KUALA LUMPUR:Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YaPEIM) menyarankan agar inisiatif Wilayah Bebas Berniaga yang bermula esok di kawasan Wilayah Persekutuan diperluaskan konsepnya ke semua negeri di Malaysia.
Pengerusi YaPEIM Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata inisiatif itu merupakan peluang baik buat warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan dan memanfaatkan kebenaran diberikan sebaik mungkin.
"Pelaksanaan seumpama ini seharusnya dilaksanakan di semua negeri di Malaysia, selagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan memastikan kebersihan", katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan kebenaran kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai, mulai esok.
Peniaga bagaimanapun disyaratkan untuk memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang ditawarkan secara percuma.
Sementara itu, Mohd Redza berkata YaPEIM menerusi Ar- Rahnu YaPEIM juga memberikan sokongan dalam bentuk pembiayaan berasaskan emas kepada mereka yang terkesan akibat COVID-19.
"Malah, YaPEIM sentiasa membuka pintu bagi membantu mereka yang terkesan terutamanya kehilangan pendapatan dengan menawarkan platform jualan secara atas talian menerusi CMASA.my sekali gus menjadi pilihan tambahan selain pembukaan gerai.
"YaPEIM berharap agar masyarakat menggunakan peluang diberikan sebaiknya dalam usaha bersama-sama memperkasakan sektor ekonomi khususnya industri tempatan sekali gus melonjak pertumbuhan ekonomi negara amnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 14 2020

Inisiatif itu merupakan peluang baik buat warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan. -Bernama

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Nahas Ayer Keroh: Dua beradik yatim piatu terima sumbangan YaPEIM
Sumbangan berjumlah RM6,900 itu disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Qari, qariah Malaysia muncul juara Tilawah Antarabangsa ke-64
Qari dan qariah Malaysia dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran bagi kategori masing-masing pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-64 malam ini.

Media perlu sebar luas berita yang benar, bantu peranan agensi agama - Mohd Na'im
Pengamal media perlu memainkan peranan dalam menyebarluaskan berita yang benar bagi membantu peranan agensi agama di negara ini.

YaPEIM cari punca kuasa kawal NGO kutip derma - Mohd Na'im
Kerajaan menerusi YaPEIM sedang berbincang dan mencari punca kuasa bagi mengawal NGO yang mengutip derma kemanusiaan untuk didaftarkan di bawah agensi berkenaan.

YaPEIM lancar klinik dan perniagaan mesin layan diri
Mohd Na'im berkata, projek KS Vending dianggar akan memperolehi keuntungan antara RM1,500 dan RM3,000 sebulan.

YaPEIM belanja RM6 juta bina, baik pulih rumah asnaf
YaPEIM sehingga kini membelanjakan RM6 juta bagi projek bina baru dan baik pulih 155 unit kediaman di seluruh negara melalui Program Inspirasi MyHAUS.

650 bekas atlet terima bantuan daripada YaPEIM, PPIM
Inisiatif program ini diadakan khusus bagi membantu bekas-bekas atlet kebangsaan di seluruh negara yang sedang berdepan kesukaran.

YaPEIM peruntuk RM5.17 juta sumbang makanan kepada golongan B40 seluruh negara
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memperuntukkan sebanyak RM5.17 juta bagi sumbangan makanan kering dan daging segar untuk diagihkan kepada 153 daerah di seluruh negara.

YAPEIM saran Wilayah Bebas Niaga dipeluas ke seluruh negara
Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YaPEIM) menyarankan agar inisiatif Wilayah Bebas Berniaga yang bermula esok di kawasan Wilayah Persekutuan diperluaskan konsepnya ke semua negeri di Malaysia.

Pengeluaran KWSP bantu golongan sasar - FOMCA
Pengeluaran Akaun 1 KWSP dilihat dapat membantu memulihkan kitaran ekonomi masyarakat yang terjejas dan terhimpit.