KUALA LUMPUR: "Sejak kecil saya selalu diingatkan ibu bapa dan orang di sekeliling tentang kehebatan bersedekah, kita tidak akan jatuh miskin malah Tuhan akan membalas berlipat kali ganda kalau kita bersedekah."
Itu reaksi penggiat YouTube, Mohd Fahmi Abdullah Sani, 30, ketika diminta berkongsi pengalamannya bersama seorang lagi rakan Mohamad Ridhwan Haron, 30, yang melakukan kerja amal dengan memuat naik video di Facebook, Instagram dan YouTube bagi mempromosikan perniagaan penjaja secara percuma.
Menggunakan nama saluran FS Channel, kini ia mempunyai lebih 800,000 pengikut di Facebook dan hampir 300,000 di YouTube selain 29,000 di Instagram.
Mohd Fahmi berkata kerja amal itu bermula apabila dia dan Mohamad Ridhwan sepakat menghasilkan kandungan video yang dapat memberi manfaat kepada netizen, pada masa sama membantu mempromosi perniagaan penjaja dan peniaga kecil.
"Niat kami hanya ingin membantu meningkatkan pendapatan peniaga kecil dan meluaskan perniagaan mereka melalui video sehingga ia ditularkan oleh netizen menerusi media sosial," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Dalam setiap video yang dihasilkan, Mohd Fahmi dan Mohamad Ridhwan dilihat sentiasa menyantuni penjaja, mengulas tentang makanan yang dirakam dalam video dan lazimnya mereka juga akan membeli kesemua makanan penjaja yang disantuni untuk disedekahkan kepada orang ramai.
Selain itu, maklumat berkenaan alamat, nombor telefon dan lokasi gerai setiap penjaja juga disertakan bagi memudahkan netizen berkunjung.
Sejak dimulakan pada Ogos tahun lepas, hingga kini sebanyak 80 penjaja di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur telah mereka bantu.
Mohd Fahmi berkata pada peringkat awal kerja amal itu, mereka mengeluarkan modal sendiri untuk membeli makanan yang dijual penjaja untuk dijadikan bahan dalam kandungan video serta sumbangan duit kepada penjaja yang menjayakan penghasilan video itu.
"Apabila jumlah pengikut semakin bertambah dan lebih banyak tontonan di setiap video, maka pendapatan yang kami terima melalui Facebook dan YouTube sebahagiannya disumbangkan kembali kepada penjaja.
"Jadi, ini juga adalah hasil daripada usaha netizen yang menonton dan kongsikan video kami, secara tidak langsung mereka sebenarnya bersedekah kepada setiap penjaja," katanya yang bekerja sendiri.
Sementara itu, Mohamad Ridhwan berkata antara kriteria pemilihan penjaja untuk dipromosi ialah mereka yang sudah berumur, mualaf, orang kurang upaya (OKU), baru memulakan perniagaan dan menjual makanan murah dan sedap.
"Ada juga penjaja yang kami bantu telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka. Contohnya penjaja Donut Sempoi di Tanjung Karang, Selangor. Jika dulu, sehari hanya jual 200 biji donat, namun selepas tular dalam video, jualannya kini 1,500 biji dalam dua jam dan terpaksa menambah pekerja," katanya yang berhasrat meluaskan video penjaja itu ke seluruh Malaysia pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 19 2021

Apabila jumlah pengikut semakin bertambah dan lebih banyak tontonan di setiap video, maka pendapatan yang diterima melalui Facebook dan YouTube sebahagiannya disumbangkan kembali kepada penjaja.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

YouTube mula perkenal ciri janaan video dikuasakan AI untuk YouTube Shorts
Pengguna boleh menjana video melalui input teks dan imej menggunakan ciri Dream Screen dalam kamera YouTube Shorts.

Pengguna penghalang iklan di YouTube akan menerima iklan 1 jam yang tidak boleh dilangkau
Kini video mungkin tidak akan boleh dimainkan, video akan dilambatkan, dan banyak lagi.

YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.

Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.

YouTube mula banteras video dengan tajuk, grafik umpan klik
Tajuk video dan imej kerdil yang digunakan tidak serasi dengan kandungan sebenar video sehingga menimbulkan kemarahan penonton.

Kerjasama YouTube, CAA tangani video palsu babitkan selebriti
Menerusi kerjasama ini, YouTube akan memastikan bahawa imej pelanggan CAA yang digunakan untuk menghasilkan video palsu dijana kecerdasan buatan (AI) yang tidak dibenarkan akan dibuang dengan segera.

YouTube tampil ciri 'Auto Dubbing' ubah audio bahasa guna AI
YouTube kini menawarkan ciri auto dubbing yang secara automatik mengalih bahasa video menggunakan AI dari Google DeepMind dan Google Translate.

Penganggur jadi mangsa sindiket penipuan kerja sambilan dalam talian hilang RM43,351
Seorang lelaki warga tempatan berusia 30an mengalami kerugian RM43,351 selepas menjadi mangsa terbaharu jebakan penipu yang menawarkan kerja sambilan secara atas talian.

YouTube perkenal Jewels sebagai hadiah ketika penstriman langsung
Ciri ini dilihat sebagai cara untuk menarik perhatian pengkarya untuk melakukan penstriman langsung dengan kerap di YouTube bagi menjana pendapatan.