Ceria dan mudah mesra itu antara karakter dimiliki oleh personaliti yang memiliki senyuman manis ini.
Nurul Ilham, anak ke-4 kepada pasangan yang cukup dikenali ramai serta berpengaruh di Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Secara eksklusif, Nona berpeluang mendekati dan menyelami isi hati wanita berusia 35 tahun ini. Sewaktu sesi fotografi ini diadakan, Nurul Ilham sarat hamil lapan bulan dan bakal menimang cahaya mata ke-4.
Biarpun bergelar anak pemimpin nombor satu negara, Nurul Ilham disifatkan sebagai seorang yang sangat bersederhana dari segala segi tidak kiralah penampilan mahupun gaya hidup.
Kongsi Nurul Ilham saat ditanya tentang apa perubahan terbesar yang dilaluinya sejak bergelar anak Perdana Menteri Malaysia.
“Hendak dikatakan perubahan besar tu tiada sangat kerana rutin harian kami tetap sama seperti dulu. Secara umum, semuanya berjalan seperti biasa di mana saya masih bekerja dan anak-anak pun pergi sekolah. Suami juga bekerja.
“Namun, satu perkara yang saya rasa sangat surprise bila ada yang kenal semasa saya pergi mall baru-baru ini. Dia cakap ‘Hello’ dan ucap tahniah kepada saya. Memang tak sangka.”
Untuk info, Nurul Ilham yang dilahirkan di Kuala Lumpur ini pernah bergelar guru Matematik di salah sebuah pusat pendidikan swasta.
Kini, Nurul Ilham masih bekerja di tempat yang sama namun beralih ke bidang perniagaan pula.
Menurut graduan Sarjana dalam Pendidikan Matematik dari King’s College London ini, dia bertuah kerana mempunyai rakan-rakan sekerja yang sangat menghormati privasinya sebagai anak pemimpin negara.
“Alhamdulillah semua rakan sekerja saya sangat supportive. Mereka juga begitu menghormati privasi saya.”
SEBAK BAPA DILANTIK SEBAGAI PERDANA MENTERI
“Kami adik beradik macam tak percaya juga. Selama 22 tahun kami berjuang dan menantikan saat itu. Saya sendiri rasa terharu dan gembira ketika Papa mengangkat sumpah di istana. Air mata tak henti mengalir, berjurai-jurai.
“Saya rasa lega sangat untuk Papa. Selama 22 tahun Papa dah berjuang, masuk penjara melawan kezaliman dan Alhamdulillah finally detiknya tiba jua. Saya sangat kagum dengan keberanian dan kesabaran Papa. Papa berani kerana benar. Jadi saya memang respect Papa.
“Kali pertama Papa dipenjarakan (1998) saya baru berusia 11 tahun dan masih tidak faham apa yang berlaku. Ketika Papa sekali lagi dipenjarakan pada 2015, saya dah berusia 28 tahun.
“Bila dua kali Papa dipenjarakan membuatkan saya rasa sangat terkesan. Ini kerana bila kali kedua Papa masuk penjara, kesannya lain sedikit. Ketika itu saya dah pun bergelar seorang ibu.
“Maka saya terfikir bagaimanalah perasaan Mama dengan anak-anak yang masih kecil ketika itu. Suami pula tiba-tiba masuk penjara. Bila saya ceritakan kepada anak-anak, emosinya lain sedikit,” luah Nurul Ilham.
MAMA SEORANG SRIKANDI
Selama 22 tahun membesar dalam perjuangan demi menuntut keadilan dan kebenaran, Nurul Ilham turut kagum dengan pengorbanan ibunya yang tiada tandingan.
Begini luahan Nurul Ilham: –
“Saya memang tahu tahap kesabaran Mama lebih tinggi berbanding saya. Jadi saya belajar dari situ. Mama juga tak take things personally dan masih boleh fikirkan tentang kebaikan orang lain.
“Antara pesan Mama yang masih saya ingat, apa-apa yang kita lalui jika ada kesusahan berdoalah kepada Allah SWT. Minta kekuatan dan kesabaran. Sebagai manusia kita ada limit. Kalau nak capai limit itu kita kena doa minta padaNya.”
HADIAH ISTIMEWA BUAT PAPA MAMA
Bicara Nurul Ilham lagi, dia bersama adik beradik tidak pernah lupa untuk meraikan hari-hari istimewa kedua ibu dan bapa mereka.
“Antara hadiah istimewa yang pernah kami berikan kepada Mama ialah ketika Hari Ibu. Kami adik beradik play the role menjadi Mama. Pakai baju dan tudung macam Mama. Kita berlakon jadi Mama. Mama ketawa besar dan gembira sangat.
