SEORANG bekas pelayan restoran maut akibat makan berlebihan selepas melakukan penstriman langsung mukbang atau dalam bahasa Korea iaitu mengamalkan pemakanan dalam kuantiti yang banyak.
Pan Xiaoting, 24, yang menjadikan kerjaya sebagai 'mukbanger profesional' sejak tahun 2020 dilaporkan maut di hospital akibat makan berlebihan.
Bedah siasat oleh doktor menunjukkan perutnya dipenuhi makanan tidak dihadamkan dengan sempurna dan terdapat kecederaan teruk pada ususnya.
Menurut Oditty Central, Xiaoting menceburkan diri dalam mukbang selepas menonton YouTube yang menampilkan pempengaruh menunjukkan mereka memakan makanan dalam kuantiti yang banyak.
Malah, hasil penstriman lansung itu mereka berjaya menjana pendapatan yang tinggi hasil aktiviti mukbang tersebut.
Jadi, bekas pelayan itu mengambil keputusan berhenti kerja dan telah menyewa sebuah bilik dengan menjadikannya sebagai studio aktivitinya itu.
Pada mulanya, ibu-bapanya tidak bersetuju dengan tindakan diambil anak mereka dan kemudian mereka terpaksa mengakui kehendak Xiaoting itu.
Pada mulanya, pengikut Xiaoting tidak ramai, namun lama kelamaaan dia bertindak menambah jumlah makanan dan cabaran lain semasa penstriman langsung menyebabkan pengikutnya semakin bertambah.
Semasa melakukan mukbang, berat Xiaoting dikatakan mencecah 300 kilogram dan dia pernah dimasukkan ke hospital selepas mengalami pendarahan dalam perut akibat makan terlampau banyak.
Bagaimanpun, nasibnya kali ini tidak menyebelahinya selepas aktiviti mukbang menyebabkan dia menemui ajal meskpun pernah menerima nasihat oleh pengikutnya yang bimbang mengenai aktiviti mukbang yang semakin popular di YouTube. - Sinar Harian/ Agensi
Sinar Harian
Sun Jul 21 2024

Pan Xiaoting, 24, yang menjadikan kerjaya sebagai 'mukbanger profesional' sejak tahun 2020 dilaporkan maut di hospital akibat makan berlebihan. - Gambar/ Agensi
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Anda rela makan sotong kurita hidup-hidup seperti selebriti Korea?
Ssoyoung, YouTuber Korea Selatan melakukan video 'mukbang' tetapi menjadi kelainan apabila sajiannya ialah sotong kurita yang masih hidup