PETALING JAYA: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melancarkan dua projek di bawah Koperasi SANTUN YaPEIM Berhad iaitu Klinik SANTUN dan Koperasi SANTUN Vending (KS Vending) yang dilihat mampu memberi manfaat kepada masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata projek KS Vending ini dianggarkan akan memperolehi keuntungan antara RM1,500 hingga RM3,000 sebulan dan setakat ini sebanyak 15 unit mesin layan diri itu ditempatkan di Universiti Malaya.
"Saya berharap dapat diperluaskan dalam platform bilik pameran, institusi pengajian awam dan swasta serta beberapa agensi kerajaan yang lain.
"Saya berharap Koperasi SANTUN ini akan terus dapat berinovasi menggunakan idea-idea terkini untuk memperkenalkan produk-produk baharu yang kemudiannya memberi manfaat kepada ahli-ahli kerana keuntungan kembali kepada mereka," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran projek itu di sini, semalam.
Klinik SANTUN yang dilancarkan semalam juga, telah membuka cawangan pertamanya di Jalan Reko, Kajang dan telah mula beroperasi sejak Januari lepas.
Kedua-dua projek berkenaan adalah salah satu daripada kejayaan oleh anak-anak asnaf yang pernah menerima bantuan daripada YaPEIM iaitu anak-anak SANTUN yang merupakan sebahagian daripada peserta program kebajikan yayasan itu.
Dalam pada itu, Mohd Na'im turut meluahkan rasa bangga kerana pada hari ini anak-anak asnaf yang telah disantuni oleh YaPEIM berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan dan kini mereka pula yang membantu ibu bapa masing-masing.
"Suatu masa dahulu ibu bapa mereka ini menerima zakat, tetapi Alhamdulillah mereka yang dilatih dan diberi ilmu keusahawanan akhirnya dapat bangunkan perniagaan masing-masing keluar daripada kemiskinan dan kemudian ini mereka pula menjadi pembayar zakat," katanya.
Selain itu, Koperasi SANTUN juga mempunyai sebuah farmasi, Farmasi SANTUN yang terletak di Guar Chempedak, Kedah namun berpindah ke Puncak Jalil, Selangor dan telah memulakan operasinya pada Jun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023
![YaPEIM lancar klinik dan perniagaan mesin layan diri YaPEIM lancar klinik dan perniagaan mesin layan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41690846798_KoperasiSANTUN.jpg)
Pada Isnin, Mohd Na'im (tiga, kiri) melancarkan tiga projek perniagaan Koperasi SANTUN YaPEIM Berhad iaitu Klinik SANTUN, Farmasi SANTUN dan Koperasi SANTUN Vending. - Facebook Dato' Setia Dr Na'im
![EURO 2024: Perancis pertahan tindakan Kylian Mbappe tidak habiskan permainan EURO 2024: Perancis pertahan tindakan Kylian Mbappe tidak habiskan permainan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720240313_KylianMbappe.jpg)
EURO 2024: Perancis pertahan tindakan Kylian Mbappe tidak habiskan permainan
Deschamps berkata adalah menjadi satu tindakan yang sia-sia untuk membiarkan Kylian Mbappe yang tampak keletihan untuk 15 minit terakhir masa tambahan.
!['Dugaan memang banyak, tapi Allah rezekikan kami' - Amy Mastura selamat tunai haji 'Dugaan memang banyak, tapi Allah rezekikan kami' - Amy Mastura selamat tunai haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720240200_AmyMasturatunaih.jpg)
'Dugaan memang banyak, tapi Allah rezekikan kami' - Amy Mastura selamat tunai haji
Amy juga mendoakan agar Allah mengurniakan ibadah haji yang mabrur buatnya dan jemaah yang lain.
![PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720239876_tbmengundi.jpg)
PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis
Proses pengundian PRK Sungai Bakap pagi ini berjalan lancar dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku setakat ini.
PRK Sg Bakap : Calon PN Abang Abidin selesai buang Undi
Calon Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Abidin Ismail selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri pada jam 8.20 pagi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Bakap hari ini..
PRK Sg Bakap: 16.74 peratus sudah mengundi setakat 10 pagi
Sebanyak 16.74 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 10 pagi ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dr Joohari yakin menang di kawasan “hitam”
Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin yakin kedudukannya sebagai anak tempatan memberi kelebihan buatnya meraih sokongan pengundi pada pilihanraya kecil (PRK) kali ini.
Pengundi mula beratur seawal jam 8 pagi
Cuaca yang baik pada sebelah pagi membolehkan pengundi keluar seawal mungkin bagi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini.
![Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720239109_tbJohanJojoGhaza.jpg)
Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak
Jojo ingin mewujudkan arena gelanggang Muay Thai di tempat dia membesar sendiri iaitu di Sarawak.
