Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengingatkan masyarakat pelaburan supaya sentiasa berwaspada susulan wujud peningkatan penipuan firma klon.
Badan pengawalseliaan pasaran modal itu berkata firma penipuan terbabit akan menonjolkan syarikat mereka kelihatan sebagai pengantara pasaran modal yang berlesen atau berdaftar dengan SC untuk memperdaya pelabur.
"Penipu berkenaan akan menggunakan nama, logo, bukti kelayakan, laman web dan butiran lain pengantara pasaran modal yang sah untuk mempromosikan skim pelaburan palsu," menurut SC dalam kenyataan pada Jumaat.
Ia berkata promosi itu ditawarkan menerusi saluran media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan Twitter dengan menjanjikan pulangan tinggi luar biasa dan sedikit risiko.
"Mangsa penipuan lazimnya diarahkan supaya mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun bank peribadi individu yang mengaku mewakili entiti berlesen yang sah, dan/atau akaun korporat," menurut SC.
Badan itu berkata sebilangan entiti pasaran modal berlesen telah membuat aduan mengenai pengklonan identiti korporat mereka oleh individu atau organisasi yang tidak dikenali.
Mana-mana individu yang terlibat dalam penipuan sekuriti, menyamar sebagai pengantara pasaran modal atau menjalankan aktiviti yang dikawal selia tanpa lesen atau pendaftaran yang sah telah melakukan kesalahan mengikut Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, kata SC.
"Jika disabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda," kata SC.
SC mengingatkan para pelabur supaya sentiasa berwaspada ketika mempertimbangkan peluang pelaburan terutama yang menjanjikan pulangan yang sangat tinggi dengan sedikit atau tanpa risiko.
Pelabur digalakkan untuk mengesahkan status individu atau syarikat yang menawarkan peluang pelaburan menerusi laman web SC di www.sc.com.my/regulation/licensing/licensed-and-registered-persons dan www.sc.com.my/development/digital/list-of-registered-recognized-market-operators.
Orang ramai yang mengesyaki telah didatangi oleh syarikat atau individu tidak berlesen yang menawarkan peluang pelaburan diminta dan boleh membuat laporan kepada Jabatan Pengguna dan Pelabur SC di 03- 6204 8999 atau e-mel kepada aduan@seccom.com.my.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 29 2020

Penipu berkenaan akan menggunakan nama, logo, bukti kelayakan, laman web dan butiran lain pengantara pasaran modal yang sah untuk mempromosikan skim pelaburan palsu. - Astro AWANI

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Masyarakat pelaburan diminta waspada, penipuan firma klon meningkat - SC
Penipu berkenaan antara lain menggunakan nama dan logo pengantara pasaran modal yang sah untuk mempromosikan skim pelaburan palsu.