 pengikut di Facebook dan hampir 300,000 di YouTube selain 29,000 di Instagram.
![Bakal cabar Ben Asken, impian YouTuber Jake Paul lawan petarung UFC jadi kenyataan Bakal cabar Ben Asken, impian YouTuber Jake Paul lawan petarung UFC jadi kenyataan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611723390_JakePaulBenAskre.jpg)
Bakal cabar Ben Asken, impian YouTuber Jake Paul lawan petarung UFC jadi kenyataan
YouTuber sensasi dari Amerika Syarikat, Jake Paul yang kini bergelar petinju profesional, dilaporkan bakal bertarung dengan bekas atlet UFC, Ben Askren pada April depan.