BALIK PULAU: Seorang YouTuber didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya pada awal bulan ini.
Tertuduh, Abdul Jamal Ahmad, 23 tahun, mengganguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.
Tiada pengakuan direkodkan dari tertuduh.
Mengikut pertuduhan, Abdul Jamal didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Nur Diyanah Haris, 21 tahun.
Kesalahan tersebut dilakukan di sebuah rumah bernombor 12 A, Lintang Kampung Masjid 3, Balik Pulau, Teluk Kumbar, antara jam 9 pagi dan 5 petang, pada 3 April lalu.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Nurul Atikah Asharaf Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sementara itu, Nur Fadrina memaklumkan, tertuduh tidak boleh diikat jamin namun boleh memohon ikat jamin di Mahkamah Tinggi sementara menunggu laporan bedah siasat.
Mahkamah menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan semula kes.
Sementara itu, tiga lagi rakan tertuduh, termasuk seorang lagi YouTuber, dibebaskan dengan bon jaminan masing-masing RM20,000 bersama seorang penjamin.
Terdahulu, Abdul Jamal yang berbaju T berwarna hitam tiba di mahkamah pada jam 8 pagi bersama tiga lagi rakannya itu.
YouTuber yang dibebaskan dengan bon jaminan itu kelihatan menangis sebaik bertemu ahli keluarga di perkarangan mahkamah.
Media sebelum ini melaporkan, empat lelaki termasuk dua YouTuber ditahan pada awal bulan ini berhubung kematian seorang wanita yang juga kekasih tertuduh.
Tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada seorang doktor di Hospital Balik Pulau mengenai pesakitnya yang tidak sedarkan diri dan kritikal pada 2 April lalu.
Pemeriksaan lanjut pihak hospital mendapati seluruh tubuh mangsa mempunyai kesan lebam lama dan baharu.
Mangsa dirujuk ke Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia pada hari sama.
Terdahulu, wanita yang dilaporkan mengalami kecederaan parah itu dipercayai dipukul teman lelakinya selepas mereka bertengkar disyaki bermotifkan cemburu.
Mangsa yang difahamkan berasal dari Melaka dan teman lelakinya itu menumpang di rumah sewa rakan mereka sejak tiba di Pulau Pinang pada 27 Mac, untuk video laman YouTube mereka.
Astro Awani
Fri Apr 15 2022

Abdul Jamal (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini. - Astro AWANI

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

'Raja Mukbang' buat kejutan turun berat badan lebih 100kg
YouTuber terkenal Nikocado Avocado atau digelar 'Raja Mukbang' membuat penampilan mengejutkan apabila berjaya menurunkan berat badan daripada 186 kilogram (kg) kepada 71kg.

Gadis 'mukbang' menemui ajal akibat terlebih makan
Seorang bekas pelayan restoran maut akibat makan berlebihan selepas melakukan penstriman langsung mukbang atau dalam bahasa Korea iaitu mengamalkan pemakanan dalam kuantiti yang banyak.

Wartawan Pakistan yang dilaporkan hilang selamat kembali ke pangkuan keluarga
Seorang wartawan Pakistan yang terkenal sebagai penyokong sejati bekas perdana menteri yang kini sedang dipenjara Imran Khan, pulang ke rumah selepas empat bulan menghilangkan diri.

Budak 5 tahun maut dilanggar Lamborghini dipandu YouTuber
SUV mewah itu dipandu seorang lelaki dan empat rakannya yang sedang merakam kandungan untuk dimuat naik ke media sosial.

Pernah dihina, Awang kini popular
Media sosial ubah nasib jejaka OKU lembam, Awang daripada sering diejek masyarakat kepada semakin popular dan dihormati.

Kes bunuh kekasih: Seorang YouTuber didakwa, tiga rakan dibebaskan
Abdul Jamal Ahmad, 23 tahun, mengganguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.

Floyd Mayweather vs Logan Paul: Tiada KO, tiada pemenang, tetapi bawa pulang RM200 juta
Pertarungan pertunjukan di antara bintang tinju Floyd Mayweather Jr dan YouTuber sensasi Logan Paul berakhir dengan tiada pemenang.

'Dikebumi' dalam keranda selama 50 jam
Rakaman video itu bermula dengan dia masuk ke dalam keranda lutsinar yang dilengkapi dengan makanan, air, selimut dan bantal.

Khidmat percuma 'YouTuber' FS Channel bantu promosi penjaja, peniaga kecil
Menggunakan nama saluran FS Channel, kini ia mempunyai lebih 800,000 pengikut di Facebook dan hampir 300,000 di YouTube selain 29,000 di Instagram.

Bakal cabar Ben Asken, impian YouTuber Jake Paul lawan petarung UFC jadi kenyataan
YouTuber sensasi dari Amerika Syarikat, Jake Paul yang kini bergelar petinju profesional, dilaporkan bakal bertarung dengan bekas atlet UFC, Ben Askren pada April depan.