LEBIH 90 peratus bekalan air di Malaysia bergantung kepada sungai.
Namun, dalam dunia yang sedang pesat membangun, sungai terus menjadi ‘mangsa’ kepada aktiviti manusia yang mementingkan keuntungan sehingga mengetepikan impak jangka panjang kepada perbuatan mereka.
Apabila sungai sudah mula ‘rosak’, kesannya, penduduk sendiri akan menerima akibatnya.
Undang-undang terhadap perosak alam sekitar sudah ada, namun memadaikah usaha mengenakan hukuman denda kepada pelaku?
Jika dilihat kepada Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2018 menunjukkan 357 (56%) sungai daripada 638 sungai yang diawasi telah menunjukkan indeks kualiti air bersih, 231 (36%) adalah sederhana tercemar dan 50 (8%) adalah tercemar.
Kualiti air sungai telah dinilai berdasarkan sejumlah 8,118 sampel air sungai yang telah diambil daripada sejumlah 1,353 stesen pengawasan manual yang merangkumi 638 sungai.
Sebanyak 30 daripada 50 sungai tercemar masih tergolong dalam Kelas III, 16 sungai adalah dalam Kelas IV, manakala empat sungai adalah Kelas V.
Daripada laporan itu, 47 (85%) daripada 55 stesen pengawasan kualiti air di hulu muka sauk telah menunjukkan indeks kualiti air bersih sementara 8 (15%) stesen dikategorikan sebagai sederhana tercemar.
Berdasarkan laporan itu juga, dua (4%) stesen telah dikategorikan sebagai kelas I, 49 (89%) adalah Kelas II dan empat (7%) adalah Kelas III.
Justeru, apabila menceritakan mengenai pencemaran sungai secara keseluruhannya di Malaysia, kesan aktiviti industri adalah penyumbang terbesar kepada kejadian berkenaan.
Sebagai contoh, pada Mac 2019, kejadian pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor memberi kesan kepada ribuan penduduk dan menyebabkan ratusan sekolah ditutup.
Di Selangor pula, beberapa kali juga kejadian pencemaran sungai dilaporkan dan lebih parah, ia memberi kesan kepada gangguan bekalan air mentah kepada penduduk di negeri itu.
Terbaharu, pencemaran daripada pihak industri pada awal bulan ini menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas, sekali gus, 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
Ketika ini, antara penguatkuasaan undang-undang yang digunakan dalam mengambil tindakan ke atas mereka yang melakukan pencemaran sungai termasuklah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
Antaranya, Sekyen 34B jelas memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Namun, setiap kali berlaku pencemaran, pasti adanya perdebatan termasuk syor melihat semula peruntukan dalam akta berkenaan termasuk cadangan menaikkan hukuman denda ke atas pelaku.
FOMCA gesa pelaku dipenjara, sebat
Bagi Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Marimuthu Nadason, beliau melihat, selain denda, hukuman penjara dan sebatan perlu diperuntukkan kepada pesalah yang mencemarkan sungai.
"Di Malaysia kita lihat undang-undang sedia ada hanya denda. Tetapi denda tak mencukupi, kita boleh tingkatkan denda ke RM1 juta ke RM2 juta.
"Namun yang lebih penting ialah kami nak pemilik-pemilik berkenaan kalau boleh, dimasukkan ke penjara dan disebat baharu dia takut. Kalau dia tak takut, dia akan hanya bayar denda," katanya.
Namun apa yang lebih penting ialah pendidikan mengenai usaha memelihara sungai dan bukan hanya sekadar kempen semata-mata.
"Poster yang dibuat bukan hanya untuk kempen semata-mata. Masyarakat juga harus menjadi mata dan telinga untuk agensi-agensi yang berkenaan sebab majoriti syarikat yang berada di tepi sungai ini mengambil jalan singkat untuk mendapat keuntungan.
"Sebab itulah penggunaan teknologi untuk semua sungai 24 jam penting sebab sungai adalah sumber air mentah utama kita," ujarnya.
Beliau turut memberi contoh di United Kingdom, yang melakukan rancangan penutupan loji rawatan air pada kadar maksimum empat jam.
