KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 1.7 peratus kepada 122.9 pada Mac 2021 berbanding 120.9 pada tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
“Peningkatan dalam keseluruhan IHP didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan (9.8 peratus); makanan dan minuman bukan alkohol (1.5 peratus); pelbagai barangan dan perkhidmatan (1.0 peratus) manakala hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (0.9 peratus).
“Ia juga didorong minuman alkohol dan tembakau (0.6 peratus); kesihatan (0.5 peratus) dan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (0.5 peratus).
“Ia menyumbang 64.0 peratus kepada keseluruhan wajaran,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.
Dr Mohd Uzir berkata, daripada sejumlah 552 barangan atau item dalam IHP itu, sebanyak 338 item menunjukkan peningkatan pada Mac 2021 manakala 141 item lain sebaliknya mencatat penurunan dan 73 item tidak berubah.
“Berdasarkan prestasi 552 item mengikut kategori barangan dan perkhidmatan, barangan tidak tahan lama (296 item) adalah kategori paling banyak mengalami kenaikan harga iaitu sebanyak 209 item, 73 item menurun dan 14 item tidak berubah berbanding kategori perkhidmatan, barangan separa tahan lama dan barangan tahan lama,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api menurun 0.8 peratus diikuti pakaian dan kasut (-0.3 peratus).
“Manakala IHP bagi suku pertama 2021 meningkat 0.5 peratus kepada 122.5 dibandingkan 121.9 pada suku pertama tahun sebelumnya.
“Jika dilihat mengikut suku tahunan, IHP meningkat 1.8 peratus berbanding dengan suku keempat tahun 2020,” katanya.
Astro Awani
Fri Apr 23 2021
Menurut Mohd Uzir, peningkatan dalam keseluruhan IHP didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan. - Gambar fail
Keputusan Bung Moktar kekal bebas atau perlu bela diri tuduhan rasuah ditentukan hari ini
Keputusan sama ada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad kekal bebas daripada tiga tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM2.8 juta, akan diputuskan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan hari ini.
Itali hantar 15 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza
Kementerian Pertahanan.melaporkan, sebuah pesawat Tentera Udara Itali berlepas dengan membawa lebih 15 tan bantuan kemanusiaan untuk dihantar kepada penduduk di Gaza.
Konflik Asia Barat: Ketua media Hizbullah terbunuh dalam serangan Israel
Serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut membunuh Ketua Perhubungan Media Hizbullah Mohammad Afif, pada Ahad.
Sidang Kemuncak G20: Malaysia - Brazil desak gencatan senjata segera di Gaza
Malaysia dan Brazil mendesak gencatan senjata segera dan kekal di Gaza selain menuntut Israel memastikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat konflik itu dapat disalurkan tanpa sebarang sekatan.
Sidang Kemuncak G20: Malaysia - Brazil teroka inisiatif kepimpinan ASEAN, BRICS
Malaysia dan Brazil secara bersama berminat untuk meneroka pelbagai inisiatif semasa Malaysia mempengerusikan ASEAN tahun hadapan.
Tiga murid Orang Asli Gua Musang aplikasikan teknologi robotik di rumah
Romzi Anjang, Siti Saleha Masri dan Mekrenik Rabu berjaya mengaplikasikan sistem robotik bagi membuka pintu dan lampu.
XPDC gagal beraksi di UMK, sekretariat PESKOUMK'14 mohon maaf
Sekretariat PESKOUMK'14 berkata, kegagalan berbuat demikian dipercayai kerana salah faham berhubung isu permit hiburan.
Biden izinkan Ukraine guna peluru berpandu AS di Rusia
Presiden Amerika beri lampu hijau untuk Ukraine guna ATACMS dalam usaha tembusi Rusia.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
'Palmeiras kelab bola sepak, bukan bahagian perubatan'
Neymar sedang bergelut dengan tahap kecergasannya selepas perpindahan berprofil tinggi ke kelab Liga Pro Saudi Al Hilal pada musim panas lalu.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur sejajar dengan niaga hadapan serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, sejajar dengan sentimen yang lemah di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Bursa Malaysia ditutup rendah, cerminkan sentimen serantau lemah
Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis walaupun mencatatkan kenaikan semasa sesi dagangan awal.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.04 mata kepada 1,613.54 daripada 1,611.50 semalam.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar US
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar US hari ini, menjelang pengumuman minit mesyuarat September, Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) malam ini.
MAPIM seru sokongan rentas politik pulih, lonjak ekonomi
MAPIM menggesa semua pihak tanpa mengira ideologi politik supaya menyokong usaha Kerajaan MADANI memulih dan mengukuhkan ekonomi negara dalam situasi nilai ringgit yang kian mengukuh.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, cecah semula paras 4.19
Ringgit mencecah kembali paras RM4.19 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Selasa.
Inflasi Malaysia pada Ogos 2024 mereda kepada 1.9 peratus
Mohd Uzir menyatakan bahawa inflasi restoran & perkhidmatan penginapan mereda kepada 3.2 peratus (Julai 2024: 3.4 peratus).
Bursa Malaysia ditutup rendah
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, mencerminkan tekanan jualan yang berlaku di seluruh rantau ini.
Ringgit naik berbanding dolar AS, hampiri paras sokongan segera RM4.3259
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada hari kedua berturut-turut untuk menghampiri paras sokongan segera RM4.3259, kata pakar ekonomi.