ALOR SETAR: Seorang pengarah syarikat ditahan polis bagi membantu siasatan melibatkan kes penipuan pelaburan bernilai lebih RM11 juta sejak beberapa tahun lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar Supt Syed Basri Syed Ali berkata, lelaki berumur 57 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.
Beliau berkata, individu berkenaan merupakan pengarah sebuah syarikat pelaburan yang dikatakan memiliki sembilan cawangan antaranya di Perlis, Kedah, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak dan Melaka.
Katanya, siasatan polis mendapati modus operandi syarikat itu adalah melalui pelaburan berasaskan pembangunan hartanah serta aset dan pengurusan liabiliti dengan mereka mendakwa memiliki 10 projek yang dijalankan di bawah syarikat tersebut.
Bagaimanapun semakan mendapati syarikat itu tidak memiliki sebarang kebenaran atau kelulusan dari Bank Negara Malaysia (BNM).
Sebelum ini Astro AWANI melaporkan seramai 80 mangsa penipuan skim pelaburan menggesa supaya pihak polis mengambil tindakan segera terhadap sebuah syarikat pelaburan kerana memperdaya dan menyebabkan mereka mengalami kerugian lebih RM11 juta.
Kesemua mangsa skim pelaburan itu baru-baru ini hadir mengadakan pertemuan tertutup bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berhubung kes tersebut.
Melalui laporan sebelum ini, Ramli sendiri ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihak polis telah menerima lebih 80 laporan berhubung kes tersebut.
Mengulas lanjut Syed Basri berkata, suspek terdahulu di bawa ke Mahkamah untuk permohonan reman dan siasatan kini masih dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Dec 05 2023

Individu yang ditahan merupakan pengarah sebuah syarikat pelaburan yang dikatakan memiliki sembilan cawangan antaranya di Perlis, Kedah, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak dan Melaka.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.

Akauntan rugi RM776,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang akauntan kerugian RM776,000 selepas dipercayai ditipu sindiket pelaburan tidak wujud, bermula Oktober tahun lepas.

Wanita dipenjara 24 tahun seleweng wang syarikat lebih RM680,000
Tan Siau Ling, 43, mengaku bersalah terhadap kesalahan itu dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Pengarah syarikat ditahan kes tipu pelaburan RM11 juta
Lelaki berumur 57 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di IPD Kota Setar, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Kerani pemasaran rugi lebih RM700,000 diperdaya pelaburan mata wang asing palsu
Wanita itu dipercayai mengetahui mengenai pelaburan saham mata wang asing tersebut setelah diperkenalkan oleh kenalan lamanya sejak 2017.

Masyarakat pelaburan diminta waspada, penipuan firma klon meningkat - SC
Penipu berkenaan antara lain menggunakan nama dan logo pengantara pasaran modal yang sah untuk mempromosikan skim pelaburan palsu.

Orang ramai diminta waspada dengan tawaran pelaburan palsu guna nama, logo ASNB
Baru-baru ini wujud penyebaran mesej menerusi aplikasi WhatsApp menggunakan nama 'ASNB Group' bertujuan memperdaya orang ramai membuat pelaburan dalam pakej pelaburan palsu.