"Namun jika lebih empat jam, air tidak disalurkan maka pampasan diberikan kepada pengguna. Kalaulah kecemasan berlaku, iaitu 12 jam.
"Namun kalau lebih, maka undang-undang memperuntukkan ganti rugi kepada pengguna yang terjejas.
Justeru katanya, penguatkuasaan undang-undang dilihat akan memastikan syarikat industri terlibat akan lebih bertanggungjawab.
Pakar Kualiti Air lebih fokus kepada usaha pencegahan
Lain pula bagi Pakar Kualiti Air dan Permodelan, Ir Dr Zaki Zainuddin yang melihat langkah pencegahan dilihat lebih berkesan untuk pelan jangka panjang berbanding menumpukan kepada tindakan selepas pencemaran dilakukan.
Tentunya perasaaan marah, geram dan kecewa dirasai masyarakat yang terkesan dengan sikap tidak bertanggungjawab pemilik premis industri yang melakukan pencemaran sungai sehingga menyebabkan gangguan bekalan air bersih di sekitar Lembah Klang.
Namun, jika mahukan penyelesaian jangka panjang, tindakan lebih berkesan perlu dilakukan.
"Sekarang ini sentimen kita marah dengan apa yang berlaku dan marah dengan gangguan berlaku dan kita nak ambil tindakan kepada pelaku.
"Bagus, namun apakah langkah lebih bijak? Apakah langkah lebih bijak itu kita membenarkan pencemaran itu berlaku, buat siasatan, tindakan atau kita cegah dulu?
"Mana lebih bijak? Sebenarnya mencegah lebih bijak. Mencegah lebih baik dari merawat.
"Kita boleh cegah dengan membuat perancangan rapi, letakkan lokasi industri tadi macam elak ia berada di muka sauk. Itu lebih bermakna dan bijak," ujar beliau.
Kawal Aktiviti Industri di Hulu Muka Sauk
Insiden pencemaran sungai boleh dielakkan jika langkah pencegahan dilakukan iaitu memastikan kawasan-kawasan industri yang berisiko tidak berada di hulu muka sauk.
Ia berikutan jika industri di hulu muka sauk menyebabkan takat pengambilan berada di kawasan hiliran, sekali gus air bahan-bahan pencemar akan mengalir ke bawah dan mungkin akan mencemar loji rawatan air.
Justeru, beliau mencadangkan agar satu senarai industri berisiko di hulu muka sauk dikeluarkan bagi mencegah pencemaran sungai daripada terus berlaku.
"Apa yang perlu dilakukan sekarang ini adalah kita perlu keluarkan satu senarai industri yang berisiko yang terletak di hulu muka sauk dan industri seperti seharusnya tidak dibenarkan berada di kawasan hulu muka sauk.
"Memang pencemaran itu sudah berlaku dan memang kita hendak tindakan diambil oleh pihak berkuasa. Namun kita kena ingat kita ambil tindakan pada satu premis saya yakin akan ada banyak premis akan masuk.
"Jadi kita kena kawal dulu premis akan datang ini. Tiada guna kita ambil tindakan pada satu premis ini tetapi akan datang mungkin ada 5 atau 10 lagi," tambah beliau.
Justeru katanya insiden yang berlaku di negeri Selangor seharusnya menjadi pengajaran kepada negeri-negeri lain.
"Apa yang berlaku di Selangor ini boleh dijadikan sebagai pengajaran di negeri-negeri lain di mana pembangunan di negeri lain mungkin tidak serancak di Selangor, tetapi ada sesetengah negeri di mana ada kawasan indusri yang dibangunkan di hulu muka sauk. Ia baru nak membangun, jadi negeri-negeri sebegini memerlukan pelaburan untuk pembangunan.
"Namun kita kena tengok balik adakah zoning itu berada di muka sauk sama ada ia untuk bekalan air, atau pengairan pertanian.
"Ini kena lihat balik," tambahnya.
Letakkan 'KPI' Kualiti Sungai
Selain itu, Dr Zaki turut mencadangkan agar usaha meningkatkan tahap kualiti sungai dijadikan sebagai Indeks Prestasi Utama (KPI) berdasarkan lokasi perairan itu.
