DUA tahun lalu kami terbitkan artikel mengatakan YouTube mempunyai masalah terlalu banyak video yang menggunakan teknik umpan klik (click bait) dan tajuk seakan tabloid murahan bagi meraih tontonan.


Ringkasan AI
  • YouTube dibelenggu masalah video yang gunakan teknik umpan klik (click bait) dan tajuk seakan tabloid murahan untuk meraih tontonan.
  • YouTube mula membanteras amalan ini di India. Tajuk video dan imej kerdil yang tidak serasi dengan kandungan sebenar video akan dibuang tanpa mengenakan hukuman strike pada saluran.
  • Saluran yang mengumpul tiga strike akan dipadam serta digantung.


Tajuk video dan imej kerdil yang digunakan tidak serasi dengan kandungan sebenar video sehingga menimbulkan kemarahan penonton.

YouTube pagi ini mula membanteras amalan ini bermula di India terlebih dahulu.

Untuk memastikan pencipta kandungan mempunyai masa untuk menyesuaikan diri dengan penguatkuasaan ini, YouTube akan membuang kandungan yang melanggar dasar ini tanpa mengenakan hukuman strike pada saluran.

Seperti sedia maklum, saluran yang mengumpul tiga strike akan dipadam serta digantung. -Amanz