MELAKA: Seorang bekas eksekutif akaun sebuah syarikat dihukum penjara 24 tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas enam pertuduhan pecah amanah dan menyalahgunakan wang milik majikannya berjumlah RM680,108.13, empat tahun lepas.
Tan Siau Ling, 43, mengaku bersalah terhadap kesalahan itu dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Hakim Darmafikri Abu Adam.
Mengikut kertas pertuduhan, wanita terbabit yang ketika itu bekerja sebagai eksekutif akaun di syarikat Hap Yeng Seng Sdn Bhd didapati melakukan pecah amanah dengan memindahkan wang daripada akaun United Overseas Bank milik syarikat itu ke dalam beberapa akaun bank milik peribadi dan bekas suaminya berjumlah keseluruhan RM680,108.13.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di syarikat Hap Yeng Seng Sdn Bhd, Jalan PM 5, Plaza Mahkota Melaka di sini antara 24 Mei 2019 hingga 23 Okt 2019.
Tan didakwa di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara minimum satu tahun dan maksimum 14 tahun serta dengan sebat dan juga boleh dikenakan denda.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Rashidah Baharom mencadangkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat selain mengambil kira kerugian dialami syarikat berkenaan.
Bagaimanapun, peguam Nur Atifah Kamal Effendi yang mewakili tertuduh memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman penjara minimum memandangkan Tan yang juga ibu tunggal telah insaf dan menanggung tiga anak yang masih bersekolah serta ibunya yang uzur.
Nur Atifah turut memberi alasan tertuduh melakukan tindakan sedemikian kerana terdesak selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan palsu dalam talian.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan dan berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap pada 20 Jun 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024
![Wanita dipenjara 24 tahun seleweng wang syarikat lebih RM680,000 Wanita dipenjara 24 tahun seleweng wang syarikat lebih RM680,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689054856_courtgavelmahkam.jpg)
Tan didakwa di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara minimum satu tahun dan maksimum 14 tahun serta dengan sebat dan juga boleh dikenakan denda. - Gambar hiasan
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719640936_TikTok.jpg)
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
![Akauntan rugi RM776,000 terperdaya pelaburan tidak wujud Akauntan rugi RM776,000 terperdaya pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706680207_scam.jpg)
Akauntan rugi RM776,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang akauntan kerugian RM776,000 selepas dipercayai ditipu sindiket pelaburan tidak wujud, bermula Oktober tahun lepas.
![Wanita dipenjara 24 tahun seleweng wang syarikat lebih RM680,000 Wanita dipenjara 24 tahun seleweng wang syarikat lebih RM680,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689054856_courtgavelmahkam.jpg)
Wanita dipenjara 24 tahun seleweng wang syarikat lebih RM680,000
Tan Siau Ling, 43, mengaku bersalah terhadap kesalahan itu dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Hakim Darmafikri Abu Adam.
![Pengarah syarikat ditahan kes tipu pelaburan RM11 juta Pengarah syarikat ditahan kes tipu pelaburan RM11 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701753172_TBtipupelabur.jpg)
Pengarah syarikat ditahan kes tipu pelaburan RM11 juta
Lelaki berumur 57 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di IPD Kota Setar, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.
![Kerani pemasaran rugi lebih RM700,000 diperdaya pelaburan mata wang asing palsu Kerani pemasaran rugi lebih RM700,000 diperdaya pelaburan mata wang asing palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41597453111_scam.jpg)
Kerani pemasaran rugi lebih RM700,000 diperdaya pelaburan mata wang asing palsu
Wanita itu dipercayai mengetahui mengenai pelaburan saham mata wang asing tersebut setelah diperkenalkan oleh kenalan lamanya sejak 2017.
![Masyarakat pelaburan diminta waspada, penipuan firma klon meningkat - SC Masyarakat pelaburan diminta waspada, penipuan firma klon meningkat - SC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81590771052_FIRMAKLON.jpg)
Masyarakat pelaburan diminta waspada, penipuan firma klon meningkat - SC
Penipu berkenaan antara lain menggunakan nama dan logo pengantara pasaran modal yang sah untuk mempromosikan skim pelaburan palsu.
![Orang ramai diminta waspada dengan tawaran pelaburan palsu guna nama, logo ASNB Orang ramai diminta waspada dengan tawaran pelaburan palsu guna nama, logo ASNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51590632178_ASNB.jpg)
Orang ramai diminta waspada dengan tawaran pelaburan palsu guna nama, logo ASNB
Baru-baru ini wujud penyebaran mesej menerusi aplikasi WhatsApp menggunakan nama 'ASNB Group' bertujuan memperdaya orang ramai membuat pelaburan dalam pakej pelaburan palsu.