KUALA LUMPUR:Pengeluaran caruman daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar disifatkan sebagai langkah terbaik membantu golongan terjejas dalam menampung perbelanjaan isi rumah.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata pengeluaran itu dilihat dapat membantu memulihkan kitaran ekonomi masyarakat yang terjejas dan terhimpit.
"Pada masa sama, kerajaan masih meneruskan pengeluaran i-Lestari di Akaun 2 yang dijangka tamat pada Mac tahun hadapan. Sekurang-kurangnya, mereka (pencarum) boleh mengeluarkan sehingga RM1,000 daripada akaun 1 dan 2 KWSP dalam meringankan beban kewangan mereka akibat wabak COVID-19," katanya kepada Bernama.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 semalam mengumumkan kemudahan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.
Pada masa sama, katanya, FOMCA menyifatkan pembentangan Belanjawan 2021 sebagai menyeluruh meskipun kerajaan menghadapi pelbagai kekangan daripada segi kewangan.
"Bajet ini juga bukan sahaja mengurangkan bebanan rakyat tetapi pada masa ia bertujuan menggerakkan ekonomi negara," katanya.
Sementara itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) dalam kenyataan bersama menyatakan secara keseluruhan, belanjawan ini boleh dilihat sebagai respons kepada cabaran yang dihadapi ketika pandemik COVID-19 dan kemerosotan ekonomi.
Presiden SAM Meenakshi Raman berkata peruntukan RM400 juta kepada semua negeri untuk perlindungan biodiversiti adalah langkah yang baik kerana ia akan membantu negeri melindungi biodiversiti dan hutan selain berharap dengan peningkatan peruntukan itu, sungai-sungai akan dilindungi dengan lebih baik sekali gus dapat mengelakkan pencemaran sehingga menyebabkan gangguan bekalan air.
Presiden CAP Mohideen Abdul Kader pula mengalu-alukan usaha yang diambil untuk kehidupan lebih sihat dalam kalangan rakyat termasuk membekukan pengeluaran lesen import rokok baharu dan mengenakan duti eksais membabitkan semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk vape mulai 1 Jan 2021.
Dalam pada itu, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) berharap golongan wanita mengambil peluang melalui peruntukan RM50 juta yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2021 bagi menyokong aktiviti pembiayaan Islam melalui Ar-Rahnu Biznita yang bertujuan memperkasa golongan wanita dalam bidang keusahawanan.
Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM Parihah Hasan berkata usaha ini adalah untuk meningkatkan taraf sosiekonomi diri dan keluarga dengan menjadikan emas sebagai medium simpanan yang stabil serta diyakini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 07 2020

Pembentangan Belanjawan 2021 semalam turut merangkumi kemudahan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Perlu penguatkuasaan tegas, pastikan penurunan harga beras putih import tercapai
Ia bagi memastikan matlamat kerajaan menurunkan harga makanan ruji rakyat Malaysia itu tercapai.

Marimuthu dipilih semula sebagai Presiden Consumers International
Presiden FOMCA Datuk N. Marimuthu dipilih semula sebagai Presiden Consumers International bagi penggal kedua.

NanoVerify-FOMCA meterai MoU bagi sahkan produk nano kepada pengguna
NanoVerify-FOMCA meterai MoU bagi sahkan produk nano kepada pengguna | Dagang News

Gantung lesen premis jika gagal kawal pelanggan - Fomca
Tindakan tegas seperti menarik atau membatalkan lesen sekiranya kesalahan berganda berlaku perlu dikenakan oleh penguat kuasa.

Hari Hak-Hak Pengguna: COVID-19 bantu kurangkan penggunaan plastik sekali guna
COVID-19 telah mewujudkan perubahan kepada trend pengguna apabila pengguna mula membawa bekas sendiri untuk tapau makanan.

Tahap kesedaran rendah punca isu sampah plastik tidak terurus terus meruncing
Kesan penggunaan plastik akan dirasai apabila masyarakat tidak bertanggungjawab secara berterusan membuang plastik secara tidak terurus.

Pengeluaran KWSP bantu golongan sasar - FOMCA
Pengeluaran Akaun 1 KWSP dilihat dapat membantu memulihkan kitaran ekonomi masyarakat yang terjejas dan terhimpit.

Adakah memadai hukuman denda kepada 'penjahanam' sungai?
Undang-undang terhadap perosak alam sudah ada, namun memadaikah usaha mengenakan hukuman denda kepada pelaku?

FOMCA saran kerajaan lanjutkan moratorium sehingga Disember
FOMCA meminta kerajaan menimbang pelanjutan moratorium enam bulan yang diumumkan pada 25 Mac lepas sehingga Disember 2020.

Awas peralatan elektrik tidak selamat undang padah
Peningkatan secara mendadak pembelian peralatan elektrik oleh pengguna secara dalam talian sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu menimbulkan kebimbangan FOMCA.