KOTA BHARU:Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memperuntukkan sebanyak RM5.17 juta bagi sumbangan makanan kering dan daging segar untuk diagihkan kepada 153 daerah di seluruh negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata pihaknya turut mengagihkan RM594,000 bagi sumbangan makanan sedia dimakan (RTE) di 55 institusi pengajian tinggi di seluruh negara menerusi Program Foodbank YaPEIM 2.0.
"Program ini dijayakan menerusi kerjasama pelbagai agensi lain yang bernaung di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi membolehkan lebih ramai lagi penerima daripada kumpulan sasaran memperoleh manfaat.
"Objektif utama pelaksanaan program ini ialah untuk membantu meringankan bebanan ditanggung golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang sudah dikenal pasti," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Food Bank YaPEIM 2.0 Sumbangan Daging Segar Kepada Barisan Hadapan di Kesedar Gua Musang.
Turut hadir Pengurus Negeri Pusat Pentadbiran YaPEIM Kelantan Nik Mohd Nurul Ihsan Salleh dan Pengurus Besar Kesedar Iskandar Zurkarnain Ibrahim.
Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata setiap usaha yang dilaksanakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan dalam membantu melestarikan kehidupan golongan B40.
"Program foodbank ini bukan sahaja menyediakan keperluan asas seperti makanan dan barang keperluan, namun pada masa sama turut membantu membina serta memperkasa usahawan.
"Selain aktiviti kebajikan dan amal jariah, YaPEIM juga komited membantu masyarakat melalui aktiviti sosial bisnes terutamanya dalam perkhidmatan Ar-Rahnu yang menyediakan kemudahan pinjaman bagi pelbagai tujuan yang produktif seperti pendidikan dan perniagaan," katanya.
Terdahulu, seramai 200 anggota barisan hadapan menerima sumbangan daging segar bersempena Inspirasi Musaadah COVID-19 YaPEIM sebagai menghargai sumbangan mereka kepada negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 21 2020

Ahmad Marzuk berkata setiap usaha yang dilaksanakan YaPEIM adalah selaras dengan hasrat kerajaan dalam membantu melestarikan kehidupan golongan B40. - Facebook YaPEIM

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Nahas Ayer Keroh: Dua beradik yatim piatu terima sumbangan YaPEIM
Sumbangan berjumlah RM6,900 itu disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Qari, qariah Malaysia muncul juara Tilawah Antarabangsa ke-64
Qari dan qariah Malaysia dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran bagi kategori masing-masing pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-64 malam ini.

Media perlu sebar luas berita yang benar, bantu peranan agensi agama - Mohd Na'im
Pengamal media perlu memainkan peranan dalam menyebarluaskan berita yang benar bagi membantu peranan agensi agama di negara ini.

YaPEIM cari punca kuasa kawal NGO kutip derma - Mohd Na'im
Kerajaan menerusi YaPEIM sedang berbincang dan mencari punca kuasa bagi mengawal NGO yang mengutip derma kemanusiaan untuk didaftarkan di bawah agensi berkenaan.

YaPEIM lancar klinik dan perniagaan mesin layan diri
Mohd Na'im berkata, projek KS Vending dianggar akan memperolehi keuntungan antara RM1,500 dan RM3,000 sebulan.

YaPEIM belanja RM6 juta bina, baik pulih rumah asnaf
YaPEIM sehingga kini membelanjakan RM6 juta bagi projek bina baru dan baik pulih 155 unit kediaman di seluruh negara melalui Program Inspirasi MyHAUS.

650 bekas atlet terima bantuan daripada YaPEIM, PPIM
Inisiatif program ini diadakan khusus bagi membantu bekas-bekas atlet kebangsaan di seluruh negara yang sedang berdepan kesukaran.

YaPEIM peruntuk RM5.17 juta sumbang makanan kepada golongan B40 seluruh negara
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memperuntukkan sebanyak RM5.17 juta bagi sumbangan makanan kering dan daging segar untuk diagihkan kepada 153 daerah di seluruh negara.

YAPEIM saran Wilayah Bebas Niaga dipeluas ke seluruh negara
Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YaPEIM) menyarankan agar inisiatif Wilayah Bebas Berniaga yang bermula esok di kawasan Wilayah Persekutuan diperluaskan konsepnya ke semua negeri di Malaysia.

Pengeluaran KWSP bantu golongan sasar - FOMCA
Pengeluaran Akaun 1 KWSP dilihat dapat membantu memulihkan kitaran ekonomi masyarakat yang terjejas dan terhimpit.