"Cadangan saya kita kena letak sasaran kualiti air. Kita kena letakkan di kawasan hulu, kita letakkan ia sebagai kelas 1; di kawasan pertengahan sungai, kita letakkan dia kelas 2; di hilir sikit kita letak kelas 3.
"Kita letakkannya seperti KPI," ujar beliau.
Katanya dengan KPI berkenaan, ia akan menjadi rujukan kepada banyak pihak dan sekali gus mengurangkan pencemaran sungai.
Justeru, dalam hal ini, kerajaan negeri bertanggungjawab melaksanakannya termasuk cadangan mewartakan langkah berkenaan sebagai pelan pemulihan sungai negeri.
"Kalau ada sasaran itu, sebab sumber air itu di kerajaan negeri, maka ia harus ditetapkan kerajaan negeri iaitu ia diwartakan dan diwakili dalam satu peta.
"Perkara ini boleh menjadi rujukan pelbagai pihak dan sasaran ini boleh dipecahkan lagi menjadi KPI kepada setiap agensi terlibat," tambah beliau lagi.
Kerajaan Negeri Selangor Fokus Penyelesaian Menyeluruh
Jajaran Sungai Selangor diakui sangat panjang dan bukan hanya memerlukan pemantaun tenaga manusia dan penggunaan teknologi.
Hasrat meningkatkan lagi tahap teknologi dalam pengurusan lembangan sungai di negeri itu terutama terhadap pemantauan operasi pengusaha industri.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, sejak tahun lepas lagi, pengawalan sungai oleh agensi-agensi berkaitan di negeri itu beroperasi 24 jam diaktifkan dengan lebih giat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
Pemantauan berterusan dilakukan selepas menyedari dua lembangan sungai yang begitu sensitif, iaitu lembangan Sungai Selangor dan lembangan Sungai Langat.
Sepanjang pemantauan dilakukan, beberapa tindakan pencemaran sungai berjaya dielakkan.
"Sungai ini mempunyai jaringan anak-anak dan juga jaringan mata air dan saluran negeri Selangor. Hasilnya, kita berjaya mengalihkan dan mengelakkan pencemaran yang berlaku.
"Ada lima kali berlaku, saya pernah sebutkan dan kita berjaya mengelakkan ketika musim perayaan. Sebenarnya jawatankuasa ini diwujudkan khusus ketika musim perayaan, bermula pada 2019. Saya minta hal ini diaktifkan pada setiap masa. Cuma selepas habis PKP kita beroperasi bukan 24 jam," katanya.
Pastikan kilang berisiko ditempatkan di lokasi sesuai
Katanya lagi, kerajaan negeri Selangor usaha pemeliharaan sungai di Selangor akan dilakukan secara menyeluruh.
Ia memastikan hukuman denda ke atas mereka yang melakukan pencemaran sungai dinaikkan.
"Kita akan cuba menaikkan denda kesalahan enakmen LUAS iaitu sebelum ini RM500,000 kepada RM1 juta.
"Kita akan buat keseluruhan bukan hanya menaikkan denda tetapi juga melibatkan tindakan undang-undang untuk meroboh termasuk struktur yang berpotensi menyebabkan pencemaran berlaku," kata Amirudin.
Pada masa sama, usaha menempatkan semula kilang-kilang yang berisiko akan turut dilakukan bagi mengurangkan pencemaran sungai.
"Mungkin sebahagian dari kilang-kilang dan perindustrian yang wujud ini bukan wujud dalam tempoh sehari dua, ia sudah wujud lama, ada yang berusia 10,15, 20 tahun.
"Memang bukan mudah, namun jawatankuasa yang akan saya aturkan nanti adalah untuk menempatkan semula kilang-kilang yang berlesen terutamanya dan tidak berlesan dan sebagainya supaya mereka dapat beroperasi di tempat yang lebih selamat dan ada kemajuan teknologi yang boleh mengukur kadar lepasan-lepasan efluen supaya ia tidak mengganggu dan mencemarkan sungai kita," ujarnya lagi.