[TERKINI] Calon PH punyai kelebihan ekoran gelombang hijau mereda
Perwatakan, dan pembawaaan kedua-dua calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bagi PRK DUN Sungai Bakap mempunyai kekuatan tersendiri.
![Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720238197_TBSaifuddinNasution.jpg)
Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin
Penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
![Media perlu sebar luas berita yang benar, bantu peranan agensi agama - Mohd Na'im Media perlu sebar luas berita yang benar, bantu peranan agensi agama - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703090917_DATUKDRMOHDNAIM.jpg)
Media perlu sebar luas berita yang benar, bantu peranan agensi agama - Mohd Na'im
Pengamal media perlu memainkan peranan dalam menyebarluaskan berita yang benar bagi membantu peranan agensi agama di negara ini.
![YaPEIM cari punca kuasa kawal NGO kutip derma - Mohd Na'im YaPEIM cari punca kuasa kawal NGO kutip derma - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701514882_TBNAIM.jpg)
YaPEIM cari punca kuasa kawal NGO kutip derma - Mohd Na'im
Kerajaan menerusi YaPEIM sedang berbincang dan mencari punca kuasa bagi mengawal NGO yang mengutip derma kemanusiaan untuk didaftarkan di bawah agensi berkenaan.
![YaPEIM lancar klinik dan perniagaan mesin layan diri YaPEIM lancar klinik dan perniagaan mesin layan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41690846798_KoperasiSANTUN.jpg)
YaPEIM lancar klinik dan perniagaan mesin layan diri
Mohd Na'im berkata, projek KS Vending dianggar akan memperolehi keuntungan antara RM1,500 dan RM3,000 sebulan.
![YaPEIM belanja RM6 juta bina, baik pulih rumah asnaf YaPEIM belanja RM6 juta bina, baik pulih rumah asnaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690700031_MohdNaimMokhtar.jpg)
YaPEIM belanja RM6 juta bina, baik pulih rumah asnaf
YaPEIM sehingga kini membelanjakan RM6 juta bagi projek bina baru dan baik pulih 155 unit kediaman di seluruh negara melalui Program Inspirasi MyHAUS.
![650 bekas atlet terima bantuan daripada YaPEIM, PPIM 650 bekas atlet terima bantuan daripada YaPEIM, PPIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650095633_TBREZASHAH.jpg)
650 bekas atlet terima bantuan daripada YaPEIM, PPIM
Inisiatif program ini diadakan khusus bagi membantu bekas-bekas atlet kebangsaan di seluruh negara yang sedang berdepan kesukaran.
![YaPEIM peruntuk RM5.17 juta sumbang makanan kepada golongan B40 seluruh negara YaPEIM peruntuk RM5.17 juta sumbang makanan kepada golongan B40 seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71608554633_YaPEIM.jpg)
YaPEIM peruntuk RM5.17 juta sumbang makanan kepada golongan B40 seluruh negara
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memperuntukkan sebanyak RM5.17 juta bagi sumbangan makanan kering dan daging segar untuk diagihkan kepada 153 daerah di seluruh negara.
![YAPEIM saran Wilayah Bebas Niaga dipeluas ke seluruh negara YAPEIM saran Wilayah Bebas Niaga dipeluas ke seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51605361896_bazarkuihmuihro.jpg)
YAPEIM saran Wilayah Bebas Niaga dipeluas ke seluruh negara
Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YaPEIM) menyarankan agar inisiatif Wilayah Bebas Berniaga yang bermula esok di kawasan Wilayah Persekutuan diperluaskan konsepnya ke semua negeri di Malaysia.
![Pengeluaran KWSP bantu golongan sasar - FOMCA Pengeluaran KWSP bantu golongan sasar - FOMCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61604721075_GFXKWSP.jpg)
Pengeluaran KWSP bantu golongan sasar - FOMCA
Pengeluaran Akaun 1 KWSP dilihat dapat membantu memulihkan kitaran ekonomi masyarakat yang terjejas dan terhimpit.
![Menteri Hal Ehwal Agama turun padang bantu pelajar IPT terkandas Menteri Hal Ehwal Agama turun padang bantu pelajar IPT terkandas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51601778804_TBDzulkifliMohamadA.jpg)
Menteri Hal Ehwal Agama turun padang bantu pelajar IPT terkandas
Dalam ciapannya di Twitter, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata satu penyelarasan akan dibuat antara agensi agama di bawah kendaliannya.
![Pengorbanan petugas barisan hadapan dihargai Pengorbanan petugas barisan hadapan dihargai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71584604504_mufticovid.jpg)
Pengorbanan petugas barisan hadapan dihargai
Tugas yang mencabar dan menakutkan menanti 'barisan hadapan' khususnya doktor, jururawat, kakitangan perubatan, juga tenaga di peringkat Kementerian Kesihatan yang berisiko tinggi dijangkiti.