PUEBLA: Lubang benam berdiameter 60 meter muncul di sebuah ladang di tengah Mexico, sekali gus memberi ancaman terhadap rumah yang berada di kawasan tersebut.
Lubang benam di Puebla itu mempunyai kedalaman sekitar 20 meter, kata Gabenor Negeri, Miguel Barbosa Huerta.
Semua keluarga yang tinggal berhampiran telah dipindahkan dan setakat ini, tiada sebarang laporan mengenai kecederaan.
Huerta bagaimanapun mengingatkan penduduk setempat untuk menjauhkan diri dari kawasan itu buat sementara waktu.
Menurut Setiausaha Alam Sekitar, Beatriz Manrique, lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
"Kami berpendapat ia mungkin terhasil daripada dua faktor, iaitu tanah yang lembap memandangkan aktiviti penanaman sedang giat berjalan, dan juga serapan air bawah tanah, yang melembutkan tanah," kata Manrique.
Siasatan dan kajian sedang dijalankan dan dijangka mengambil masa sehingga 30 hari.
Lubang benam berlaku apabila permukaan tanah hilang sokongan, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Ini boleh berlaku kerana beberapa sebab, termasuk hakisan batu di bawah permukaan tanah ketika air lalu di bawah tanah, meninggalkan satu ruang kosong yang menyebabkan permukaannya runtuh.
Reuters
Sun Jun 06 2021
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam. -Foto REUTERS
Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas pada 27 dan 28 Dis
Keluarga penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan pada 27 dan 28 Dis ini sempena Krismas bagi semua institusi penjara.
CEO bakal berundur, Bursa Malaysia akui mulakan pelan penggantian
Dalam maklumannya hari ini, bursa berkata "telah melaksanakan pelan pembangunan bakat dan penggantian yang mempertimbang calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat."
Bursa Malaysia bakal umum CEO baharu
Bursa Malaysia Bhd mengesahkan kini dalam proses untuk mencari Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu bagi menggantikan Datuk Muhamad Umar Swift.
RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.
Lelaki maut, tersepit dalam kereta
Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Balai Polis Bantuan Gohtong, Hulu Selangor.
Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah
-Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu- - Shila Amzah
Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.
Saya satu-satunya yang anda ada, yang lain setakat bercakap - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menjawab mengenai dirinya yang dikaitkan dengan sebuah 'page' bola sepak yang mendakwa seorang pemain berpangkalan di Eropah mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.
Laporan DNA Cikgu Istiqomah siap, diserah kepada pendakwaan
Laporan bedah siasat dan dna guru sekolah, Istiqomah Ahmad Rozi sudah disiapkan dan diserah kepada pihak pendakwaan.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
'Saya kehilangan adik lelaki saya hari ini' - Fauziah Ahmad Daud
Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita sedih mengenai pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud akibat masalah batu karang dalam hempedu.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Mexico bersedia lindungi pendatang dalam menghadapi pengusiran AS - Presiden
Beliau turut menyatakan rasa tidak setuju terhadap tindakan memperlakukan pendatang seperti penjenayah.
Gempa bumi kuat landa Luar Pantai Costa Rica
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Taufan Helene dan Ribut Tropika John: Rakyat Malaysia di AS dan Mexico diminta berwaspada
Dalam nasihat media pada Khamis, kementerian menggesa rakyat Malaysia di Florida dan Mexico untuk kekal berwaspada.
Tiga maut akibat Taufan Tropika John di Mexico
Taufan Tropika John menyebabkan hujan lebat di sepanjang pantai Pasifik selatan Mexico ketika ia bergerak ke darat pada Selasa.
Mexico, Malaysia berpotensi kerjasama dalam pelbagai bidang teknologi - Duta
Antara bidang teknologi termasuk kilang pintar, pengeluaran robotik, semikonduktor, elektronik, tenaga boleh diperbaharui, teknologi hijau, agroteknologi, bioteknologi, dan penjagaan kesihatan.
Kartel dadah: Datuk Bandar Mexico diculik sebelum ambil alih jawatan
Seorang datuk bandar yang bakal dilantik diculik di negeri Chiapas, selatan Mexico hanya beberapa minggu sebelum beliau dijadual mengambil alih jawatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pelajar jurusan undang-undang berarak bantah reformasi badan kehakiman Mexico
Reformasi tersebut akan menyaksikan hampir 7,000 hakim, majistret, dan hakim termasuk Mahkamah Agung dipilih melalui undian rakyat.
Biden akan tandatangani Perintah Presiden untuk hadkan kemasukan menerusi sempadan Mexico - Laporan
Biden dijangka membentangkan pelan itu pada Selasa dan menandatangani satu Perintah Presiden berkaitan.
Suhu tertinggi direkodkan di Mexico City
Awal minggu ini, media melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 138 ekor monyet mati di selatan Mexico akibat cuaca panas.