TUMPAT: Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini meluangkan masa melawat keluarga tiga beradik perempuan yang meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika banjir, Isnin lepas.
Dr Wan Azizah yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR tiba di rumah keluarga mangsa pada 6.30 petang di Kampung Bendang Surau, Morak.
Beliau meluangkan masa 30 minit bertanya khabar dan menzahirkan rasa sedih ke atas kejadian itu.
Ketika ditemui pemberita, Dr Wan Azizah berkata beliau dimaklumkan ketiga-tiga mangsa dikategorikan sebagai mangsa banjir dan layak diberikan pampasan.
"Alhamdulillah mereka sekeluarga kuat menghadapi kehilangan ini dan kita harapkan pihak berwajib dapat menitikberatkan mengenai prasarana dan persekitaran iaitu aspek keselamatan dalam apa jua situasi.
"Kejadian seumpama ini diharap tidak berulang lagi di masa hadapan," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan tiga beradik perempuan maut akibat terkena renjatan elektrik di sebuah rumah yang mengalami banjir.
Sementara itu, bapa kepada tiga beradik itu, Mohd Nadzir Mohamed, 67, berkata ahli keluarganya berterima kasih dan syukur atas kunjungan banyak pihak termasuk isteri pemimpin nombor satu negara.
"Terima kasih kepada semua yang hadir menziarahi dan turut mendoakan yang baik-baik buat ketiga-tiga anak perempuan saya sama ada yang mengenali atau tidak.
Kehadiran banyak pihak dengan memberikan pelbagai bantuan serta sumbangan ini, terus terdetik dalam hati di sebalik ujian ini ada rahmat yang tidak terduga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 21 2022

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan) bertanyakan khabar kepada ibu mangsa Zainun Sulaiman, 62, (dua, kiri) sewaktu menziarahi keluarganya di Kampung Bendang Surau dekat Morak hari ini. - fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Perluas 'community farming' bantu kanak-kanak kurang nutrisi - Dr Wan Azizah
Ia bagi membantu mengatasi masalah kurang nutrisi dalam kalangan kanak-kanak yang tinggal di kawasan bandar.

Tingkatkan pemantauan kanak-kanak terhadap bahaya alam siber - Dr Wan Azizah
Dr Wan Azizah berkata pada zaman siber kini, kanak-kanak akan sentiasa terdedah kepada bahaya alam siber walaupun mereka tidak keluar dari rumah atau keluar malam.

'Ratu Naga' beri keterangan di Bukit Aman
Syarul Ema Rena memberi keterangan berkaitan hantaran menerusi laman Instagram dan TikTok itu di Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Kasih Malaysia hulur sumbangan kepada Pusat Jagaan Titian OKU Nur
Kasih Malaysia turut menyumbang barangan keperluan seperti bakul makanan, lampin, cadar dan berus gigi kepada penghuni pusat jagaan tersebut.

5,000 bayi dilahir di Malaysia setiap tahun hidap masalah jantung
Penyakit jantung merupakan salah satu penyebab kematian di Malaysia dan dianggarkan setiap tahun 5,000 bayi yang dilahirkan mempunyai masalah jantung berlubang dan kongenital di negara ini.

Perdana Menteri dijangka hadir tayangan 'Anwar, The Untold Story'
Anwar akan menonton filem tersebut bersama 258 tetamu VIP yang terdiri daripada penggiat industri hiburan, tokoh politik dan selebriti.

Hati-hati, utamakan keselamatan ketika pulang ke kampung - Dr Wan Azizah
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihati orang ramai yang akan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri supaya berhati-hati dan mengutamakan keselamatan.

PM Anwar, isteri selesai mengerjakan umrah
Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja tiga hari di negara itu atas undangan kerajaan Arab Saudi.

"Saya kagum dengan semangat perjuangan papa dan mama selama 22 tahun" - Nurul Ilham Anwar
Nurul Ilham berkongsi perasaan bergelar anak Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah.

Anwar tiba di Singapura untuk lawatan rasmi
Anwar diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk lawatan rasmi ketiganya ke luar negara sejak dilantik sebagai perdana menteri.