“Untuk Papa pula, kami pernah ‘tong-tong’ duit belikan shirt linen yang bombastic color. Saya pernah beli pink shirt, alhamdulillah tak sangka Papa nak pakai.
“Selain suka bermanja dengan anak-anak, cara Papa dan Mama beri nasihat pun sangat lemah lembut dan sabar,” kongsi Nurul Ilham.
BAHAGIA BERSAMA SUAMI
Sambil berseloroh, Nurul Ilham memberitahu, hadiah paling istimewa buat suami ialah zuriat mereka.
“Namun, bagi saya hadiah istimewa itu bukan tentang apa yang kita beri tetapi ia perlu konsisten dengan kasih sayang dan kesabaran.
“Hubungan ini bukan sempurna, saya dan suami pun tak sempurna. Sabar dan saling menghormati itulah hadiah paling istimewa,” luah Nurul Ilham yang menyifatkan suaminya seorang yang sangat supportive.
UCAPAN BUAT PAPA MAMA
“Terima kasih untuk segalanya. Papa dan Mama telah mendidik Ilham dan adik beradik yang lain menjadi anak-anak yang baik. I love you very much!
“Papa dan Mama dah menunjuk teladan yang sangat baik untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik, sebagai seorang isteri, adik serta ibu bapa. Papa dan Mamalah guru terbaik kami.”
* Artikel asal disiarkan di majalah Nona.
Nona
Sat Feb 25 2023
Secara eksklusif Nurul Ilham Anwar bercerita kepada majalah Nona mengenai perasaanya menjadi anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. - Gambar NONA
Mahkamah tolak bantahan awal, bicara kes abai Zayn Rayyan mula petang ini - Hakim
Mahkamah Sesyen menolak bantahan awal pihak pembelaan yang menyatakan pertuduhan ke atas ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin adalah defektif atau cacat.
[TERKINI] Caruman KWSP pekerja asing hanya dua peratus - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kadar tersebut tidak akan membebankan majikan dan akan dikekalkan sehingga situasi lebih baik.
Hujan berterusan dijangka landa Sarawak sehingga Rabu
Hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak bermula esok hingga Rabu.
AWANI Ringkas: Kedaulatan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.
Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 - MIDF
Institusi tempatan terus memberi sokongan terhadap Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 berturut-turut dengan mencatat belian bersih RM149.4 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
Kilang kitar semula musnah dalam kebakaran
Sebuah kilang barangan kitar semula di kawasan Perindustrian Ringan Alma, di Bukit Mertajam musnah akibat kebakaran malam tadi.
APM minta orang ramai patuh amaran bendera merah di Pantai Air Papan
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi tanda amaran bendera merah di persisiran Pantai Air Papan di Mersing.
Waktu menunggu di klinik kerajaan kini 30 minit - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan berjaya mengurangkan tempoh waktu menunggu dari tiga jam kepada 30 minit bagi perkhidmatan kesihatan di klinik kerajaan.
Bintang Meteor Garden, Barbie Hsu meninggal dunia akibat pneumonia
Hsu terkenal dengan peranannya dalam "Meteor Garden" pada 2001, menjadikannya bintang besar di Malaysia, Filipina, Indonesia, dan Thailand.
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
PM Anwar tempelak pihak pertikai usaha kerajaan bantu bangunkan Gaza
Anwar berkata apa sahaja keputusan yang dilakukan beliau ketika ini dianggap kontroversi bagi sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan.
Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.
PM Anwar luah kesedihan atas tragedi nahas udara di Washington DC
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata kehilangan atlet luncur ais muda dan berbakat yang memiliki masa depan cerah, amat memilukan.
PM Anwar seru rakyat tumpu kepentingan negara
Beliau berkata Malaysia juga harus menjadi negara contoh perpaduan kaum yang baik.
The Hague: 9 negara termasuk Malaysia bincang pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel
Kumpulan The Hague akan umum langkah-langkah undang-undang, ekonomi dan diplomatik bagi memastikan Israel bertanggungjawab.
Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembagunan semula Gaza, Palestin.
Prabowo yakin isu sempadan, tenaga kerja dapat diselesaikan secara tertib
Prabowo berkata isu tenaga kerja dan sempadan yang sekian lama dibahas antara kedua-dua negara berjiran itu boleh diselesaikan, sekiranya pemimpin mempunyai iltizam politik untuk bekerjasama.
Ketokohan Anwar kunci utama kemampuan Malaysia angkat suara Asean ke pentas dunia
Ketokohan PM Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi kunci utama kepada kemampuan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, untuk meningkatkan imej seterusnya membawa suara blok itu ke pentas dunia.