Penambahbaikan di Sungai Gong
Dalam pada itu, bagi Sungai Gong, lebih daripada 50 premis yang berpotensi akan ambil tindakan susulan bagi mengekang kesan pencemaran alam sekitar.
"Kilang-kilang yang dianggap tidak sah itu ada pelbagai kes. Ada yang menduduki tanah kerajaan, yang duduki tindakan segera dilakukan.
"Bagi yang duduk tanah persendirian, kerajaan akan menggunakan undang-undang seperti akta di bawah parit dan tali air untuk kita ambil tindakan," tambahnya.
Justeru, jawatankuasa khas yang ditubuhkan akan terus memastikan potensi pencemaran sungai akan dapat diatasi.
"Itu memang ultimate goal kita, sasaran kita. Semalam kita dalam mesyuarat kerajaan negeri, kita tubuhkan dua jawatankuasa khas itu untuk menunjukkan komitmen untuk kita pastikan potensi pencemaran itu dapat diatasi kerana ada sebahagian kes ia bukan hanya melibatkan kilang.
"Kes yang berlaku pada Februari tahun lepas, banyak orang lepaskan kepada manhole, IWK, dan kemudian mengalir ke pusat rawtan IWK dan ia mengalir ke sungai. Itu kita tak dapat kesan.
"Malah di Kuala Selangor orang buang sisa berjadual di tempat tak sepatutnya. Aktiviti itu mobile dan sebab itu kita gabung pemantauan melalui teknologi dan pelaksanaan perancangan-pembangunan urbanisasi," ujarnya.
Namun, apa pun langkah dilakukan, baik dari segi penguatkuasaan undang-undang dan pemantauan, kerjasama agensi terlibat serta semua pihak perlu bagi memastikan lembangan sungai dapat dipelihara.
Ia sekali gus memastikan rakyat dapat menikmati bekalan air bersih secara berterusan, dan tidak terus dibelenggu dengan gangguan bekalan air pada masa akan datang.
Rahimah Abdullah
Thu Sep 17 2020
Dalam dunia yang sedang pesat membangun, sungai terus menjadi mangsa kepada aktiviti manusia yang mementingkan keuntungan sehingga mengetepikan impak jangka panjang kepada perbuatan mereka. -Gambar fail
Punca nahas pesawat Azerbaijan Airlines: Gangguan luaran fizikal, teknikal
Azerbaijan Airlines pada Jumaat mengumumkan bahawa keputusan awal siasatan menunjukkan "gangguan luaran fizikal dan teknikal" menjadi punca nahas pesawat Embraer 190 miliknya di Kazakhstan pada Rabu l
Ringgit catat perubahan kecil berbanding dolar AS pada akhir urus niaga
Ringgit terus memaparkan momentum dengan mencatat perubahan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh dengan ketara pada akhir urus niaga Jumaat.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Penerbangan terus Xi'an-Penang mulai 30 Dis, perkukuh hubungan pelancongan Malaysia-China
Syarikat penerbangan China Loong Air, akan melancarkan penerbangan terus baharu dari Xi'an ke Pulau Pinang bermula 30 Dis ini.
AWANI Tonight 27 Dec 2024
AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Electricity tariff hike will not burden the majority, says PM
2. Malaysians willing to pay for AI-powered shopping - Lazada
1. Electricity tariff hike will not burden the majority, says PM
2. Malaysians willing to pay for AI-powered shopping - Lazada
AWANI Tonight: Electricity tariff hikes will not burden the majority - PM
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim reaffirmed the government's commitment to shielding most Malaysians from electricity tariff hikes, with higher rates aimed at the ultra-rich and profit-driven industries.
AWANI Tonight: M'sians willing to pay for AI-powered shopping - Lazada
AI is transforming online shopping with personalized tools like chatbots, translations, and visual search. Ángel Ramiro from Lazada Malaysia shares how AI is shaping e-commerce and what's next.
AWANI Ringkas: Jadual tarif elektrik baharu masih dalam proses
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Imigresen tahan 13 gadis pelayan, dua tukang masak asing
Sebanyak 13 gadis pelayan dan dua tukang masak lelaki asing ditahan dalam serbuan yang dijalankan di premis kafe hiburan di sekitar Batu Berendam di sini malam tadi.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.